Pages

Monday, October 30, 2006

Kepulangan yang dinanti

Hari ini adalah hari pertama kerja selepas berhari raya selama seminggu. Ntah ler kenapa rasa berat je nak kerja hari ni.. malas sesangat!! mungkin sebab cuti seminggu membuatkan aku malas nak kerja. Ape pun kerja tetap kerja. Malas atau tidak aku tetap kena kerja. Sekarang ambik masa sekejap posting sebab dah lama tak post apa-apa kat blog nie.. Takde ape dalam post kali ni. Mungkin yang best untuk dikongsikan bersama adalah pasal Hari Raya tahun 2006. Banyak perkara berlaku sepanjang raya baru-baru ni. Aku kongsikan kronologi hari raya tahun 2006:

Jumaat (20/10/2006)
10.00 malam Bertolak dari Melaka (Bachang Jaya)
- Konvoi bersama 6 buah kereta (Nik Man as a Chef de mission, Jimie-supporter sampai Kemaman, Ayo with his family, Lani-also with family, sebuah kereta supporter sampai Terengganu dan aku paling last (MBH 7859) bersama adik Nik Man-Hafizi dan Nurul, Johan dan Mahusin.

10.30 pagi Sampai di rumah selepas unload penumpang-penumpang kereta aku. Malamnya mak aku ajak berterawih kat masjid tapi aku tak pergi sebab penat betul bawa kereta dari Melaka.

Sabtu (21/10/2006)
Takde apa yang best pada hari ni. Malam tu sekali lagi mak dan ayah aku ajak bertarawih tapi tak pergi juga dengan alasan aku penat kerana kekenyangan berbuka dengan budu kesukaan. Best la pasal dah lama tak makan bersama family. Biasa kat Melaka asyik makan siput sedut aja ngan kengkawan. Balik kali ni makan nasi sampai 3 pinggan... waa!!

Ahad (22/10/2006)
Lebih kurang aja aktiviti pada hari ni. Lepas berbuka, sembahyang dan trus lepak depan tv. Tarawih pun tak buat.. malas betul!

Isnin (23/10/2006)
Masih tak banyak beza apa yang aku buat hari ni. Cuma malam tu aku kuar bersama abang Jijie, his wife, kak Ana (my cousin) dan adik Ema (adik aku yang sedang belajar di UUM) ke Kota Bahru cari barang-barang murah. Mana la tahu kot2 ada kek ke, roti-roti yang diaorang jual murah2.. pegi dalam jam 12 tengah malam. Merayau2 dalam setengah jam tapi apa pun tak dapat sebab orang dah nak tutup kedai. Lepas tu kononnya nak merayau ke Wakaf Che Yeh tapi hampa juga jalan ke sana jem. Pergerakan lalulintas amat perlahan dan kitaorang ambik keputusan untuk terus balik dengan perasaan kecewa kerana tak berjaya beli apa2.

Selasa (24/10/2006)
SELAMAT HARI RAYA!! Pagi raya aku bangun agak awal. Sembahyang raya jam 8.30 pagi.. After dats aku balik rumah dan mengadap tv; tonton artis-artis nyanyi lagu raya. Ada la sedara datang tapi aku tak berapa ambik port sangat. Sebelah petang aku beraya di rumah awek aku.. ASMIRAH. Beraya dengan mak dia. Lepas tu mintak izin mak dia untuk bawa beraya ke rumah aku. Disebabkan jalan jem hampir 6.30 petang baru sampai rumah aku dan dia beraya bersama family aku, aku bawa dia jalan rumah mak sedara dan malam hantar dia balik rumah. Nasib la tak kena marah kat mak dia.. cian dia.
Rabu (25/10/2006)
Raya ke-2, paginya hanya beraya di rumah. Tengahari tunggu Mahusin dan Mahasan datang beraya rumah aku baru pergi rumah Nik Man (Nik buat kenduri aqiqah untuk anak dia- Affey). Jumpa Bojan and da geng dan selepas selesai kat rumah Nik, aku pergi ambik awek aku untuk beraya di rumah Achik (Achik adalah panggilan mesra Fauzila Ali) dan Yanie (kawan awek aku- rumah di Kedai Buloh). Aku balik rumah jam 6.30 petang.

Khamis (26/10/2006)
Raya ke-3 aku cuma standby kat rumah. Takde buat ape melainkan tengah malam kuar bersama ex-kustem; pokwe dan pijie. Beraya di rumah mertua pijie..

