Pages

Sunday, March 20, 2011

Bærbar PC sahaja, yang lain tidak termasuk

Tergamam sekejap di Elkjøp semalam. Membeli Bærbar PC (laptop) di Norway tidak semudah dan semurah yang disangka. Bayangkan jika anda memilih untuk membeli laptop di Malaysia, anda tidak perlu fikir tentang warranty, antivirus, Microsoft Office dan lain-lain yang perlu untuk sebiji laptop kerana semuanya sudah tersedia. Dan harganya agak murah jika dibandingkan harga sebuah laptop di Oslo.

Dengan memilih untuk membeli Bærbar PC di Oslo, anda cuma memilih untuk membeli sebuah laptop sahaja dan tanpa aksesori yang anda boleh dapat dengan percuma seperti di Malaysia. 

Wednesday, February 23, 2011

Oral exam on Energy finance must be excitable

I do not have any idea of how it will be with the exam and I myself did not ever tried this way of examination. Maybe it worth for the class which have several students like what I am now (just me in this special course) but it is not working for the group of more than 100 students in one time as what I have experienced while teaching in the university.

Until now, I have completed all chapters as required in Stochastic Modeling of Electricity and Related Markets with emphasizing on Chapter 1, 6, 7 and 8. Most all parts in the chapters can be well understood  however some technical parts need more clarification with the empirical cases even the descriptive statistics can be explain explicitly if we are working in depth. I have asked this problem to my principal supervisor Prof. Fred, but he sincerely noted me not to go too far which leads to complexity task.

Chapter 1 gives the introduction to the overall, discussing about the problem in modeling the energy market in which the market (specific on futures contract) is different to other commodity market having fixed settlement date. On the contrary, we can see that the commodity is settled over the period of time (time interval which the energy is delivered continuously). Other stylized fact that  ruin the modeling of the commodity market are low storage possibilities (since the consumer cannot store the electricity and producer may store in reservoir (hydro-based) and gas (for thermal-based))  and mainly cause of seasonality (maybe spikes in short-end). The utility of electricity much more depend on temperature while people consume more for heating in winter season and cooling in summer. This means that the electricity prices are strongly correlated to the seasonality. 

Next week will be a meeting with Fred regarding the exam (this meeting supposed to be in this week but he is going to skiing on a mountain), so I need to wait for him. This post is just for relaxing my mind after (etter-in Norge) a heavy reading on his book as one technique of memorizing. I will continue with the next chapter tomorrow that will be more interesting chapter to be discussed (probably for mathematicians and maybe for financial practice). 

Wassalam.

Saturday, February 05, 2011

Apa yang dicari?

Seteguk demi seteguk air susu, daripada panas sudah beransur suam namun masih juga belum habis. Tatkala gelap sudah semakin pekat, waktu sudah semakin meningkat dan semakin pudarnya keringat, tetapi mata masih terkangkang luas. Masih belum ada tanda-tanda untuk tidur. Mungkin ini mata orang Melayu yang cukup susah untuk tidur awal kerana membayangkan Malaysia sudah bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Apa istimewanya kami di sini dengan bezanya waktu tujuh jam terkebelakang dari Malaysia, dengan suhunya yang sangat sejuk dan jalan yang kadangkala licin apabila salji membeku? Mungkin ini fenomena sementara dan azalinya dari dulu, tidak mungkin sama.

Kerana hari esok masih belum pasti, lusa belum tentu menanti dan tulat mungkin jadi, kerana apa kami di sini? Menadahkan waktu tersisa di bumi asing, mempertaruhkan kehidupan yang selesa di Malaysia dan memperdagangkan nasib demi masa depan untuk apa? Perjalanannya masih jauh, bukan untuk dilihat pada hari esok, bukan untuk dipertonton pada bulan hadapan dan bukan untuk dipersembahkan pada tahun akan datang. Apa yang bawa kami ke sini? Keseronokan berada di bumi asingkah yang pernah suatu masa dulu kami bayangkan? Bukan. Mungkin ingin merasa bagaimana belajar di negara Eropah yang dikatakan tinggi mutunya? Mungkin ya. Tetapi kenapa mungkin? Masih ada lagikah jawapan lain yang lebih tepat selain dari ini? Jawapannya... mungkin.

Hari demi hari, keluarnya dari pagi dan balik tatkala cahaya bulan menerangi, minggu demi minggu, bulan bersilih ganti, rasanya ada sesuatu yang sangat bernilai ingin dicari. Hilangkah ia? Ke mana hendak di cari? Bagaimana cara mencari? Meraba dalam kelam, menyuluh dalam suram atau bagaimana? Jawabnya... Terpulang. Jalannya mungkin berbeza, dan sesekali tidak akan sama. Kalau suram... terang kan, kalau gelap, suluh kan. Jangan meraba dalam gelap, bimbang terjumpa dengan yang lain.

