Pages
Monday, November 27, 2006
KYM dihatiku
Minggu ini juga minggu terakhir aku di Melaka bandaraya bersejarah. Memang Melaka betul-betul bandaraya bersejarah. Dulu aku tak rasa sangat tapi bila datang sini baru aku tahu betapa bersejarahnya Melaka. Bukan sekadar ada Kota A'Famosa, perigi Hang Tuah, memorial pengisytiharan kemerdekaan dsb tapi sejarah dalam hidup aku pun banyak. Paling seronok di sini bersama kawan-kawan sepermainan bowling... Husin, Akaq_Kayu_Mati, Deq Mat, Daus dan seorang perempuan comey Asmiyah (kawan Akaq niee..). Boleh dikatakan tiap-tiap hari main kat Ampang Bowl, Mahkota Parade. Tak kira malam atau siang.. kadang-kadang main sampai jam 2 pagi.. sampai kan aku pokai giler sebab main bowling.. Mamat selenga (kawan baik Deq Mat) pun bosan asyik tengok muka kitaorang. Hahaha.. Bila balik Terengganu nanti mungkin aku akan bersara main benda ni. Tapi jangan terkejut kalau tetiba aku juga punya bowling set sendiri.
Yang kedua, teman-teman sepejabat dan teman-teman ajak minum pagi2 memang best. Malas nak bagitau sapa2 tapi kalau yang berkenaan tu mesti tau sendiri. Di KYM, banyak la yang aku belajar selain pengalaman mengajar dan aku rasa life at kym is so simple.. Kawan dengan orang yang dah kawin (Nik Man.. dah ada anak sorang tapi masih cuba bermain kata-kata dengan pompuan), kawan yang baru nak kawin (Jimie.. suke tgk kartun One Piece, Akaq pun dah nak kawin dah) dan kawan yang masih bujang walau umur mencecah 30-an (Boje dan Abu). Jangan sampai jadi bujang terlajak dah arr..
Ok. Nanti aku akan story pasal yang lain dari hari ke hari. Saja aku menghabiskan masa saat-saat akhir ini dengan menulis blog. Yang bestnya sebab masa aku terisi. Nantikan part 2 pada hari esok..
Sunday, November 26, 2006
Pagi yang menyenangkan
Sampai kat dataran, rupanya ramai yang dah start berjoging termasuk Azman dan isteri (staf KYM) yang aku jumpa kat situ. Diaorang kuar awal lagi.. Aku kira dari rumah kat Bacang Jaya ke Dataran Sejarah tu ambik masa 15 minit. Mungkin rumah tempat aku tinggal ni jauh sikit kot. Warm up kejap pastu aku mula la berjoging.. Target untuk capai 5 round jer tapi aku buat lebih satu round supaya melepasi matlamat. Kadang-kadang baik letakkan matlamat yang sesuai supaya kita mampu buat lebih dari itu. Dah habis tu rasa puas sangat. Semua perasaan dah dibuang di tempat tu.. tensen, kecewa, sedih dan segalanya termasuk perasaan gembira dan suka. Balik rumah dah rasa lega.. itu sebab topik pagi ni aku tulis "Pagi yang menyenangkan".
Ada sebab kenapa aku suka lepak or buat aktiviti apa-apa kat Dataran Sejarah. Kalau ada yang tak tahu, dataran ni bersebelahan dengan Zoo Melaka. Zoo Melaka saja dah cukup banyak melakar sejarah buat semua orang termasuk aku... dan dataran itu lebih-lebih lagi lah. Ada satu pokok aku jadikan tempat berteduh kat situ dan dari bawah pokok tu aku akan melihat jam besar kat situ. Kalau nak tahu, boleh kira pokok tu daripada jam besar, sebelah kiri dan pokok kedua daripada depan... itu lah tempat aku selalu rehat. Dan kenapa pagi ni aku ke sana.. Hari ni Ahad, hujung minggu last aku di Melaka. Ini adalah hari terakhir aku menjenguk Dataran Sejarah tu.. Disebabkan lepas ni tak tahu bila boleh datang lagi, so baik aku spend sepagi cuti hujung minggu ni di situ. Lepas ni tak datang dah kot..
Korang yang baca ni mintak maap lah. Tak menarik langsung tapi blog ni mmg khusus untuk aku bercerita apa yang aku fikir nak cerita. Kalau bukan untuk berkongsi dengan korang pun, ini adalah untuk bacaan aku bila-bila masa nanti. Wassalam.
Friday, November 24, 2006
8 kebohongan IBU
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar" ----------KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit uang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT
Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasehati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasehat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh cinta" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelar master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya.
Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.
Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan kabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. Namun, apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata " MENYESAL" di kemudian hari.
Wednesday, November 22, 2006
Monday, November 20, 2006
Nasihat orang tua-tua melayu
Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali-kali melihat kemaluan isteri. Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.
Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.
Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.
Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan". Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.
Wednesday, November 15, 2006
Contoh surat rasmi mohon poligami
17, Jalan Angkasa ,
24300 Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300 Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
Nota : En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?". Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah....
Saturday, November 11, 2006
Women and evil
Time=Money
Women=Time*Money
Therefore,
Women=Money^2
Money=sqrt(Evil)
Therefore,
Women=Evil
Be nice. Forget it if you couldn't accept.
Friday, November 03, 2006
Kewujudannya disedari atau tidak?