Jumaat (27/10/2006)
Pagi-pagi lagi ambik awek aku kat rumah dia. Dia nak naik bas ke Terengganu pagi nie.. Sampai rumah dia, adik beradik dia semua dah kat luar rumah tengah bersiap untuk balik ke tempat masing-masing. Mak dia ajak makan pagi dulu sebelum hantar dia ke stesen bas. Dia naik bas jam 12.15 tghari.. Petang jam 3 aku ke rumah Juliana Jopely jumpa kawan2 smachian98. Balik rumah hampir malam. Jalan jem lagi. Malamnya kat rumah aku ada buat bbq (sepatutnya buat sabtu malam tapi sebab aku dah nak balik, so akak aku- kak wanie mintak buat malam ni).. tapi disebabkan penat sangat, balik rumah aku tertido kat ruang tamu. diaorang pun tak kejutkan aku. Sian akak aku, penat-penat buat aku pulak yang tido. Pagi besok baru bleh merasai kelazatan ayam bakar bbq akak aku.


Sabtu (28/10/2006)
Bertolak balik jam 3.30 petang. Loading penumpang; Johan, Nurul, Piji dan Mahusin dan dalam 5.30 petang bertolak dari Kampung Kor (rumah Mahusin) ke Melaka. Melalui Kuala Terengganu, singgah beraya di rumah Prof. Abu, jumpa Apok dan bertolak dari Kuala Terengganu dalam jam 10 malam. Sepatutnya jumpa awek aku dulu di Kustem tapi sebab dah banyak sangat singgah dan jam pun dah pukul 10 malam, aku memutuskan untuk kansel aja. Dia merajuk pun aku buat tak reti je.. sian dia (jangan marah ekk!!).

Itulah antara kronologi minggu raya 2006 aku. mungkin korang baca tak best, aku yang tulis aku rasa best. Apapun, korang kena rasa best juga.. SELAMAT HARI RAYA kepada semua.

Thursday, October 19, 2006

Bicara hati

Hati... seketul daging yang dicipta indah bentuknya, unik formasinya dan amat perlu kepada seluruh partisi tubuh. Sekiranya bahagian ini baik, baiklah yang empunyanya dan kalau buruk maka buruklah yang empunyanya. Ringkasnya, semua ketahui bahawa hati aset tubuh yang peri pentingnya sampaikan pada waktu ini glamour orang berbicara filem box office "My Heart". Di corong-corong radio acap didendangkan lagu tersebut malah mampu mengatasi lagu raya yang sepatutnya berada di rangking teratas. Tapi bukan itu yang aku mahu kongsikan.. bukan mengenai keglamouran filem "My Heart", bukan berkenaan ranking cerita tersebut tapi aku merasa terpanggil untuk meluahkan dan berbicara soal hati.

Semalam aku berfikir kenapa hati cukup merumitkan? sukar untuk dijelaskan dan kesamaran itu amat membingungkan. Jelas sekali apa yang berkait rapat soal hati adalah perasaan dan normaliti insan menterjemahkan perasaan tersebut sebagai perasaan percintaan, kerinduan, kesedihan dan kekecewaan. Aku suka mendengar lagu "Kenangan Terindah" nyanyian kumpulan Samson kerana lagu ini mempunyai penjiwaan tersendiri. Pada aku, lagu itu terbit kerana Samson juga suka berbicara soal hati.. hati yang telah mencipta kenangan terindah. Mungkin suatu ketika dulu kita juga ada kenangan terindah yang sememangnya itu bersifat hati dan naluri.


Hati dan capaian gelombang yang dihantar melalui hati.. bersifat intuisi. Aku cuba mendeskripsikan bagaimana penghantaran gelombang hati sebenarnya bukan senang untuk difahami. Sekiranya dicuba bersama pasangan masing-masing, adakah intuisi yang kita hantar dapat diterima oleh pasangan kita? Kalau berlaku penerimaan, maka pada pandangan aku wujudlah kesatuan hati yang mana kesatuan ini amat sukar untuk dicapai. Lantaran itu, aku membuat kesimpulan bahawa sampai sekarang aku belum mampu memperoleh kesatuan hati kerana aku masih belum menghantar gelombang dan kalau sekalipun aku mengirim gelombang tapi tidak mampu diraih oleh sesiapapun.. Wallahualam.

