Pages

Tuesday, July 14, 2009

Reunion 2009 Gang Mathematics Ex Kustem 2003

21 November 2009 Kuala Selangor, Selangor

Yuran: RM230 (untuk 2 orang beserta penginapan 1 malam)
RM200 (seorang beserta penginapan 1 malam)
RM130 (2 orang tanpa penginapan)
RM100 (seorang tanpa penginapan)

*RM35 untuk t-shirt tambahan

Yuran termasuk sehelai t-shirt kenangan (tidak termasuk pasangan)*, 3 kali makan & minum (termasuk barbeque) dan hadiah.
Sila buat bayaran terus kepada Che Mohd Imran Che Taib (13-017-02-076913-9 Bank Islam) dan sila tinggalkan pesanan mesej atau buat panggilan ke nombor 019-9670076 bagi menyatakan bayaran yang telah dibuat.
Bukti pembayaran juga boleh dihantar melalui surat atau faks:

Che Mohd Imran Bin Che Taib
Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
No. Faks : 09-6694660 (u.p. Che Imran)


Tentatif Program:

10.00 pagi ’Sudah lama tidak berjumpa’
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi ’Cerita benar kisah kita’ bersama moderator: Sdr. CM Imran
1.00 petang Makan tengahari, rehat diri dan solat Zuhur
2.00 petang Check in di Pantai Indah Seaview Resort
2.30 petang Perbincangan penubuhan alumni dan forum: kendalian Sdr. Zahirin
4.30 petang Minum petang dan solat Asar
5.30 petang Jom suka-suka (sukaneka geng ex-KUSTEM) kendalian Sdr. Amirul
7.00 – 9.00 malam Bersih diri, solat & kuliah Maghrib kendalian Abg Rasul dan solat Isya’
9.00 malam Jom borak dan mari barbeque
11.00 malam Rehat diri dan waktu untuk tidur

Sunday, July 12, 2009

Tinta de Paris (2)

24 Jun 2009 (Rabu)

8.40 am
Berjalan menuju Holiday Inn Paris, Montparnasse. Menyusuri Rue De Rennes kemudian Avenue Du Maine sehingga jumpa hotel. Register di registration desk kemudian masuk Hall B untuk dengar presentation.

2.00 pm
Berjalan balik ke Paris Saint Germaine des pres. Menyusuri jalan yang sama.. On da way balik, terjumpa sebuah kedai kebab halal di tepi jalan. Beli kebab yang berharga 4.50 euro dan bawa balik makan di hotel. Sampai di hotel terus tido dan bangun jam 8.00 pm untuk solat jamak zuhur+asar.








8.00 – 9.30 pm
Jalan-jalan di sekitar Paris. Tengok kedai pun dah separuh closed jadi tak dapat lah nak membeli belah. So, esok je lah kalau nak jalan2 lagi. Balik dengan perasaan hampa..

11.00 pm
Mandi dan solat jama maghrib+isya. Kul 0009 baru masuk isya. Lepas ni nak sambung tdo dan bangun solat subuh nanti jam 4.00 pagi. Waktu rehat yang pendek dan siang yang panjang. Susah gak nak adapt dengan waktu di sini.



25 Jun 2009 (Khamis)

4.00 am
Bangun untuk solat subuh. Rehat jap, breakfast dan mandi. Kul 6.30 am tido balik. Malasnya nak bangun..

9.00 am
Pergi konferens. Dengar sikit2 jer apa yang diaorang bentang.. Sebab tak banyak yang berkait dengan math.


2.00 pm
Balik ke bilik hotel. Rehat dan solat jamak zuhur dan asar..

3.30 pm
Berjalan-jalan ke Palais De Justice, Glass Pyramid (Louvre). Shopping di sekitar Rue De Rennes.. Masuk banyak kedai tapi tak ada yang berkenan.


8.00 pm
Kedai dah banyak tutup. Balik je lah..


26 Jun 2009 (Jumaat)

7.30 am
Berjalan dari hotel ke conference venue. Jam 7.55 am sampai..

8.05 am
1st person from Korea present her paper. Then baru turn aku… Session aku habis jam 9.45 am sebab ramai presenter dari Iran tak hadir. Lepas present, jumpa member2 malaysia kat sini.. ada dari UMP dan UKM. Lapar gila lepas present tapi takde makanan walaupun ada coffee break. Teruk betul seminar nie.. Kurang2 bagi lah biskut ke hapa ke.. best gak!















27 Jun 2009 (Sabtu)

7.00 am
Dari hotel ke Charles DeGaulle. Naik train dari Saint Placide ke Gare Du Nord dan tukar train ke CGD.

