Pages

Wednesday, August 29, 2012

Thesis

Di pagi Syawal yang ke-11, rasanya terselit sedikit rasa gembira bila menerima email daripada SV. 

Jiwa pun berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian ini sehingga tamat.. inshaAllah sebelum penghujung September 2013.

Beliau cetuskan perancangan untuk tesis dan membayangkan aku boleh menyiapkan dan menjayakan PhD sebelum tempoh biasiswa berakhir.

Kalau benar perancangannya selari dengan ketetapan Allah, wah.. syukur benar begini!

Aku sudah menyiapkan kertas pertama. Kertas kedua dan ketiga hampir siap, hanya menunggu untuk dimurnikan sedikit lagi. Kertas keempat belum dimulakan lagi. Yang agak merisaukan, kertas terakhir ini aku terpaksa bekerja seorang diri, tidak lagi bersama SV mahupun co-SV. Namun, SV kelihatan positif.. 

"You should have a fourth paper, and you have shown talent and I want you to write your own!"

Kemudiannya, aku akan teruskan dengan menyediakan tesis PhD dan membentang hasil kajian. Mungkin hanya sedikit semangat daripada SV supaya aku terus bekerja keras dengan sepotong ayat..

"You are making very good progress, and everything goes (better than) planned!"

Mohon agar dipermudahkan perjalanan ini. Wassalam...


Thursday, June 28, 2012

Syukran..

Sekali lagi, ALHAMDULILLAH !

Sudah menamatkan semester ketiga di Universitetet i Oslo dan masih berbaki tiga semester lagi untuk menyiapkan PhD (inshaAllah). Sehingga ke hari ini, beberapa perkara sudah pun selesai.

PERTAMA: Keperluan mengambil 3 subjek (bersamaan 30 ECTS) sebagai sebahagian daripada syarat untuk pengajian PhD sudah pun selesai. Subjek tersebut adalah:

1. Energy Finance - 10 credits
2. Statistical Methods and Applications - 10 credits
3. Finance and Insurance - 10 credits; dan satu subjek wajib
4. Ethics, Science and Society - 5 credits

Semuanya berjumlah 35 kredit.

KEDUA: Satu kertas telah pun diterbitkan di salah satu jurnal Elsevier. Ini telah diceritakan panjang lebar dalam post ini sebelum ini. Kertas tersebut juga telah dibentangkan dalam seminar Stochastic Analysis Group pada 2 Mai 2012 yang lalu (diceritakan di sini). 

Dalam waktu ini, dua projek sedang dijalankan dan beberapa konferensi dirancang untuk dihadiri pada tahun 2012 ini.

1. A special year on Financial Engineering for Energy and Commodity Risk Management and Hedging of Commodity Derivatives in Vienna, 17-19 September 2012.
2. Conference on Energy Finance in Trondheim, 4-5 October 2012.

Sedang berusaha keras untuk menyiapkan kertas untuk dibentangkan dalam kedua-dua konferensi ini. Sekali lagi syukran ya Allah.



Tuesday, May 29, 2012

Energy Finance conference

The first conference in this year on Energy Finance to be held in Trondheim .


I wish to attend the conference but not yet submitting an extended abstract, there are 3 days left. 

See you there guys those who are going to participating in the conference. (Itu pun kalau my paper is accepted.)

Friday, May 25, 2012

Time value of money

Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan, boleh lah layari investopedia.com untuk memahami apakah yang disebut dengan time value of money.

Saturday, May 05, 2012

Filem Indonesia II

Untuk mereka yang suka bemimpi...
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12


Filem Indonesia I

Untuk tontonan siapa yang mahu mengejar pelangi!





Wednesday, April 25, 2012

Imran Taib: Pricing of temperature index insurance

Imran Taib, CMA, holder et seminar med tittelen: Pricing of temperature index insurance


The aim of this talk is to introduce pricing of weather insurance contracts based on temperature indices. Three different pricing methods are analysed: the classical burn approach, index modelling and temperature modelling. We take the data from Malaysia as our empirical case. Our results show that there is a significant difference between the burn and index pricing approaches on one hand, and the temperature modelling method on the other. The latter approach is pricing the insurance contract using a seasonal autoregressive time series model for daily temperature variations, and thus provides a precise probabilistic model for the fine structure of temperature evolution. We complement our pricing analysis by an investigation of the profit/loss distribution from the contract, in the perspective of both the insured and the insurer.