Saturday, October 07, 2006

Kriteria meRanking Universiti Dunia 2006

Semalam dalam buletin utama, Naib Canselor Universiti Malaya tampil memberi penjelasan berkaitan penurunan ranking dunia universiti itu pada World Ranking Universities 2006. UM jatuh lagi ke tangga 195 berada di bawah UKM (ranking dunia 165). Dahulunya gah berada di tangga teratas dan sekarang terpaksa menerima hakikat bahawa kegemilangan lampau tidak mampu ditagih lagi. Dalam kenyataan NC UM semalam, beliau mengutarakan terdapat aspek-aspek dan kriteria yang menunjukkan kecemerlangan UM tidak diambil kira dalam skema penilaian tersebut. Aku tertanya-tanya gak semalam, kriteria apa yang tidak diambil kira tu? Pagi nie aku cuba explore laman web berkaitan me'ranking' universiti dan ada satu laman yang menceritakan metodologi penilaian universiti aku state kan di bawah:


We rank universities by several indicators of academic or research performance, including alumni and staff winning Nobel Prizes and Fields Medals, highly cited researchers, articles published in Nature and Science, articles indexed in major citation indices, and the per capita academic performance of an institution. For each indicator, the highest scoring institution is assigned a score of 100, and other institutions are calculated as a percentage of the top score. The distribution of data for each indicator is examined for any significant distorting effect; standard statistical techniques are used to adjust the indicator if necessary.Scores for each indicator are weighted as shown below to arrive at a final overall score for an institution. The highest scoring institution is assigned a score of 100, and other institutions are calculated as a percentage of the top score. An institution's rank reflects the number of institutions that sit above it.


Pada aku, kriteria tersebut kriteria yang sememangya diketahui umum dan sepatutnya UM juga alert dengan kriteria tersebut. Kecuali berlaku pada universiti dan kolej universiti yang baru di mana kriteria alumni mungkin tidak boleh diambil kira. Dan sekiranya diambil juga, wieghting nya mungkin berbeza dengan universiti lama yang lain. Universiti terlama yang lain, UKM, UPM dan UTM harap dapat mengutuhkan rangking daripada jatuh seperti yang berlaku pada UM. Namun UUM walau agak lama masih tidak mampu masuk ranking dunia. Nak tunggu bila baru tersenarai tu?

Thursday, September 28, 2006

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan (Part 2)

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan (Part 1)

Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.


Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Monday, September 18, 2006

Menulis dengan menggunakan mata

Apabila sang jejaka melemparkan pandangan kepada sang puteri yang lalu di hadapannya, maksud sang jejaka yang tersarang di fikiran itu banyak. Penterjemahan jejaka itu mungkin kepada kecantikan puteri, keindahan wajah dan susuk tubuh yang ditafsirkan melalui pandangan mata. Bilamana jejaka itu bercakap dengan diri, sebenarnya jejaka itu sedang menulis. Di saat puteri ditenung, direnung dan diperhatikan, jejaka telah menghasilkan paling kurang 3 helai karangan yang menceritakan keindahan sang puteri dalam masa kurang daripada 5 minit. Begitulah yang saya maksudkan dengan menulis dengan menggunakan mata.

Pandangan mata banyak akalnya. Mata yang memandang mengaktifkan otak yang berfikir dan penjanaan minda berlaku dan diluahkan dalam bentuk kata-kata yang bertulis secara halusinasi. Tiada yang dapat mencerap penulisan jejaka tadi melainkan diberi oleh Yang Maha Pencipta daya akal menafsir melalui mimik muka dan gelagat jejaka tadi. Itulah dimaksudkan dengan menulis dengan menggunakan mata. Dengan pandangan yang lama, mungkin kita boleh menghasilkan sebuah novel yang hanya kita sahaja pembacanya. Kerana itulah, sang penulis skrip perlu memerhatikan fenomena sebelum menulis skrip yang dihendakinya. Yang menghasilkan drama misteri perlu ke sesuatu tempat di mana dia boleh menghayati dan menjiwai skrip yang akan dihasilkannya. Tidak mungkin drama "Cinta Tsunami" dapat ditayangkan tanpa penulis mendalami tsunami yang melanda.

Persoalan mungkin timbul, kenapa yang ditafsirkan oleh mata itu dikatakan menulis bukannya kata?

Tuesday, August 29, 2006

Pencinta Wanita

Ku temukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang ku mau hanyalah dia

Wednesday, August 23, 2006

Pada siapa patut letak cinta?