Bagaimana dengan diri sendiri? Keluarga? Ermm.. Jangan difikirkan lagi. Semua sudah tersedia, teruskan melangkah dan ketetapan hidup, perjalanan sudah dirancang. Tidak perlu difikir apa akan jadi kerana itu bukan kerja kita. Itu kerja 'Dia'.. Jadi APA KERJA KITA? Wallahua'lam.

Friday, December 31, 2010

Perkhabaran dari Oslo

Saya sudah hampir 3 bulan di bumi Oslo. Keadaan di sini baik cuma julat suhu yang terlalu rendah agak sedikit menyukarkan. Setakat hari ini, suhu paling rendah adalah -17C dan ada hari yang 'agak' panas dengan suhu -1C.
Siang yang pendek dan malam yang panjang juga bukan senang diatasi. Keadaan waktu solat yang rapat turut menyukarkan. Subuh jam 7.50 pagi, 9.00pagi baru cerah dan maghrib jam 3.20 petang. Semua waktu solat adalah di universiti kecuali Subuh. Makanan halal tidak sukar untuk diperoleh cuma perlukan lebih wang untuk dibelanjakan. Setiap hari perlu memasak untuk penjimatan dan jarang benar ada hari yang makan di luar (di Malaysia, jarang ada hari makan di rumah). Sekali pernah ke sempadan Sweden untuk membeli daging halal yang lebih murah untuk stok makan sebulan dua.  Hal belajar juga agak bagus. Atas kelewatan mendapat Residence Permit tempohari menyebabkan saya tidak sempat masuk semester Autumn dan proses pendaftaran akan berlaku pada semester Spring 2011 akan datang. InshaAllah tidak ada masalah dengan itu. Dengan baki masa 2010 yang tersisa ini, ada dua perkara yang harus saya buat di sini seperti yang dirancang oleh penyelia. Pertama, projek pertama sudah dimulakan berkenaan 'half-life of CARMA process'. Kedua, saya diminta belajar sendiri satu subjek berkenaan Energy Finance yang didaftarkan sebagai spesial course dan peperiksaan akan berlaku pada bulan 2 atau 3 tahun depan. Setiap saat di sini adalah saat yang cukup berharga.

Sunday, October 24, 2010

Wajah baru

Blogku sudah berwajah baru... Semakin rancak kini untuk berblog.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya to all

Alhamdulillah.. after completed fasting for a month, now it comes time to celebrate Eidulfitri. For my blog followers who is also a blogger, i wish you a happy hari raya. Hoping that this new hari raya will bring more happiness for us and more baraqah will exist in our daily life... working or studying or whatever we are doing.

Since today is the day six of hari raya, it is not too late to visit your friends and make friends with any. Those who are now staying at UK, Japan, Holland, Australia and even in Malaysia with emphasizing to study for this moment, please do not worry of celebrating hari raya without your lovely family at homeland. You were lucky to experience this that may not be experienced by others. You are bringing a heavy task to excellently accomplish your study (Master or Phd) and come back to serve to our country and nation but the most important for Islam.

My situation is well but not in relieved mode. We are waiting our residence permit approval from UDI (Norwegian immigration) and consequently we cannot booking flight tickets to Oslo. Experience shows that it take times but we are hoping that they will have a fast particular look in our case since I need to start my study in early of this October. However, the class for STK4510 (Introduction to methods and techniques in financial mathematics) given by Prof. Benth, F.E were start two weeks ago. Fortunately, the fully guidance and superb helping of Prof. Benth while giving the notes and some exercises contributing to my preparation for my research in stochastic modeling emphasized in electricity markets.

Back to raya mood, I wish the happiness will come throughout our becoming life spur us to work hard in completing our journey of getting broader knowledge. InshaAllah, the luck would be with us and please do not forget to use pray as our weapons to accomplish the mission.

So, think positive and always asking for helps from Him. Our path may be differ but we aim at same objective and mission... Phd is not Perasaan hasad Dengki but it represents the depth of knowledge we have. Wassalam.

Friday, August 13, 2010

Pagi Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Apa ya berlaku di pagi hari? Irfan dan Intan lena dibuai mimpi.... Aku baru cuba melelapkan mata tapi terjaga bila Chek (mak sedara sebelah rumah) mari dan diajak berbual.

Entah apa lah ya nak tulis. Aku kelu...

