Pages

Wednesday, July 31, 2013

Rahmat di bulan Ramadan

Alhamdulillah.. Kertas kedua dah masuk jurnal Energy Economics (IF 2.538 you all). Klik disini untuk baca.


Kertas ketiga sedang dalam revision, inshaAllah tak lama lagi.

Monday, June 24, 2013

Trial lecture dan defence

Susah ke trial lecture dan defence? Pengalaman orang lain mungkin berbeza, ada yang telah hadapinya dengan sukar dan ada yang melaluinya dengan senang sekali. Sama ada senang atau sukar, yang lebih penting adalah melaluinya dan menggangap ini sebahagian dari proses belajar, belajar untuk menyampai, menjawab dan menyatakan idea secara profesional. Inilah ujian yang merumuskan tahap kematangan ilmiah pelajar PhD.

Siapa yang tidak gentar bila bakal berdepan dengan ujian? Semua orang juga hadapi perkara yang sama. Gementar dan memikirkan akan keputusan yang mungkin kurang menyenangkan. Saya juga begitu, sebelum datangnya tarikh 21hb Jun 2013 yang lalu.

Saya diberikan tajuk untuk trial lecture 10 hari dari tarikh saya perlu bentangkan. Saya maklumkan tajuk "Catastrophe derivatives (CAT bonds, futures and options) and methods of their modelling, valuation and risk assessment" kepada sv, dan dia hanya ketawa kecil dan berkata "i do not expect this title will come out". Saya fikir tajuk ini mungkin tidak begitu sukar pada mata beliau. Saya mengambil 10 hari penuh termasuk 2 kali weekend untuk menyiapkan slide trial lecture. Bekerja 10 hari tanpa rehat adalah sangat memenatkan.

Bukan suatu yang mudah, mencari bahan yang sesuai, membaca dan memahamkan, dan dalam masa yang sama menyediakan slide presentation dalam tempoh yang singkat. Ini adalah cabaran. Saya cuba yakinkan diri bahawa ini adalah cara untuk saya menambah ilmu selain dari apa yang saya buat untuk kajian saya.

Saya bernasib baik kerana punya waktu yang cukup untuk buat persediaan defence. Memandangkan tesis dihantar awal mac lalu, report dari committee diperoleh sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran, iaitu pada mei 2013, maka sempat lah saya buat persiapan untuk itu. Saya juga sempat buat sedikit analisis data untuk next paper sementara menunggu tajuk trial lecture.

Bersambung...

Saturday, June 22, 2013

Sudah selesai

Alhamdulillah. Dah selesai trial lecture dan defence.. Jumaat tanggal 21.06.2013.

Bergambar bersama isteri sementara menunggu subway untuk hadir dinner di Lofoten Fiskerestaurant.

Monday, June 17, 2013

Second announcement

Tinjau sekitar fakulti informatik uio

Oslo, 16 Julai. Bersiar-siar bawa isteri dan anak-anak meninjau panorama sekitar universiti.

Ada bukit kecil yang hijau, ada kolam yang jernih airnya, juga cuaca yang cukup menyenangkan. Alhamdulillah atas kurniaan dan peluang ini yaAllah.. Tidak terhingga nikmatMu.

Tuesday, June 04, 2013

Friday, May 24, 2013

Hanya sebulan lagi

Alhamdulillah.. Tesis sudah dihantar kepada publisher.

Sekarang waktu untuk prepare slaid untuk defence.

Lagi dua minggu bakal dapat tajuk untuk trial lecture.


 حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