Assalammualaikum…… Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab "penderitaan mengundang bahagia". Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu. Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata. Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing. Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
Dr Dr Ilmal Online

Tuesday, August 15, 2006

12 Ogos 2006

Konvokesyen Kustem Ke-4... Aku rasa dah dapat hadiah untuk diri sendiri pada tarikh keramat ni setelah berpenat lelah, berpeluh, berpening kepala menghasilkan tesis sarjana sains. Walau tesis ini bukan merupakan tesis terbaik, tapi aku berpuashati dengan hasil usaha aku. Mungkin hanya aku yang tahu apa aku buat dan macamana susah payahnya berpikir dalam menyusur galur perkembangan ilmu Allah. Idea tak datang semudah yang disangkakan. Kadang2 ia memerlukan ketenangan, mengambil masa dan nasib juga memainkan peranan. Aku tak pernah rasa putus asa dan insyaallah kalau ada rezeki mungkin lepas nie teringin juga sambung PhD. Kalau tak dapat di oversea, universiti tempatan pun okey. Bangga apa belajar di tempat sendiri.. dan kalau susah sangat aku sambung aja di KUSTEM. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar.
Dalam sesi pertama hari konvo tu, seramai 3 graduan memperoleh PhD, 29 mendapat MSc dan lebih seribu memperoleh sarjana muda sains. Aku menjadi orang ke-8 menerima skrol. Mak aku bagitau masa nama aku disebut dia tepuk tangan.. Wah!! Terharunya aku.. Hadiah ini khas untuk mak dan ayah aku yang sudi datang ke majlis tersebut. Aku harap bile aku bergelar seorang doktor falsafah, mak dan ayah aku masih sudi datang ke majlis konvo nanti.
Yang paling utama patut terima penghargaan adalah seorang 'ehem2' aku.. Asmirah. Banyak yang dia dah tolong aku, banyak berkorban dan banyak terluka dengan perangai dan perbuatan aku. Aku nak sangat mintak maaf sebab dah banyak buat salah pada dia sebelum nie (harap dia baca nie..). Tapi sepanjang konvo nie, aku rasa aku bertambah rapat dengan dia.. bertambah baik dan lagi mesra... hahahaha.
Kepada kawan2 aku yang lain.. apok, kepeng, cibon, syam dan matmie, sokongan korang aku ucapkan terima kasih. Kepeng dan syam banyak tolong aku.. thanks yer. Lain kali kalu korang berjaya jgn lupa aku plak.

Thursday, August 10, 2006

Konvo Ke-4 KUSTEM

Aku ada kat rumah sewa di Kustem. Semalam aku bertolak dari Melaka jam 8.30 malam dan sampai kat sini dalam jam 4.00 pagi. Sesorang drive dalam keadaan mengantuk, kekadang terlelap dan sedikit terbabas. Tapi nasib baik ada orang kat tepi tolong urut belakang, leher dan ehem².. (jangan pikir bukan2 yer..). Bile tul2 tak tahan, aku tpaksa berenti kedai, minum air tongkat ali. Rasanya dalam jam 2. 30 pagi kat area Marang.

Hari Sabtu nie (12.8.06) aku hadir untuk konvo ke-4 Kustem. Yang seronok sebab dapat jumpa member2 rumah lama nie. Apok, Cibon, Kepeng, Matmie, Mior, Kombat, Lemak dan sorang lagi mungkin tak hadir.. Baraq. Lepas rehearsel konvo besok mungkin aku balik Kelate dulu dan datang dengan mak serta ayah aku. Aku terlupa nak dapatkan chalet untuk diaorang rehat semalaman. Memang itu kesilapan tak patut la..

Tadi ambik jubah konvo, ramai le juga yang aku jumpa. Rasanya nanti tak jumpa dah. Ntah bila lagi aku akan balik Terengganu untuk jupa diaorang. Apa pun mungkin ini adalah istimewanya menjadi insan bernama... IMRAN.

Wednesday, July 26, 2006

Kecantikan wanita di mana letaknya...