Joint work with Professor Fred Espen Benth.
Published Mar 28, 2012 01:13 PM Last modified Apr 10, 2012 12:10 PM

Monday, March 26, 2012

Cerita boling

Huh! Sudah lebih setahun tak sentuh bola boling.. Jenguk pusat boling pun tidak, apatah lagi nak main. Huhu.. Teringat dulu pernah cakap kat Termimi, main boling biar puashati sebelum pergi Sendai, kat sana belum tentu ada bowling centre. Rupanya kat Sendai pun dapat main juga. Mungkin lebih murah... Aku kat sini, tak pernah ke pusat boling pun nye.. Di Oslo, dalam Hard Rock Cafe ada pusat boling, tapi tak pernah pergi. Walau setiap malam Jumaat minum kopi di HRC Oslo, tapi tak pernah dapat main. Sebab yang pertama, tak tau bila nya bowling centre bukak.  Sebab yang kedua, tak ada geng.

Di Terengganu, boleh kata hampir 4 hari seminggu mesti jenguk pusat boling stadium Sultan Mizan sampai Maghrib pun berjemaah di surau stadium. Itu sebelum stadium runtuh. Sehari selepas stadium runtuh, beralih pula ke Astaka. Tapi tidak lah sekerap sepertimana main di stadium, kerana lanes agak terhad, cuma ada 10 lanes, dan orang yang nak main tersangatlah ramai. Jadi kalau nak main juga, kena lah beratur sampai nama dipanggil. Kadang-kadang, menunggu sampai 3 jam. Tak mengapalah, minat punya pasal nye pun!

Bila dah tak ada peluang main boling di Oslo, teringat juga kawan-kawan sepermainan dulu. Gambar kat bawah ni waktu main untuk tournament IPTA/S Terengganu di Astaka. Kerana minat juga (main tak pandai pun), beli bola dan kasut sendiri. Sewa-sewa tak main lah... Yang biasa sewa kasut kat bowling centre ni kupel (couple) yang sahaja nak abiskan masa dan duit. Haha... 

Dari kiri: Dani (nama glamer di pusat boling), Syed, Kz dan Amad

Waktu tournament IPTA/S Terengganu, kami dapat no.2. Biasalah, adat kami main.. kalau tak dapat no.2, dapat no.3 atau saguhati. No.1 langung tak pernah. Haha... Satu lagi gambar kat bawah, bersama piala, hamper dan wang tunai (50 hengget sorang!).

Bersama hamper, wang tunai dan piala

Kadang-kadang terasa nak main, tapi memandangkan kat sini tak ada geng yang boleh ajak, dan juga bola feveret dan kasut pun tak ada, so simpan je lah kan niatnya. Sekarang dah bertukar minat kepada main ski (alpint). Sangat menyeronokkan.. Next winter, inshaAllah main lagi sekiranya masih berpeluang. Bubye boling, aku dah jatuh cinta pada alpint ski.

Monday, March 12, 2012

Artikel #Pricing of Temperature Index Insurance# sudah diterbitkan

Alhamdulillah, artikel pertama dari projek pertama sudah pun diterbitkan dalam jurnal Review of Development Finance. Untuk membaca artikel tersebut, sila klik link di bawah:

http://dx.doi.org/10.1016/j.rdf.2012.01.004

Wassalam.