Sunday, April 04, 2010

7 bulan dah pandai merangkak

Hi.. Tak ada apa nak tulis. Just to inform that my lovely son, Adam Irfan dan masuk 7 bulan pun dan perkembangan yang sangat menarik adalah beliau sudah boleh merangkak. Menarik kan bila dipanggil, beliau akan merangkak menuju kearah kita. Adam.. Miss u!

Friday, March 19, 2010

Semalam MJ..

Salam sayang semua... Salam 1Malaysia. Lama sudah tidak ada new post dalam blog ini. Actually, ada juga terfikir untuk shut down blog ini tapi rasa sayang pula sebab almost 5 years jadi blogger dan post something untuk diri sendiri dan ada juga kot yang memberi kebaikan kepada rakan-rakan. 5 tahun dulu, masih tak ramai blogger di UMT, tapi bila lama-kelamaan hampir semua orang nak buat blog dan jadi blogger. Alhamdulillah, ini perkembangan positif dan aku pula, bila dah makin sibuk dengan kerja dan aktiviti di universiti, semakin susah nak menulis. Yang susahnya sebab nak cari masa untuk menulis, bukan sebab tak ada idea. Ada orang yang punya masa nak menulis, tapi tak ada idea. Itu lain...

Aku nak menulis sesuatu yang rakan bloggers lain tak tulis. Tapi apa ya? Mungkin kalau nak terus berblog, blog ini tidak harus suram begini. Tiada yang menarik.. tiada yang indah. Sekarang aku di kampung, di pagi Jumaat di hujung minggu, cuba mencari masa untuk menulis. Namun, tiada daya melainkan usaha. Tiada halangan melainkan peluang..

Kawan-kawan rasa bagus tak cadangan untuk delete blog ini daripada tiada posting yang baru? Bila kawan-kawan bloggers buka masih post yang lama. Wahh... syahdunya!

Saturday, January 30, 2010

Gonna miss the moment

For almost one week we have not going outside (i mean to town) to find foodstuff for cooking, pampers for Adam and find places for relaxing. However, yesterday we have time visiting Mydin and went out to Batu Burok staying on the edge of the beach afterward. Hahaha.. so precious brought Intan and Adam together.

Adam is really good and kind... almost everywhere, nothing to worry about his coquettish. Bring him out is easy but we lose control when come time to wear him pampers. When he was at 3 month.. he merely dumb and occasionally active but we realized that he becomes more active after 4 month. Now, he was 5 month already... pell-mell sleeping time, one bed for us before latter being for him. There's no pleasure night anymore and no sound asleep. However, everything will change from time to time and we are at the right condition now. We are very grateful having superboy like Adam (maybe somebody will frequently call him Irfan).

Okey. Let me tell about what we did yesterday. For a nutshell, we went out at 3.45 pm and arrived at Mydin by 4.15pm. Hohoho.. there were a lot of people at Mydin looking for somewhere to park and we were lucky to get parking was that so easy (Alhamdulillah). After parked my lovely, Mohd Bin Harun, we went in for about one and half hour, out to pray Asar and going to Batu Burok. I think that most people were visiting Mydin but they were also congest at Batu Burok. Got the scary feeling of mat rempit commuting on the road with minah rempit at the back, my wife sound "huh.. minah rempit, so sexy". Hehehe.. i smile and thought in mind "i did not ever thought that, my wife go overboard".

At Batu Burok, we walked together with Adam on my shoulder (sometimes). Further on, let pictures below tell the precious moment we'd been together..
Adam was waiting ibu at Mydin

Adam and abah

Adam look to what...

My family is mine

I like most this picture

Friday, January 15, 2010

Balik kampung

Semalam ambil cuti untuk balik kampung. Dah lama rasanya tak balik kampung... Abah tok, tok mak dan tok ayah asyik dok tanya bila adam irfan nak balik. Rindu sangat kot diaorang pada cucu lelaki sorang ni.

Sekarang ada di Kampung Laut, may be in the afternoon berangkat ke rumah abah tok di Padang Enggang. Rasanya, cuti ni sekejap je dah nak habis.. Esok dah nak balik ke Terengganu untuk menyambung kerja.

Ok. Coretan ini untuk seketika.

Friday, December 25, 2009

Adam sudah 3 bulan lebih

Cerita pasal Adam lagi..

Alhamdulillah, umur Adam dah hampir mencecah 3 bulan 4 minggu. Awal bulan hari tu Adam kena cocok lagi... Kesian Adam nangis tak henti. 2 kali cocok yang sebelum tu Adam tak sempat nak nangis sebab tak sakit pun (agaknya lah!).