12.00 am
Berlepas dari bumi Perancis ke Malaysia. Dalam flight, main game dan tengok movie jer. Best gak.. tdo. Alih-alih dah sampai Malaysia. Tak terasa pun walau 13 jam penerbangan.

28 Jun 2009 (Ahad)

7.00 am
Sampai di KLIA. Tukar flight ke Terengganu.

Wednesday, July 01, 2009

Tinta de Paris (1)

Catatan perjalanan ke Paris

22 Jun 09 (Isnin)

5.20 pm
Terbang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke KLIA. Penerbangan delay sejam daripada jadual penerbangan asal. Walaupun menunggu hampir sejam tetapi tidak lah terasa lama sangat.
23 Jun 09 (Selasa)

12.05 am
Bertolak dari KLIA ke Charles De Gaulle, Paris. Penerbangan delay lagi daripada jadual asal pada jam 11.35 malam, 22 Jun 09. Menempuh tiga tapisan keselamatan sebelum boleh menaiki pesawat.
6.50 am
Tiba di Charles De Gaulle. 1 jam 30 minit baru boleh keluar daripada airport.. beratur panjang untuk pemeriksaan keselamatan.

8.00 am
Naik train dari CDG ke Terminal 3.

8.40 am
Naik RER ke Saint Michel Notre Dame. RER di sini lebih kurang komuter di Kuala Lumpur cuma fizikalnya agak buruk. Tiket ke Notre Dame berjumlah 8.40 Euro.

9.40 am
Sampai di Stesen Saint Michel Notre Dame. Bersiar-siar di kawasan berhampiran sampai Hotel De Ville. Tanya minah guard kat situ untuk ke hotel Holiday Inn Paris Saint Germain des Pres, ermm.. sepatah haram tak reti BI. Asyik dok bercakap bahasa Perancis.. Mana la gua faham. Gila sejuk dok sini.. Aku awal2 bukak baju korporat kononnya boleh tahan sejuk, lepas tu pakai balik. Tak tahan woo..

12.30 pm
Check in hotel Paris Saint Germaine Des Pres. Best2.. Hotel dia ni walau 3 star tapi mengalahkan 5 star kat Malaysia. Cuma bilik sini sempit sikit. Arghh… Masuk gambar dalam laptop pastu terpadam yang dalam kamera.. yang dalam laptop pun hilang gak… sakit hatinya. So, tak dapat lah nak attach gambar kat sini.

Rehat dan sempurna diri

5.00 pm
Bersiar-siar di Tour Eiffel. Jalan kaki dari hotel ke Pasteur station. Ambil train ke Bir-Hakiem. Dari Bir-Hakiem jalan kaki ke Tour Eiffel hampir 5 minit. On the way ke Eiffel, ada mamat Pakistan jual keychain. Satu dia boleh bagi dengan harga 1 euro, 3 dia bagi 2 euro.. tapi cara marketing dia seolah-olah memaksa gua beli. Gua dah takut dah.. Dr. Lazim dah jalan ke depan tinggal gua sesorang dengan mamat Pakistan tu.
Shot pemandangan di sekitar Tour Eiffel. Pandangan sisi, bawah, keseluruhan semua gua ambil, kat taman pun ambil gak. Jumpa couple de la rosa tengah hot kissing kat tengah-tengah jalan yang tak berapa sibuk. Dia tengok kami, buat tak layan jer. Kat taman plak, banyak juga couple dok kissing. Tetapi di sini barulah gua tahu bahawa orang Eropah pun bukan fasih berbahasa Inggeris.
7.00 pm
Masih tak gelap-gelap juga. Kami tunggu untuk shot malam hari pula di Tour Eiffel. Bila dah bersiar-siar kejap dah hampir jam 8.30 pm, kami ambil keputusan untuk balik ke hotel. Ambil train dari Bir-Hakiem ke Moutparnasse Bienvenue (Gare Montaparnasse). Dari situ, walking ke hotel tapi kali ini agak jauh berjalan sebab tersesat.. Maklumlah kat negera orang.

10.00 pm
Barulah nampak nak gelap. Maghrib kat sini lebih kurang jam 10.00 pm dan Isyak 12.00 pm. Balik aku terus tidur dan bangun solat Maghrib dan Isyak jam 2.00 am. Jam 3.30 am dah masuk subuh. Bayangkan berapa jam jer dapat tidur yang lena.. Haha. Esok dah nak masuk konferens.. Apepun kat sini berjalan sangat best sebab walaupun siang hari, angin yang menerpa tubuh tersangat lah sejuk (petang tadi 22C.. takdelah sejuk sangat pun).
Esok sambung untuk hari yang berikutnya. Entri esok baru boleh letak gambar sebab yang dua hari pertama ini, dah terpadam. Jadi, tiada simpanan lah.