Thursday, February 02, 2012

Marissa Nur Humaira

Anak kedua kami, Marissa Nur Humaira. Lahirnya pada 29092011, usianya baru menginjak 4 bulan, 4 hari yang lalu. Dia antara kurniaan yang menjadi salah satu hajat isteri saya sebelum kedatangannya ke Oslo. Dia menyimpat hajat, kalau ada rezeki dia mahukan seorang anak dilahirkan di Norway. Sambungnya lagi, sebolehnya anak itu adalah anak perempuan. Kerana kami sudah punya seorang anak lelaki, CM Adam Irfan dan MN Humaira dia mahukan sebagai pelengkap. Baginya sepasang sudah cukup melengkapi. Tidak pernah kami lupa untuk mengungkapkan rasa syukur kepada pemilik sebenar diri kami dan anak-anak kami yang sebenarnya cuma dipinjamkan olehNya untuk kami merasa kehidupan bekerluarga. Dipinjamkan rasa bahagia supaya kami bersyukur.

Sebelum itu, saya perlihatkan wajah anak kedua kami, juga banyak diselitkan dalam laman muka buku isteri dan sedikit dalam laman muka buku saya sendiri.

Terima kasih ibu kerana melahirkan saya!
Wajahnya sukar untuk diteka iras siapa, mungkin banyak memihak kepada isteri saya. Tidak mengapa, Humaira ikut paras rupa siapa pun bukan masalahnya.

Siapa namakan kamu Marissa Nur Humaira? (untuk anak kami baca bila dia sudah dewasa kelak)

Ibumu. Kerana ibumu sangat mahukan nama Humaira jika dikurniakan anak perempuan. Pada ibu, Humaira lembut panggilannya. Pada mulanya dia cuba menyusun namamu sebagai Nur Izzah Humaira. Izzah itu sekali lagi untuk menyamakan pangkal nama semua ahli keluarga kita pada asalnya. Lantas Imran, Intan, Irfan dan Izzah amat sesuai dan cukup unik. Nama itu ibu letakkan rasanya sebelum benih kamu wujud lagi. Pada abah, itu sudah lengkap sehinggalah pada suatu masa abah terdengar nama Arissa. Bila waktu mencari maksud nama Arissa, abah terjumpa nama Marissa yang juga menarik. Lantas abah ajukan pada ibu dan ibu bersetuju. Nama kamu kemudian disusun semula kepada Marissa Nur Humaira yang asalnya Nur diletakkan di pangkal nama, kini diletakkan di tengah.

Apa maksud namamu?

Marissa - Seorang yang bersopan santun
Nur - Bercahaya
Humaira - Putih kemerah-merahan

Ringkasnya, ibu mahukan kamu menjadi seorang anak yang baik, punya pekerti mulia, yang menjadi cahaya untuk ibu dan abah. Dan sehalusnya panggilan mu Humaira, kasihnya seorang Rasul kepada isterinya Aisyah.

Di hari kelahiran Humaira...

Saya mengambil cuti lebih awal dengan tidak hadir ke kampus dan membuat kerja dari rumah sahaja. Pada pagi 29092011, isteri berkata seolah ada tanda untuk melahirkan anak mungkin pada hari itu. Seingat saya rasa sakit kerap bermula jam 4.00 petang, dan saya merekodkan kekerapan sakit tersebut, dicatatkan berapa minit selang masa sakit dan berapa lama setiap kali sakit datang. Itu penting untuk melihat kekerapannya, senang bila telefon hospital boleh terus beritahu tentang kekerapan sakit dan midwife boleh terus decide sama ada isteri saya sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak. Sekiranya bawa isteri ke hospital dan diperaku bahawa isteri belum bersedia untuk bersalin walaupun sudah merasai sakit, berkemungkinan diminta untuk pulang semula ke rumah. Itu dikecualikan sekiranya isteri sudah pecah air ketuban.

Di labour room selama 2 jam, dan saya masih ingat waktu itu saya mendokong Irfan menemani isteri ditepi katil. Saya tidak sempat untuk minta rakan-rakan di sini untuk menjaga Irfan kerana peristiwa berlaku sangat pantas. Nasib juga saya bawa ipad dan Irfan boleh tonton youtube dan itu sudah boleh melegakan kerisauan saya sekiranya Irfan mahukan ibu di saat-saat genting itu. Syukur, Irfan memahami tatkala saya bawa dia keluar dari labour room setelah mendapat perkenan midwife kerana risau anak kecil itu trauma dengan jeritan kuat ibunya. Saya tinggalkan isteri bersama 3 orang midwife di dalam bilik tersebut.

