Pages

Friday, May 24, 2013

Hanya sebulan lagi

Alhamdulillah.. Tesis sudah dihantar kepada publisher.

Sekarang waktu untuk prepare slaid untuk defence.

Lagi dua minggu bakal dapat tajuk untuk trial lecture.


 حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ



Thursday, May 09, 2013

Lagi tentang PhD

Semalam ambil cuti sehari, untuk bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan sekitar Oslo. Menaiki bot untuk fjord sightseeing, menikmati lunch di McDonalds dan shopping kasut (isteri) di Paleet Karl Johan.

Di McD biasanya ada WiFi free, dan seperti biasa itulah waktu untuk check email sambil melayan anak-anak makan. Hanya ada satu email terbaru dari koordinator PhD program dengan tajuk "Congratulation!". Sesudah dibaca, emel tersebut berkenaan tesis yang sudah diapproved oleh 2 orang pemeriksa bebas, dilampirkan laporan tesis sebanyak 4 mukasurat. Alhamdulillah, komen-komen yang positif. Masa untuk defence sudah ditetapkan.. Juga alhamdulillah.

Maka, harus menyiapkan diri untuk itu. Waktu juga amat terhad kerana akan ada trial lecture pada hari yang sama. 

Seharusnya hari ini cuti di Norway. Melihat kepada cuaca yang berkabus dan hujan sesekali turun, maka niat untuk bawa keluarga bersiar-siar dibatalkan. Jadi, hari ini masuk ofis juga.