Thursday, January 22, 2009

ketidakpastian: hikmah dan lumrah

Ketidakpastian adalah lumrah. Esok masih ada, awan mendung menandakan hujan, ekonomi negara tetap kukuh adalah suatu ketidakpastian. Begitulah ironinya kehidupan, indahnya Tuhan yang membiarkan banyak perkara tanpa ada jawapan atau penyelesaian. Manusia yang punya akal akan cuba dan terus mencuba mencari jawapan kepada ketidakpastian.

Istilah Inggeris menyebut uncertainty sebagai ketidakpastian. Bila ditaip perkataan tersebut dalam pencarian yahoo atau google, maka berlambaklah artikel yang akan keluar. Sedari tahun 2003 aku mengenali erti ketidakpastian dan sehingga sekarang tidak pasti itu begitu luas dan tinggi nilainya. Sesuatu yang tidak pasti boleh mendatangkan derita dan bahagia. Sang gadis menanti cinta rangga yang tidak pasti bakal berdepan risiko. Risiko itu boleh jadi cinta rangga diperoleh atau cinta sang gadis ditolak. Kalau berjaya diraih, maka bahagia lah sang gadis namun kalau cintanya ditolak, maka derita harus ditanggung.

Dalam dunia global, arus kemajuan harus dihadapi. Dunia sekarang dicengkam kemelesetan ekonomi sehingga beribu-ribu umat manusia diberhentikan kerja dan terpaksa mengganggur. Lebih parah lagi kerana ada sang anak yang perlu diberi makan dan minum selain diri sendiri. Itulah ironinya ketidakpastian. Tiada siapa mampu menduga itu semua akan terjadi. Kalau ada, dia lah penyelamat dunia. Namun, agak kelakar bunyinya kalau ada orang yang boleh menduga semua melainkan Allah yang maha Esa.

Kerana itu, hikmah sudah terjawab. Kalau diberikan Allah, ketidakpastian adalah kepastian (certainty) maka semua orang sudah pasti hilang pedoman, tidak mengenal akan Tuhannya. Kerana ketidakpastian, manusia mengangkat kedua belah tangan memohon supaya dimakbulkan, kerana ketidakpastian, manusia bangun menunaikan solat hajat dan kerana ketidakpastian manusia sentiasa hidup dalam beriman. Orang beriman akan sentiasa bersedia kerana takut esok sudah tiada.

Namun, merancanglah. Teruskan dengan impian dan sentiasa bermohon semoga impian itu menjadi kenyataan dan ketidakpastian itu menjadi kepastian. Wallahualam.

Thursday, January 01, 2009

tiada lagi senyuman

Alhamdulillah, pantas kita panjatkan rasa syukur kepada Allah lantaran 2009 mula menjengah dan kita belum lagi ditarik nyawa olehNya. Seakan tidak percaya tahun 2008 berlalu begitu singkat dengan meninggalkan memori dan kenangan yang indah dan tidak kurang juga yang mendukakan. Tirai 2008 ditutup dengan murni sekali dan tirai 2009 dibuka dengan penuh harapan dan seribu impian.

Tahun 2008 adalah tahun yang cukup memenatkan. Jadual bulanan yang agak penuh:

Februari: Majlis Bertunang "Imran&Intan"
Seminar Kebangsaan Matematik dan Masyarakat 2008
Jun: Seminar Kebangsaan Sains Matematik Ke-16
Ogos: Majlis Bernikah "Imran&Intan"
September: Menyiapkan prosiding SKSM16
Oktober: Menyiapkan prosiding SKSM16
November: Menyiapkan prosiding SKSM16
Disember: Malam Anugerah Jabatan Matematik 2008

Tidak dapat dinafikan, semua yang telah berlalu itu punya hikmahnya. Penuh dengan seribu makna dan sejuta maksud. Tahun 2008 juga memberi peluang kepada aku untuk mengenali sejuta jenis manusia.

Mengenali isteriku yang cukup indah padaku.. Hampir sempurna sifatnya. Dia seorang yang pandai memasak, rajin menguruskan rumah tangga tapi dia amat mudah merajuk.