Dalam leka melayan Irfan, midwife datang dan beritahu bahawa isteri saya sudah selamat melahirkan. Semuanya selamat.. Alhamdulillah. Semuanya berlaku dengan lancar, Allah permudahkan kelahiran Humaira. Tiada sesen pun dibayar untuk kos kelahiran tersebut. Bolehkah kami dapat kos melahirkan anak percuma di Malaysia? Doa saya supaya kerajaan akan sediakan kemudahan itu untuk generasi anak-anak kami kalau pun kami tidak dapat merasainya di tanahair sendiri.

Masih banyak yang mahu saya ceritakan, mungkin di episod lain. Pengalaman ini sangat indah.. Betapa pemurah dan penyayangnya Allah kepada setiap hambanya. Kadang-kadang kita rasa tidak senang dengan takdir Allah, walhal itu lah yang sebenarnya terbaik untuk kita. Redha lah atas takdirNya, nescaya dirimu akan tenang. Nanti saya ceritakan!



Saturday, January 28, 2012

Usikan Laskar Pelangi??

Lantas setelah menonton filem Laskar Pelangi, aku coretkan bait-bait ayat yang aku rasa sangat memberi kesan dalam hidupku selepasnya.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

"Kalau mahu pintar, belajar!... Kalau mahu hasil, usaha!"

"Kejarlah pelangimu hingga ke hujung dunia dan jangan pernah menyerah!"

Sekiranya rakan-rakan punya kelapangan, tontoni lah filem tersebut. Ia sarat dengan nilai dan mungkin boleh saudara/i jadikan inspirasi dalam perjuangan kalian.

Wallahualam.

Thursday, January 12, 2012

Hehehe...

Dear Dr. Taib,

Your article Pricing of temperature index insurance will be published in Review of
Development Finance.

....................................................................................................

Please note you will be automatically alerted by e-mail once the expected dispatch
date of your proofs is available.

Yours sincerely, 
Elsevier Author Support

Hehehe... camana nih, ayah aku dah dapat DR dulu. Tak aci nih... Btw, congratulations ayah!

Lembaran baru

Alhamdulillah.. Lembaran tahun baru 2012 dibuka dengan satu berita baik. Manuscript yang kami hantar ke jurnal Review of Development Finance telah pun diterima. Email daripada editor in chief meminta kami mengikut format jurnal dan kembalikan revised version kepadanya dalam masa terdekat. Itupun, aku bersyukur juga setelah usaha menukarkan tex file ke word beserta equation dengan format rujukan Harvard style boleh disiapkan dalam masa satu malam sahaja.

Aku jarang bercerita tentang anak ke-2 kami Marissa Nur Humaira. Belum ada kesempatan waktu untuk berbuat demikian, inshaAllah suatu hari nanti. Aku perlu mencari masa..

Wednesday, January 04, 2012

New year 2012

Happy new year 2012!

Selamat tahun baru 2012!

Minggu lepas, sangat sibuk memunggah barang daripada KringsjÃ¥ ke Hovseter. Hampir setiap hari mesti bawa sikit-sikit, maklumlah tak mahu sewa lori yang berharga NOK975. Officially, kami dah menapak ke apartment baru di Hovseter pada 26 Dis lepas. Rumahnya agak sedikit kecil berbanding rumah lama, besarnya cuma 52m2. 

Minggu ini, dah memulakan tugas balik. Menyambung analisis data freight rate yang mengandungi 5 market segments, setiap segmen ada jumlah data yang berbeza, 3180, 3390, 803, 803 dan 6670. So, berapa ek jumlahnya? Projek lepas dah analisis 14600 data size. So, dah berapa banyak data eh? Penat tu of course, tapi bila dah dapat tuai hasilnya, sendiri mau ingat lah kan.

Rasanya analisis ini akan siap hari Jumaat ni. Kalau buat cepat, cepat lah siapnya. Kalau di pertengahan FB pula datang kacau, nahaslah. Perlukan sedikit disiplin. Moment matching technique.. ada sapa tau? 