Berita yang agak mengujakan juga.. Adam dah boleh meniarap. Syukur, perkembangan Adam cukup positif. Agak awal juga dengan umur yang baru mencecah 3 bulan lebih, Adam dah boleh meniarap. Berbanding dengan rakan-rakan lain seusia dia, anak perempuan salah seorang sahabat kami dah masuk 4 bulan belum boleh meniarap. Orang kata, perempuan mungkin lambat sikit (wallahualam).


  Adam masa mula meniarap


 Sempat senyum ya Adam..


Macam konfius jer

Kadang-kadang Adam meniarap lepas menyusu.. Sebab belum 'burp' lagi, maka jadi lah macam nie..


Regurgitation...

Tapi paling best, tengok gambar posing ni..


Hebat betul Adam ni kan..

Walau apa pun, Adam tetap buah hati kami. Kesayangan kami, lambang ikatan suci kami.. Terima kasih Allah kerna anugerahi kami anak buah yang comey ini.. Muaahhh Adam!

Thursday, November 26, 2009

Relinguish 'nepuh mulut' out of my territory

Adoii... hidup tak senang setiap kali hadirnya "n'epuh mulut" ini. Makan tak senang, bila kunyah terkena kawasan yang nepuh tu (fuhh... nikmatnya!!). Kali ini kena lagi.. Cukup tersiksa tapi alhamdulillah. Aku sedar ini adalah untuk recognize me to remember Him in every second. Thanks God!!

Setiap kali hadir nepuh ini, bercakap pun dah tak betul. Air liur penuh dalam mulut (ini suatu normal reaction) yang perlu ditelan each time I wanna talk. Tetapi setiap tutur kata masih mampu difahami orang lain. Okey lagi kan?

Factually, i will often get more than 2 nepuh places (may be 3 or 4 and may not be 1). I do not know why it is happened for every two weeks and it is so terrible? Most people said that I do not have adequate water in my body, thus my body temperature will rise up. Some of them agreed with and also stated that I do not have enough Vitamin C. A few said that I frequently having bath in night which is stimulate ulcer but I argued. 

In action to avert ulcer to be, I merely drink more water and eat more fruits containing vitamin C and perhaps it will reduce likelihood ulcer to happen.

Okeylah.. dah malas nak cerita pasal ulser lagi. Now i'm suffering of having ulcer!... Thanks God and please aid me to undergo all this. It's better for me to be dumb right now and i put forward in your (Allah) hand after all endeavours.

Saturday, November 14, 2009

Reunion 2009 - ditangguhkan

Assalamualaikum...

Kepada semua geng Math Ex-Kustem 2003, adalah dimaklumkan reunion 2009 tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan akan dibawa ke awal tahun 2010. Insyaallah, perkara ini akan berlaku pada 2010.

Monday, September 28, 2009

Tentang Adam

It past 28 days from the date Muhammad Adam Irfan was born… seeing a new but terrible world and bring precious and strengthen life for us. You are the one! If can I announce to the entire world how proud I am, I will do it right now. But, it doesn’t make sense. Let us continue our happy and enjoyable life together.

I share some pictures of Adam (or Adem) but forgot the date of each picture was taken. But, it is in the interval 1 - 28 days of new born. Just take a minute to have a look and share your happiness with us.

che muhammad adam irfan

che muhammad adam irfan

adam with ibu

Friday, September 04, 2009

Muhammad Adam Irfan

Muhammad Adam Irfan bin Che Mohd Imran, panjang juga ya. Apakan daya, itu nama yang ibu (Intan Mas Ayu) nakkan. Jadi abah kena ikut saja lah sebab yang mengandung, melahirkan dan yang banyak korban masa jaga Adam tu ibu. Tok mak kata, Irfan tu nama anak sedara one of my sister, jadi letak Muhammad Adam cukuplah. Tak mengapalah, Irfan tu untuk bagi kesetaraan nama abah (Imran) dan ibu (Intan).

Adam lahir 12.50 pagi 1.9.2009.. lewat 50 minit daripada 31 Ogos (anak merdeka) dengan berat 3.00 kg. Tak merasa anak merdeka pun tak mengapa lah, yang penting ibu dan anak-anak keduanya selamat (itu lebih pentingkan??). Abah belum berkesempatan untuk masukkan gambar Adam dalam blog ini sebab abah sendiri pun tak berkesempatan lagi tangkap gambar Adam. Ibu dah ada gambar Adam (tak sabar nak tunjuk kat mama tok dan abah tok). Kak Maria pun dah tengok.. ibu hantar.