Mengenali manusia sekerja denganku membuatkan aku terasa begitu berharganya aku. Ada antara mereka yang cukup liat untuk menerima tugas yang telah diamanahkan. Bila diminta, pelbagai alasan diberi. Bila bersua, muka manis bak gula, semacam tebu ditanam dipinggir bibir. Cukup indah mereka, semasa ditemuduga untuk memohon jawatan, dengan mudahnya berkata "saya akan bekerja sebaik mungkin" tapi bila diberi kerja "eh.. ini bukan tugas saya"...."kita buat mesyuarat dulu lah untuk agih tugas"..."saya tak masuk mesyuarat, saya tak setuju tugas ni saya yang kena buat". Kalau alasan seperti ini yang anda berikan, kenapa tidak semasa temuduga anda katakan anda tidak sanggup. Anda telah menerima amanah Allah setelah anda rela untuk bekerja tapi bila anda tidak bekerja, anda lupa gaji yang anda terima itu di mana barakahnya. Rezeki itulah yang anda berikan kepada isteri dan anak-anak untuk makan, minum yang akan menjadi darah daging mereka. Anda ingin besarkan mereka dengan rezeki dari sumber yang tidak pasti halalnya? Kalau yang bukan Islam, mereka tidak fikir pasal hal ini semua tapi anda adalah orang Islam.

Hari ini aku merasa cukup sedih dan kecewa. Aku tak tahu kenapa manusia begitu mementingkan diri, tidak fikirkan itu tugas anda, tugas demi anak bangsa, tugas demi isteri dan anak-anak di rumah. Anda mcencari rezeki, tapi tidak buat kerja. Halalkah rezekimu?

Aku punya pendirian. Aku tidak boleh lagi memberi senyum kepada mereka yang dalam golongan ini kerana aku pasti hati mereka cukup busuk, jiwa mereka kering. Tiada lagi pada mereka mencari rezeki yang halal dan diberkati.

Aku mohon kemaafan kepada sesiapa yang membaca. Di sini tempat ku luahkan segalanya. Kerana aku sudah tidak mampu lagi tersenyum..

Saturday, October 11, 2008

Day of history (2)

Melangkah masuk ke gerbang perkahwinan

Kesian tukang kipas, pengantin dah berpeluh

Sopan giler pengantin dok atas pelamin

Baiknya siap lap mulut lagi

Tenung apakah itu??

Potong bang, potong kak







Day of history

Selamat datang...

Keklasikannya terserlah

Tanda arah mahal tu

Intan dan Alissya

Rombongan pengantin lelaki

Intan menyambut Imran

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya ini umumnya ku tujukan kepada semua rakan, sahabat serta taulan tidak kira di mana anda berada.

Kepada kedua ibu bapa dan ibu dan bapa mertuaku: Selamat Hari Raya. Ampunkan dosa, salah serta silap anakanda sepanjang anakanda menjadi anak kalian. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada isteri yang tersayang: Abang ucapkan selamat hari lebaran. Jangan lupa raya pertama dan kedua di rumah abang ya. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada Kepeng & Syima: Jangan lupa perjuangan baru bermula. Lepas ini dah boleh fikir tentang nikah. Syima: Tunggu Kepeng dapat kerja dan sama-sama lah usaha untuk mendirikan masjid ya.

Kepada Cibon: Bila dah dapat kerja nanti, inform aku ya. Manalah tahu kot perlukan pertolongan. Bila target date of nikah?

Kepada Dani Izwan a.k.a Combat: Puasa penuh ke tahun ni? (Lupa nak tanya Cibon tadi..) Selamat hari raya. Semoga dapat jadi photographer terkenal suatu hari nanti.

Kepada Hassilah: Selamat berhari raya di perantauan. Sedih tak? Mestilah kan sebab jauh dari keluarga. Tapi demi ilmu dan pengetahuan, kalian begitu bersemangat. Itulah pengorbanan.. Semoga kalian beroleh kejayaan. Amin.

Kepada bowlers (Ben, Salleh & John/Rambo): Sepanjang malam berpuasa, 10 malam terakhir adalah paling banyak kita main bowling. Boleh kata hampir setiap hari. Salleh: Jangan kecewa dengan marks yang diperoleh. Biasalah tu dah nasib.

Kepada geng PGC (tak sempat nak sebut satu persatu): Awalnya korang beraya..
Kepada Miss Yaya: Kek coklat tu best! Selamat hari raya..

dan yang terakhir...

Kepada Apok: Tahun ni tak boleh xongsi raya sebab raya jauh-jauh. Apapun jasamu supply makanan di hari puasa tidak akan budak-budak rumah hantu tu lupakan. (teringat bau ayam percik menusuk kalbu..)
SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 18, 2008

Cinta, kasih, sayang dan hati.. Apa makna?

selalu yg terjadi....
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...
C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A = Akad dilafaz cinta berbunga
S = Suami disanjung-tinggi
I = Isteri disayangi
H = Harumlah kasih sepanjang zaman

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
A = Ada masalah, dibincangkan bersama
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A = Amalkan hidup bertoleransi
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

H = Hati suami mesti dijaga
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T = Tanggung-jawab dipikul bersama
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Doa untuk kita bersama

Bismillahir Rahmanir Raheem
In Name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful


Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....

