Pages

Tuesday, July 26, 2011

Tiada tajuk

Ada cerita, tetapi tiada tajuk yang sesuai. Entri yang lepas ditulis sewaktu di Vienna, hajatnya menggunung untuk meng'update' perkembangan sepanjang konferens berlangsung, namun niatnya tinggal di kaki lima sahaja. Tidak pun di'update' dan tiada cerita pun nak diselitkan untuk konferens tersebut kerana sangat padat penjadualannya yang mengurangkan keinginan untuk bercerita pasal Vienna, mahu pun konferens. Cerita tersebut mati di situ.

Sekarang di meja bersudut, di tepi tingkap berlatarkan gunung 'ski jump' di Oslo. Waktu ini bukannya waktu yang bosan, tidak juga tiada apa yang mahu dibuat. Sedang ketika minat menulis membuak-buak (menulis artikel untuk penerbitan), ideanya tidak datang juga, dialih dan dikerling sudah belambak penulisan lama, namun ideanya masih kontang. Bagaimana mahu buat ini, buat itu? Rasanya senang, tapi kenapa seperti ada yang tak mengena. Analisanya sudah siap, modelnya rasanya sudah lengkap, tapi jurus akhirnya belum dapat ditamatkan. Kepala pun sudah naik pusing. Nak berehat pula rasa tak enak, nak berFB pun macam dah senak. Alih-alih, tulis jugalah dalam blog ini.

Mahu rehat sebentar daripada pemikiran rumit ini, tapi tidak ke mana, di meja ini juga. Sedang memikirkan bolehkah diselesaikan sebelum mulanya puasa. Dari dahulu berharap untuk dapat disiapkan dengan segera, berkobar-kobar sehingga ke saat ini. Mohon kepadamu Ya Allah untuk rungkaikan segala kekusutan ini. Pastinya, "kepadamulah tempat bergantung segala sesuatu". 

Wassalam.  

Thursday, July 07, 2011

Apa cerita di Vienna?

Alhamdulillah.. Syukran ya Allah, dah selamat sampai di Vienna, Austria untuk menghadiri konferens A Special Year on Financial Engineering for Energy and Commodity Risk Management and hedging of Commodity Derivatives. Bersama Markus dan Heidar (keduanya pelajar PhD tajaan UiO), kami sampai jam 4.12 pm di Airport Vienna (Wein), 6 Julai 2011. Kami mengambil City Airport Train (CAT) ke Hotel Alexander Wein yang mengambil masa 16 minit dengan membuat pertukaran train di Landstrabe untuk sampai di Spittelau. 

Setelah check in di Alexander Wein dan beberapa minit merehatkan diri, saya mengikut Markus dan Heidar ke downtown untuk mencari makanan bagi mengisi perut yang sangat kosong sejak di dalam train lagi. Ia mengambil masa beberapa minit untuk sampai di center of the city, dengan pemandangan bangunan yang sangat impressive di kiri dan kanan jalan. Agak malang kerana memang saya tidak bercadang untuk bawa kamera kerana ingatkan hendak makan sahaja. Banyak pemandangan yang harus saya potretkan dan sepatutnya kamera perlu dibawa ke mana-mana. Kami di city center sehingga jam 12.00 tengah malam, saya sudah mengantuk tetapi mereka masih hendak 'minum' lagi.

Hari ini hari pertama konferens, mula jam 9.00 pagi. Jadi, dah tak lama. Maka, saya beransur dulu dan saya akan update lagi dalam beberapa jam yang terdekat inshaAllah dengan gambar sekali.