Ibu kata Adam simbol kekuatan ibu. Memang benar.. Adam bukan sekadar simbol kekuatan ibu malah lebih daripada itu. Abah yang tengok dan perhati sendiri, tanpa kekuatan itu tak mungkin Adam boleh jenguk dunia. "Adam, nanti bila dah reti.. Ucap terima kasih banyak-banyak kepada ibu ya!".

Nak biarkan masa berlalu dulu. Sebab hari ini baru 4 hari Adam lahir melihat corak warna dunia. Nanti boleh bercerita panjang-panjang.. Seronok bercerita pasal Adam. Dalam seminggu dua ni, ibu dan adam lah cerita paling sensasi bagi abah. Keduanya simbol kekuatan abah!

Tuesday, August 25, 2009

Terkini!

Kepada semua gang Math Ex-Kustem 2003,


Senarai kehadiran terkini boleh dilewati! Sila tinggalkan pesanan pada ruangan comment untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Pembayaran yuran boleh juga dibuat melalui akaun CIMB: 1302-0057400-52-3 (Sila maklumkan setelah pembayaran telah dibuat).

Sunday, August 23, 2009

Puasa untuk apa?

Hari ini sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa dalam bulan ramadhan. Syukur ya Allah, masih lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan 1430H. Bila berpuasa, ramai aja orang di masjid dan surau-surau tidak mengira waktu. Alangkah indahnya kalau setiap hari pun ramai juga rakyat di rumah-rumah ibadat seumpama itu walau bukan di bulan puasa. Bukan itu ungkapan untuk orang lain melainkan hanya untuk diri sendiri sahaja. Sukar sekali untuk ke masjid dan surau berjemaah melainkan solat Jumaat sahaja. Kenapa ye? Apa yang kita suka bila tiba Ramadhan yer?


P/s: Suka bila ada ramai orang bermurah hati bagi kuih untuk berbuka. Terima kasih ya!

Sunday, August 09, 2009

Ulser vs H1N1

Hahaha... Agak kelakar bunyinya. Apa perkaitan Ulser dengan penyakit selesema babi (H1N1)?? Ada siapa boleh tolong jawab?

Sunday, August 02, 2009

Senarai kehadiran ke Reunion 2009 Gang Math Ex-Kustem 2003 (updated)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengikut perkiraan hamba, masih tak ramai yang bagi maklumbalas berkenaan kehadiran ke majlis tersebut. Saya memerlukan maklumbalas segera supaya boleh buat preparation dengan baik. Insyaallah. Saya list down mereka yang dah dan yang belum buat keputusan...

Bakal hadir:
1 Che Mohd Imran Bin Che Taib dan isteri
2 Nurfadhlina Binti Abdul Halim dan Balqis
3 Mohd Zahirin Bin Adnan dan isteri
4 Mohd Zamani Bin Mohd Sejab dan isteri (dulu pernah sahkan kehadiran tetapi sekarang senyap pula)
5 Rasul Bin Nordin
6 Fadzillah Hanom Binti Mohd Nor dan suami
7 Mazlizawati Binti Md. Ali dan suami
8 Maizuriani Binti Abd Rahman
9 Wan Norfizah Binti Hassan dan suami (ada agenda lain-mungkin tak dapat hadir)
10 Amirul Adili Bin Mohamed Zayadi dan isteri
11 Mohd Hafizee dan isteri
12 Nasrul Hakim dan isteri (terbaru yang mengesahkan akan hadir!)

Belum buat keputusan:
1 Mohd Falmizi Bin Ismail
2 Badriah Binti Muhammad
3 Engku Sazliana Binti Engku Musa
4 Che Husalmi Azini Binti Che Hussin
5 Kamarabil Binti Malek
6 Yusdiana Binti Yusof
7 Rosmah Binti Omar
8 Mohd Norhisham Bin Abdul Rahman
9 Mariati Binti Mail
10 Sanisah Binti Mohd Esa
11 Hassilah Binti Salleh
12 Siti Azilah Binti Mat Lazim
13 Irmawati Binti Mohd Ibrahim
14 Wan Zamelia Binti Wan Zaky
15 Tuan Azuan Tuan Junus
16 Zanailisda Binti Ali Hassan
17 Siti Hadhirah Binti Abd Halim
18 Rose Ridzwan Shah Bin Mohd Suan
19 Mohd Khairil Bin Daud (tunggu selepas Raya)
20 Norazlan Bin Shaharuddin

Ini yang terbaru. Yang tak dapat sahkan kehadiran di atas mungkin mesej saya tidak sampai dan mungkin belum dapat buat keputusan untuk join atau tak. Saya mohon kalau sesiapa yang terjumpa rakan-rakan kita ni, dapatlah khabarkan berita mengenai reunion kali ini.