Pages

Saturday, January 28, 2012

Usikan Laskar Pelangi??

Lantas setelah menonton filem Laskar Pelangi, aku coretkan bait-bait ayat yang aku rasa sangat memberi kesan dalam hidupku selepasnya.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

"Kalau mahu pintar, belajar!... Kalau mahu hasil, usaha!"

"Kejarlah pelangimu hingga ke hujung dunia dan jangan pernah menyerah!"

Sekiranya rakan-rakan punya kelapangan, tontoni lah filem tersebut. Ia sarat dengan nilai dan mungkin boleh saudara/i jadikan inspirasi dalam perjuangan kalian.

Wallahualam.

Thursday, January 12, 2012

Hehehe...

Dear Dr. Taib,

Your article Pricing of temperature index insurance will be published in Review of
Development Finance.

....................................................................................................

Please note you will be automatically alerted by e-mail once the expected dispatch
date of your proofs is available.

Yours sincerely, 
Elsevier Author Support

Hehehe... camana nih, ayah aku dah dapat DR dulu. Tak aci nih... Btw, congratulations ayah!

Lembaran baru

Alhamdulillah.. Lembaran tahun baru 2012 dibuka dengan satu berita baik. Manuscript yang kami hantar ke jurnal Review of Development Finance telah pun diterima. Email daripada editor in chief meminta kami mengikut format jurnal dan kembalikan revised version kepadanya dalam masa terdekat. Itupun, aku bersyukur juga setelah usaha menukarkan tex file ke word beserta equation dengan format rujukan Harvard style boleh disiapkan dalam masa satu malam sahaja.

Aku jarang bercerita tentang anak ke-2 kami Marissa Nur Humaira. Belum ada kesempatan waktu untuk berbuat demikian, inshaAllah suatu hari nanti. Aku perlu mencari masa..

Wednesday, January 04, 2012

New year 2012

Happy new year 2012!

Selamat tahun baru 2012!

Minggu lepas, sangat sibuk memunggah barang daripada KringsjĆ„ ke Hovseter. Hampir setiap hari mesti bawa sikit-sikit, maklumlah tak mahu sewa lori yang berharga NOK975. Officially, kami dah menapak ke apartment baru di Hovseter pada 26 Dis lepas. Rumahnya agak sedikit kecil berbanding rumah lama, besarnya cuma 52m2. 

Minggu ini, dah memulakan tugas balik. Menyambung analisis data freight rate yang mengandungi 5 market segments, setiap segmen ada jumlah data yang berbeza, 3180, 3390, 803, 803 dan 6670. So, berapa ek jumlahnya? Projek lepas dah analisis 14600 data size. So, dah berapa banyak data eh? Penat tu of course, tapi bila dah dapat tuai hasilnya, sendiri mau ingat lah kan.

Rasanya analisis ini akan siap hari Jumaat ni. Kalau buat cepat, cepat lah siapnya. Kalau di pertengahan FB pula datang kacau, nahaslah. Perlukan sedikit disiplin. Moment matching technique.. ada sapa tau? 

Waalahua'lam.