Ya Allah ...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ke tepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....

Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....

Ya Allah.....
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini maupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....

Ya Allah.....
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....

Amin...

Tuesday, September 09, 2008

Selesailah sudah hidup membujang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Inilah post pertama setelah bergelar seorang suami. Setinggi-tinggi syukur ku panjatkan kepada Illahi kerna telah mempertemukan aku kepada Intan Mas Ayu binti Mahmood yang sekarang sudah bergelar isteriku yang sah. Inilah nikmat dan rahmat yang tidak terhingga selain nikmat Iman dan Islam pada tahun 2008.

Rakan-rakan, sahabat serta taulan yang sudah berkahwin. Memang betul kata kalian: Kalau tahu indahnya sebuah perkahwinan, awal lagi sudah ku berkahwin. Ironinya buah yang sudah masak ranum, belum dapat dipetik dari dahan kerana menunggu galah atau tangga untuk memanjatnya tiada. Lama menunggu tangga, bilamana tangga sampai maka buah yang masak ranum dipetik dan dinikmati. Indahkan?

Rakan-rakan, sahabat serta taulan yang belum berkahwin. Agak-agaknya bila kalian akan menyahut seruan itu? Ramai yang beralasan belum sampai jodoh apabila ditanya. Tapi aku sedar bukan mudah untuk bernikah (berkahwin senang kan??)

Ada banyak gambar yang diambil sewaktu majlis dan hanya 3 yang dimasukkan untuk kali ini. Insyaallah, semuanya akan termuat secara berkala.

Sewaktu majlis akad nikah (20082008)
Dipayungi bawah cahaya matahari (22082008)

Bersama abang (Azizi), adik (Ema), sepupu (K.Na), anak buah (Aslam Mukhriz, Aniq Nuqman dan Syamim)(23082008)

Album dari Picasa

Tuesday, August 05, 2008

Undangan kepada sahabat

Pada tarikh 23hb Ogos 2008 bersamaan 21 Syaaban 1429H, insyaAllah aku akan melangsungkan majlis kesyukuran sempena ikatan janji, izin berwali dan ijab bersaksi perkahwinan aku dan Intan Mas Ayu Binti Mahmood.

Sayugia, aku mengundang sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk datang sama-sama meraikan majlis kami. (Akad nikah akan dilakukan pada 20hb Ogos 2008).

Wednesday, July 16, 2008

Anwar vs. Ahmad Shabery Chek

Aku tidak pernah mengulas isu politik dalam blog ini dan ini adalah yang pertama kali aku menulis tentangnya. Kerana aku naif dan tidak punya kematangan untuk mengupas seperti blog mudin dan blog-blog lain. Namun, selepas mendengar siaran ulangan debat terbuka di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Ahmad Shabery Chik (ASC) semalam, aku merasa terbuka untuk menulis tentang itu.

Aku sangat puas bila mendengar hujah-hujah bernas kalian. Cukup mengagumkan. Dengan fakta dan figure yang dihujahkan amat memberi gambaran walaupun kurang jelas. Isu kenaikan harga minyak dibalas serangan peribadi.. Tidak kena pada tempatnya. "Hari ini memerintah kerajaan, esok turun harga minyak". Aku setuju benar kalau dapat diturunkan harga minyak dengan adanya pengurusan yang lebih cekap yang mampu memacu pembangunan negara. Soal kebocoran dan ketirisan menyifatkan ketidakbijakan pengurusan. Sebagaimana kata DSAI "yang sengsara adalah golongan petani, nelayan...". Nak jaga kebajikan siapa sebenarnya?

Soal menghormati pula timbul kerana pemerhatian aku, DSAI senang memanggil ASC dengan panggilan Datuk. Tetapi kenapa ASC tidak senang memanggil DSAI dengan panggilan Datuk juga?? Kalau mahu orang lain hormati kita, kita dahulu perlu hormati orang lain.

Yang menghairankan aku, kenapa kita perlu bandingkan harga minyak Malaysia dengan Singapore, UK dan negara lain yang jauh lebih tinggi harga minyaknya sedangkan taraf hidup rakyat mereka juga tinggi. Aku tidak mahu ditipu atau tertipu disebabkan kebodohan ini. Siapa agaknya yang bodoh?