Waalahua'lam.


Wednesday, December 14, 2011

No snow

Now, it's winter season. But, somehow it's raining all the times and no snow. How unpredictable the weather is? There was snowing in the beginning of December for 2-3 days and the rain coming all the ways. Where the snow goes? Chaotic!

Tuesday, November 29, 2011

From Matlab to R

"Happy programming!" bak kata Professor Steen. Seronok pula mencuba programming R untuk projek ke-3 kali ini. Projek pertama yang sudah guna Matlab, projek kedua-theoretical based dan projek ke-3 pakai R pula. Wah! Ini sudah bagus... Biarkan mata berpinar-pinar melihat coding yang makin berjela.

Sewaktu memulakan programming Matlab, juga sedikit sukar tapi sekarang alhamdulillah dah ok sikit walau tidak berapa cekap lagi. Tapi, bila dah biasa, dah kurang masalah. Macam tu lah ceritanya dengan R. InshaAllah, bila buat research sendiri nanti, boleh pakai kedua-duanya tanpa segan silu.

Projek pertama bersama Prof. Fred sudah hampir tamat, satu artikel bakal dihantar ke journal baru (elsevier) yang juga merupakan satu bahagian dalam tesis nanti. Projek kedua masih berjalan dan projek ke-3 baru bermula. Projek ke-3 ini lebih kepada modelling forward freight rate dan untuk analisis awal, data sudah pun ada di tangan. Tunggu masa untuk diimport ke dalam R script dan dianalisis. Kalau lihat kepada programming Matlab, analysis guna R mungkin lebih mudah.

Freight derivative suatu cabang yang masih baru, pemodelannya tidak jauh beza dengan modelling forwards and futures, and options dalam commodity market yang lain contohnya electricity, oil, gas and coal. Sekarang, implementasi makin jelas, daripada modelling weather derivative kepada modelling freight derivative. Sangat seronok!

Alhamdulillah.

Wednesday, October 19, 2011

Blog baru

I have created a new blog which provides informations of my career including my recent publications and research interests. There, you can read my profile and contact address as well. Have a visit to


However, this existing blog will regularly be updated since it is the place for having 'santai' writing. Thank you.

Friday, September 09, 2011

Syawal pertama di perantauan [1]

Hari ini sepatutnya masuk school, namun terpaksa berehat di rumah kerana kurang sihat. Agaknya selepas 4 consecutive days keluar dan balik malam, hari ini tubuh minta diberi ruang untuk perbetulkan sistem. 3 hari pertama diperuntukkan untuk memenuhi jemputan beraya di sekitar Oslo.. Adamstuen, Skøyen dan Hanaborg dan semalam ke Charlottenberg (border Sweden-Norway) membeli daging dan ayam halal untuk dibuat stok selama 2 bulan.

Tajuk entri pun dah tau apa yang nak diceritakan. Inilah pengalaman pertama berpuasa dan menyambut syawal di perantauan. Oleh kerana semuanya pertama kali, jadi nak lah juga rasanya gambar terpampang di ruangan Salam Perantauan 2011 Kosmo (Utusan Malaysia online pun masuk kat sini). Kat bawah ini ada gambar yang ditag oleh salah seorang bekas pelajar (Wan Adlan via facebook):


Hehe. Bagus.. at last ada juga yang perasan gambar kami keluar Kosmo. Silapnya cuma kami bergambar atas batu. Suasana ini di Malaysia pun ada. Paling best sebab tak sempat nak hantar kad raya, tulis aje salam eidulfitri atas kertas A4 putih, scan dan letak kat fesbuk. Lepas tu saya tag la sesiapa yang namanya tertera atas kertas tu. Kalau korang nak cuba untuk tahun depan, boleh lah. Ia perlukan sedikit kekreatifan.

Ceritanya, ada 4 orang yang tak dapat balik beraya ke Malaysia. Yang sorang masih dalam perut, tak keluar lagi. Si anak senyum sebab masih tak tahu apa-apa. Sambut raya di mana pun padanya tiada masalah. Si isteri paling banyak keluar air mata. Hehehe...