Monday, October 30, 2006
Kepulangan yang dinanti
10.00 malam Bertolak dari Melaka (Bachang Jaya)
- Konvoi bersama 6 buah kereta (Nik Man as a Chef de mission, Jimie-supporter sampai Kemaman, Ayo with his family, Lani-also with family, sebuah kereta supporter sampai Terengganu dan aku paling last (MBH 7859) bersama adik Nik Man-Hafizi dan Nurul, Johan dan Mahusin.
10.30 pagi Sampai di rumah selepas unload penumpang-penumpang kereta aku. Malamnya mak aku ajak berterawih kat masjid tapi aku tak pergi sebab penat betul bawa kereta dari Melaka.

Thursday, October 19, 2006
Bicara hati
Hati... seketul daging yang dicipta indah bentuknya, unik formasinya dan amat perlu kepada seluruh partisi tubuh. Sekiranya bahagian ini baik, baiklah yang empunyanya dan kalau buruk maka buruklah yang empunyanya. Ringkasnya, semua ketahui bahawa hati aset tubuh yang peri pentingnya sampaikan pada waktu ini glamour orang berbicara filem box office "My Heart". Di corong-corong radio acap didendangkan lagu tersebut malah mampu mengatasi lagu raya yang sepatutnya berada di rangking teratas. Tapi bukan itu yang aku mahu kongsikan.. bukan mengenai keglamouran filem "My Heart", bukan berkenaan ranking cerita tersebut tapi aku merasa terpanggil untuk meluahkan dan berbicara soal hati.Semalam aku berfikir kenapa hati cukup merumitkan? sukar untuk dijelaskan dan kesamaran itu amat membingungkan. Jelas sekali apa yang berkait rapat soal hati adalah perasaan dan normaliti insan menterjemahkan perasaan tersebut sebagai perasaan percintaan, kerinduan, kesedihan dan kekecewaan. Aku suka mendengar lagu "Kenangan Terindah" nyanyian kumpulan Samson kerana lagu ini mempunyai penjiwaan tersendiri. Pada aku, lagu itu terbit kerana Samson juga suka berbicara soal hati.. hati yang telah mencipta kenangan terindah. Mungkin suatu ketika dulu kita juga ada kenangan terindah yang sememangnya itu bersifat hati dan naluri.
Hati dan capaian gelombang yang dihantar melalui hati.. bersifat intuisi. Aku cuba mendeskripsikan bagaimana penghantaran gelombang hati sebenarnya bukan senang untuk difahami. Sekiranya dicuba bersama pasangan masing-masing, adakah intuisi yang kita hantar dapat diterima oleh pasangan kita? Kalau berlaku penerimaan, maka pada pandangan aku wujudlah kesatuan hati yang mana kesatuan ini amat sukar untuk dicapai. Lantaran itu, aku membuat kesimpulan bahawa sampai sekarang aku belum mampu memperoleh kesatuan hati kerana aku masih belum menghantar gelombang dan kalau sekalipun aku mengirim gelombang tapi tidak mampu diraih oleh sesiapapun.. Wallahualam.
Saturday, October 07, 2006
Kriteria meRanking Universiti Dunia 2006

Thursday, September 28, 2006
Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan (Part 2)
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.
Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan (Part 1)
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.
Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
Monday, September 18, 2006
Menulis dengan menggunakan mata
Pandangan mata banyak akalnya. Mata yang memandang mengaktifkan otak yang berfikir dan penjanaan minda berlaku dan diluahkan dalam bentuk kata-kata yang bertulis secara halusinasi. Tiada yang dapat mencerap penulisan jejaka tadi melainkan diberi oleh Yang Maha Pencipta daya akal menafsir melalui mimik muka dan gelagat jejaka tadi. Itulah dimaksudkan dengan menulis dengan menggunakan mata. Dengan pandangan yang lama, mungkin kita boleh menghasilkan sebuah novel yang hanya kita sahaja pembacanya. Kerana itulah, sang penulis skrip perlu memerhatikan fenomena sebelum menulis skrip yang dihendakinya. Yang menghasilkan drama misteri perlu ke sesuatu tempat di mana dia boleh menghayati dan menjiwai skrip yang akan dihasilkannya. Tidak mungkin drama "Cinta Tsunami" dapat ditayangkan tanpa penulis mendalami tsunami yang melanda.
Persoalan mungkin timbul, kenapa yang ditafsirkan oleh mata itu dikatakan menulis bukannya kata?
Tuesday, August 29, 2006
Pencinta Wanita
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku
Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku
Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia
Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang ku mau hanyalah dia
Wednesday, August 23, 2006
Pada siapa patut letak cinta?
Thursday, August 17, 2006
Tuesday, August 15, 2006
12 Ogos 2006
Thursday, August 10, 2006
Konvo Ke-4 KUSTEM
Hari Sabtu nie (12.8.06) aku hadir untuk konvo ke-4 Kustem. Yang seronok sebab dapat jumpa member2 rumah lama nie. Apok, Cibon, Kepeng, Matmie, Mior, Kombat, Lemak dan sorang lagi mungkin tak hadir.. Baraq. Lepas rehearsel konvo besok mungkin aku balik Kelate dulu dan datang dengan mak serta ayah aku. Aku terlupa nak dapatkan chalet untuk diaorang rehat semalaman. Memang itu kesilapan tak patut la..
Tadi ambik jubah konvo, ramai le juga yang aku jumpa. Rasanya nanti tak jumpa dah. Ntah bila lagi aku akan balik Terengganu untuk jupa diaorang. Apa pun mungkin ini adalah istimewanya menjadi insan bernama... IMRAN.