Sunday, April 27, 2008

Coretanku cuma sekadar

Selama lima hari (22-27 April 2008) berkampung di Pearl International Hotel, Jalan Klang lama semata-mata untuk suatu tugas rasmi yang murni nawaitu dan pelaksanaannya. Syukur alhamdulillah petang tadi dah selamat sampai di Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu. Sampai di rumah lebih kurang jam 4.45 petang dan pada waktu itu tiada yang lain lebih melazatkan selain daripada tidur yang lena. Maklumlah dalam tempoh lima hari tu tidur tidak pernah lena dan mandi walau pun basah, selepas lap akan kering jua.
Malam ini dengan penat yang masih belum hilang, aku gagahkan diri juga untuk masuk pejabat membuat kerja-kerja terbengkalai sementara menunggu hari esok kerana esok (28 April 2008), aku akan mempengerusikan satu majlis fakulti.
Pembaca-pembaca blog yang budiman, coretan ini cuma sekadar yang ada. Aku punya kurang masa. Insyaallah lain kali kita berjumpa. Wassalam.

Thursday, February 21, 2008

Pengakuan

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjenguk blog ini. Walau sudah lama tidak berirama dan lagu yang sama dimainkan tapi aku pasti akan ada orang yang masih menatap. Namun sampai bila... Mungkin bila tiada lagi yang berubah, atau tiada lagi aku di sini.
Perjuangan bukan mudah. Hidup bukan seperti yang kita rancangkan... Kadang-kadang ujian datang, cabaran menjelma untuk mengukur kuat mana kita walhal kita tahu kita tidak kuat pun. Aku juga begitu, senantiasa didatangi cabaran. Mungkin dulu pernah getir tapi alhamdulillah sekarang tidak lagi. Akan datang?? Terserah pada Dia yang punyai perancangan.
Ramai orang bertanya bila nak kawin? Maklum sajalah sejak bertunang mesti orang nak tahu berapa lama nak ikat? Aku rancangkan hujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Namun, itu perancangan aku. Aku manusia.. Tiada kuasa, tiada kemampuan. Sekadar merancang, entah jadi entah tidak. Tapi aku masih punya usaha dan doa untuk senantiasa selamat ke arah itu. "Moga Kau permudah jalan kepadaku Ya Allah."Amin.
Kemudian, aku jua merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah. Tapi, itu perancangan tahun hadapan. Sekiranya waktu itu aku sudah berkahwin, insyaallah isteriku akan bersama sepanjang tempoh pengajianku. Aku belum putuskan lagi ke mana, siapa penyelia. Insyaallah, Allah akan tunjukkan jalan. Sebab itu memang kerja Dia.
Lalu, aku bermohon supaya rakan-rakan akan tetap menyokong aku. Doakan aku selalu.. Semoga aku selamat, dan semoga perancangan aku seiring dengan perancanganNya. Demimu Ya Allah, hambamu ini tiada tempat lagi untuk dimohon pertolongan. Hanya kepadaMu..

Tuesday, July 03, 2007

Sekian lama menyepi...

Bila betul-betul sibuk, aku lupa. Bila keadaan tenang baru aku sedar. Namun aku bernasib baik kerana masih belum terlambat. Aku harus membetulkan keadaan.. Sepatutnya aku tidak berbuat demikian tapi apa dayaku. Kini aku sedar, blogku dah lama tidak berseri, menyepi dan menanti tangan mengetip keyboard baru ini.

Aku sebenarnya baru selesai menghadiri majlis lafaz ikrar pelajar baru sesi 2007/08. Semalam aku balik kelate kerana menguruskan satu hal yang mustahak. Sebulan bulan 6 yang lalu aku menghadiri kursus induksi di Swiss Garden, Residence Resort Paka dan UMT. Sebelum kursus tersebut, aku ke Uitm Shah Alam menghadiri simposium matematik. Jadual yang amat ketat membatas aku untuk update blog ini.

Minggu depan kelas akan bermula. Maka dengan sendirinya blog akan kembali beredar dengan perlahan. Susah juga bila kelas nak mula nie. Banyak masa perlu dihabiskan untuk kuliah dan exam.. Entahlah.

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan "Selamat Kembali dan Selamat belajar" kepada Intan yang dulu pernah jadi kawan baik masa di tingkatan lima (ingat lagi tak??).

Friday, June 01, 2007

Balik kampung...

Pagi ni nak balik kampung. Tak jauh cuma 2 jam jer. Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan.. Hikhik. Sekarang kat ofis untuk pick up dokumen2 penting untuk dibawa balik bersama. Nak post juga sebab dah lama tak post ape-ape. Asyik baca post lama.. buke blog asyik tengok yang tuler jer. Buhsan... Balik jupe mak ayah dan family la. Awek pun dah lama xmain. Asyik kena main jer.. hahaha (takde la sampai camtu).