Raya pertama di bumi Oslo ini bukan lah seperti yang saya gambarkan ketika sebulan berpuasa. Saya rasa raya kali ini mesti raya yang paling tak best untuk saya dan mungkin juga keluarga. Tetapi, ada kelainan yang sangat-sangat berbeza. Saya akui beraya di Malaysia adalah segala-galanya. Semuanya ada.. Sate, ketupat, lemang itu perkara wajib. Menziarah saudara mara, bermaafan dan bercerita segala macam perkara. Di sini, banyak yang berbeza... tetapi kami cuba sedaya upaya supaya lebaran disambut seperti mana di Malaysia dengan segala kekangan yang ada. Raya pertama warga penuntut Malaysia di Oslo (dan sebilangan yang bekerja) adalah di rumah kami.

Kebanyakan keluarga Malaysia yang menetap di Oslo menunaikan solat Eidulfitri di rumah kami. Pada asalnya, kami memilih untuk mengikut jemaah di masjid Brugata, tetapi pada akhirnya ramai bersetuju untuk adakan sahaja di rumah kami. Paling penting, kami boleh ikut khutbah raya dalam bahasa Melayu dan kami faham akan isi kandungannya. Rasanya ini lebih baik daripada mendengar khutbah tetapi tak faham sedikit pun. Takbir raya kami buat secara bergilir-gilir, kemudian solat eid diimamkan oleh Abang Zukri dan seterusnya khutbah raya. Secara peribadi, perkara baru bagi saya adalah pengalaman membacakan khutbah  raya beserta dengan rukun-rukunnya. Asalnya saya menolak bukan kerana tidak berani, tetapi saya rasakan ada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman untuk mengambil tanggungjawab itu. Akhirnya, lepas berbincang dan semua bersetuju, maka tugas tersebut diserahkan juga kepada saya.

Raya kali ini juga raya pertama saya merasa sate buatan tangan sendiri. Saya tanya isteri: "kita buat sate untuk raya tahun ini nak?". Isteri tanya balik: "siapa yang nak buat?".. hehe.. Isteri dah takut kot-kot dia yang kena buat kali ini. Tetapi memang niat saya untuk buat sate tu. Jadi, sehari sebelum raya saya dah ambil cuti untuk selesaikan juga membantu isteri memasak untuk jamuan (termasuk biskut raya) pada hari raya pertama. Sate tu saya buat 100 cucuk tapi isinya padat (bukan seperti sate di Malaysia) tetap tidak cukup juga. Ramai kata sate tu sedap, lazat etc. Tapi, kalau tanya saya personally.. jawapan saya: "boleh la..". Ada gambar hidangan (termasuk sate saya) kat bawah... Yumm.. yummm...

Sebahagian daripada hidangan: roti jala kaler merah first time makan (air tangan isteri) dan sate saya...

Bersambung ke entri berikutnya... (Tak tau bila next entry akan ada).




Monday, August 22, 2011

Zikir munajat untuk diamalkan


Diambil sepenuhnya di sini. Terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi tatapan rohani untuk kita semua. Semoga dapat diamalkan.
Oleh: Muhammad Isa Selamat
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian  pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)
—————————————————————
ZIKIR 1
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
munajatdua.jpg
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
ZIKIR 3
zikirtiga.jpg
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
munajat3.jpg 
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
 munajat4.jpg
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
munajat5.jpg
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
 munajat7.jpg
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
 munajat8.jpg
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
ZIKIR 9
munajat9.jpg
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
ZIKIR 10
 munajat10.jpg
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
 munajat11.jpg
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
 munajat12.jpg
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
 munajat13.jpg
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
 munajat14.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
 munajat15.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
 munajat16.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
 munajat17.jpg
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
 munajat18.jpg
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
 munajat19.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
 munajat20.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
 munajat21.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
 munajat22.jpg
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
 munajat23.jpg
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
 munajat24.jpg
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
 ZIKIR 25 (terakhir)
 munajat25.jpg
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)