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalamuntuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegarketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganyadengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintaianak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminyadalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuksuaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahuibahwa seorang suami yang baiktakkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannyadan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakanbilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah daripakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan,atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Monday, July 17, 2006

Bila Al Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar
mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana
Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku
(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir
melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari(tafsir) lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Wednesday, July 12, 2006

Minggu pertama kuliah

Minggu ni minggu pertama kuliah. Sebelum ni aku tulis berkemungkinan aku akan ajar Pengantar Statistik tapi rupanya tak. Aku ajar balik subjek semester lepas: Matematik Untuk Pengurusan, student BBA- UUM-KYM. Aku dah tak banyak masa nak menulis. Mungkin akan lebih slow bila dah masuk minggu-minggu berikutnya dan aku hanya menulis bila ada kelapangan dan walau macamana sekalipun aku akan tetap menulis. Ni untuk minggu ni kot. Key, assalamualaikum.

Tuesday, December 27, 2005

Tensionnn!!!


Arghh!!! Memang tensen giler aku. Masuk lab cermat (lab matematik) terus cucuk thumbdrive kat cpu, tiba-tiba... Wawawawa.. Thmbdrive aku kena virus trojan. Siyot tul! Dah lah komp tu takde antivirus. Antivirus yang cikai pun dia stop. Semua file aku ada dalam tu.. Terutamanya tesis master. Aku bengang la kenapa dekat2 aku nak present nie tetiba jer buat hal. Camana la virus trojen giler tu masuk dlm thmbdrive aku. Aku bengang!!! Bengang!!!

Tapi aku bernasibh baik sebab aku dah buat backup dalam komp2 yang lain. Nie dah puas aku buat backup nie aku postkan kebengangan aku. Tension siyot! Kepada korang yang ada file2 berkepentingan dalam tmbdrive masing2, aku nasihatkan supaya korang wat la backup file supaya korang tidak menangis di siang hari. Nanti aku nak scan balik thmbdrive aku ade virus tu lagi ke tak.

Monday, December 26, 2005

Menanti malam pengantin

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Menunggu ketibaan VIVA

Hari ni ahad.. org kolumpo tak keje, org johor pun tak keje. aku tensen juge bile semua org tak keje hari ni.. sebenarnya susah org pantai timur nak berurusan. lagi tensen sebab viva yang dijanjikan besok ditangguhkan dan tidak dapat diconfirmkan bile. minggu lepas aku studi untuk viva dan bile dpt tahu ditunda langsung aku xsentuh. maybe minggu nie nak kena tengok balik. Aku dapat tahu external examiner aku prof madya dari utm.. dia yang tak dapat nak confirm bila masa sesuai untuk datang mengexaminerkan aku. Aku tunggu dia lah nie..
kepada korang semua, aku cume harap korang teringat aku time lepas sembahyang fardhu ke sunat ke supaya boleh doakan aku semoga tesisku diterima. Jangan ada yang tak kena sudah lah.. Kiranya aku dah wat yang terbaik dan dah bincang semua dengan supervisor aku. Dan aku tetap akan menunggu tarikh viva tesisku..

Re-Union di Kuala Terengganu

Tarikh : 11 Dis 2005
Masa : 5.30 ptg
Tempat: Zie's Corner

Aku ngan dak2 sekolah sains dulu wat ala-ala gathering kat zie's corner. Sebernarnya ini idea edie ngan pijo.. aku cume pak turut jer... ada gambar aku nak upload tapi takut x menjadik plak. Ape pun, edie mmg best blanja kitaorg makan sebanyak 2 kali. Aku nak kuar pun modal takde. Sian edie, balik nak kena masuk kerja jam 11 malam plak. Letih-letih..

Assalamualaikum...

Agak lama aku tidak menulis. Kini aku kembali semula mencoret tinta.. Kekadang aku fade up juga kerana takde masa nak menulis. Buat masa sekarang, banyak masa aku tumpukan pada kerja-kerja terakhir projek master sementara menunggu viva. Dalam blogdrive aku sebelum nie dah aku terangkan mengenai viva. Kalau korang sempat baca korang tahu la apa itu viva. Kalau tak, mmg dah tak sempat la sebab aku dah delete blog tu. Aku berazam nak kekalkan reputasi penulisanku dalam blog ini. Tapi tak tahu la menjadi ke tak. Tadi aku dapat tahu result awek aku. Tahniah la buat dia.. Memang aku solute habis la kat dia sebab maintain dapat 3.00 walau byk meluangkan masa dating dengan aku.. hahahaa.. Tapi aku tahu dia tu memang pandai, cume nak kena rajin sikit. Well, masa menaip mungkin dah nak tamat. Aku akan meluangkan masa menaip lagi pada hari berikutnya. Wassalam..