So, dat's all for now. Maybe i'll be right here (UMT la) on 3rd may 2007. All work have to be done next week before go for SKSM~15 at Shah Alam and Kursus Induksi (9-28 may 07). Fuhh! Padat!

Saturday, May 26, 2007

Pensyarahku, teman hidupku...

Oleh Fairuz Zaidanfairuzaidan@bharian.com.my

Hubungan kemesraan di bilik kuliah berakhir di jinjang pelaminSIAPA sangka, guru yang selama ini mendidik anda, memberi pelbagai sumber ilmu, kata-kata perangsang dan perhatian umpama keluarga sendiri akhirnya menjadi pasangan hidup anda.
Tentunya sedikit janggal bagi sesetengah orang. Tidak kurang yang melihat perhubungan itu seprti tidak betul, salah dan tidak boleh. Tetapi, senario itu bukanlah sesuatu yang asing khususnya di peringkat pengajian tinggi.
Pensyarah Psikologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail berkata, senario sebegitu bukanlah suatu benda baru malah diakui berlaku di dunia akademik khususnya di peringkat universiti.
Beliau berkata, walaupun angka membabitkan perkahwinan antara pensyarah dan pelajar tidak tinggi, ada kalangan pihak tertentu yang sengaja mensensasikan berita itu seolah-olah ia perkara yang tidak baik.
Hakikatnya, kata beliau, perhubungan pensyarah dan penuntut itu harus dilihat dari aspek keikhlasan dan kesungguhannya.“Kita kena melihat juga adakah perkahwinan itu membabitkan pensyarah muda dengan pelajar atau juga pensyarah yang sudah berkahwin tetapi ingin menyunting pelajar sebagai isteri kedua.
“Mungkin bagi pensyarah muda yang kita lihat semakin ramai di universiti tentu ia bukan menjadi isu tetapi tidak jika ia membabitkan pensyarah yang sudah berkahwin.
Hubungan erat antara pendidik dan pelajar memberi ruang untuk mengenali hati budi, seterusnya membawa kepada ikatan perkahwinan yang sah. Dr Khaidzir juga tidak menolak paras rupa dan cara berinteraksi pelajar dengan pensyarah memungkinkan pensyarah mudah tertawan manakala pelajar mudah tertarik dengan sifat matang pensyarah yang tentunya lebih dewasa.“Apatah lagi memandangkan usia pelajar perempuan yang kebanyakannya berusia 20-an, manakala pensyarah pula mencapai usia pertengahan abad, yang memang dikenali sebagai pertukaran hormon bagi lelaki yang sukakan perhatian yang lebih,” katanya sambil menambah kebanyakan perkahwinan pensyarah-pelajar membabitkan pensyarah lelaki dan pelajar perempuan, berbanding pensyarah wanita dan pelajar lelaki.
Tetapi, adakah semua perhubungan dan perkahwinan itu benar-benar dijalin atas dasar cinta yang tulus, suci dan ikhlas? Bagaimana pula jika ada pelajar yang mengambil kesempatan `mendekati’ pensyarah semata-mata untuk mendapat markah baik dalam peperiksaan?Senario ini sesuatu yang biasa di kalangan penuntut di Afrika Selatan, menurut satu kajian. Tetapi kata Dr Khaidzir, bukan di negara ini. Berdasarkan kajian, tidak ramai penuntut di negara ini yang mengambil pendekatan begitu, merayu, membodek dan memberi cinta palsu hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Sebagai pendidik, katanya, guru atau pensyarah harus menjaga kredibiliti dan meletakkannya di tahap tinggi serta tidak diperlekehkan.“Seorang pensyarah tidak harus lemah dengan daya kelembutan pelajar dan kata-kata manis semata-mata untuk meraih gred yang lebih tinggi. “Tidak harus ada perbezaan jantina, paras rupa dan penampilan dalam memberikan gred markah, sebaliknya harus menilai daripada segi usaha pelajar itu dalam menyiapkan latihan dan kerja yang diberikan.“Secara peribadi, saya seorang yang tegas dalam mendidik pelajar tetapi pada masa yang sama turut mengambil berat masalah pelajar di bawah jagaan saya,” katanya.Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), Prof Dr. Muhamad Naim Kamari berkata, sebagai pensyarah yang mempunyai 17 tahun pengalaman mengajar memang tidak dapat dinafikan berlaku keadaan yang mana pelajar berusaha untuk mendapatkan lebih markah.Namun, dia tidak melihat `usaha’ pelajar itu sebagai bodek sebaliknya `mengambil hati’ pensyarah.
“Tidak salah untuk pelajar berusaha mendapatkan peluang lebih mendapat markah, tetapi bukan mudah untuk diberikan saja jika tidak melakukan beberapa tugasan tambahan.“Saya sentiasa mengingatkan pelajar saya supaya tidak membuat sambil lewa segala kerja kerana mereka menuntut berbayar dan jangan sesekali mempersiakan peluang untuk belajar,” katanya yang terkenal cukup tegas kepada anak murid.
Beliau berkata, sebagai pendidik yang berpengalaman dia akan meletakkan tiga paras pencapaian akademik pelajarnya iaitu cemerlang, sederhana dan lemah dalam menentukan kemampuan sebenar pelajar menjawab setiap soalan.
Katanya, perlu untuk seorang pensyarah mengambil kira kemampuan pelajar, khususnya dalam bidang akademik bagi membantu mereka bersaing dengan pelajar lain.“Tidak semua pelajar yang hadir di dalam satu kuliah pandai-pandai belaka kerana ada juga pelajar yang tidak memahami apa yang diajarkan.“Malah, selalunya pelajar yang cemerlang dan nakallah yang sering mencuri perhatian dan dikenali pensyarah sampai bila-bila,” katanya.Pensyarah Akaun & Kewangan KUTPM, Wan Masliza Wan Mohammad, pula berkata dalam konteks membodek, ia bergantung kepada setiap pensyarah dalam memberikan tugasan kepada pelajar.

PELAJAR sentiasa berdepan dengan cabaran menuntut ilmusebelum berjaya menggenggam segulung ijazah.“Sebagai pensyarah, kita boleh tahu kemampuan sesetengah pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Daripada situlah kita boleh menilai kesungguhan dan kredibiliti mereka dalam usaha dalam pelajaran.
“Ini semua berkisar mengenai psikologi. Di sinilah tugas pensyarah untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dalam kuliah,” katanya.
Wan Masliza berkata, pensyarah juga perlu menyelami karektor setiap pelajar yang mungkin mempunyai masalah dalaman sehingga gagal mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.“Kita tidak tahu kemungkinan mereka daripada keluarga yang bermasalah, ibu bapa bercerai atau mempunyai masalah kewangan. Tidak harus mempersalahkan terus pelajar, termasuk memberi markah yang rendah tanpa melihat punca kemerosotan akademik.“Inilah penting adanya program mentor-menti (pensyarah-pelajar) dalam mengeratkan hubungan dan interaksi antara pensyarah dan pelajar,” katanya yang mempunyai 30 menti di bawah jagaannya.Pendapat yang sama turut dipersetujui Pensyarah Bahagian Perhotelan KUTPM, Mohd Rohimi Abdul Halim yang tidak mahu pensyarah dilabel sebagai `kejam’ dalam memberikan keputusan gred kepada pelajar.
“Pensyarah tidak sesuka hati menentukan keputusan peperiksaan pelajar, tetapi daripada segi tugasan dan aktiviti tambahan mungkin boleh membantu pelajar dalam mencatat mata tambahan,” katanya.Mohd Rohimi yang mengajar pelajar jurusan diploma, berkata selaku pensyarah dirinya tidak hanyut dengan politik pelajar yang ada kalanya cuba merayu untuk mendapatkan jumlah markah yang lebih.Selaku seorang profesional, Mohd Rohimi bertegas pensyarah seharusnya menjaga kredibiliti supaya tidak mudah diperalatkan janji manis pelajar.
Anda bodek pensyarah?“BUKAN istilah membodek dengan harapan untuk mendapat markah yang lebih, tetapi setidak-tidaknya jika sering bertemu dengan pensyarah interaksi dan perhatian akan lebih rapat dan mengurangkan jurang antara pelajar dan pensyarah.“Lebih-lebih lagi bila pensyarah memberikan panduan dan tips menjawab soalan tetapi itu semua kenalah berpada-pada dan tidaklah sampai memberi jawapan dalam peperiksaan.”
Ummi Hani Salam, 22, penuntut Ijazah Pengurusan Perhotelan.
“SUDAH menjadi kebiasaan bagi saya untuk menghadap pensyarah setiap kali ingin mendapatkan info tambahan selepas waktu kuliah. Malah, bukan saya saja, semua pelajar akan berbuat demikian untuk bertemu dengan pensyarah secara berkumpulan.“Cara ini bukan saja membantu mendapatkan tips dan panduan, tetapi membuktikan kesungguhan kami untuk mengejar ilmu pengetahuan.”Wan Nuraimi Wan Aziz, 21, penuntut Diploma Teknologi Perubatan Makmal