Cerita pasal Adam lagi..
Alhamdulillah, umur Adam dah hampir mencecah 3 bulan 4 minggu. Awal bulan hari tu Adam kena cocok lagi... Kesian Adam nangis tak henti. 2 kali cocok yang sebelum tu Adam tak sempat nak nangis sebab tak sakit pun (agaknya lah!).
Berita yang agak mengujakan juga.. Adam dah boleh meniarap. Syukur, perkembangan Adam cukup positif. Agak awal juga dengan umur yang baru mencecah 3 bulan lebih, Adam dah boleh meniarap. Berbanding dengan rakan-rakan lain seusia dia, anak perempuan salah seorang sahabat kami dah masuk 4 bulan belum boleh meniarap. Orang kata, perempuan mungkin lambat sikit (wallahualam).
Adam masa mula meniarap
Sempat senyum ya Adam..
Macam konfius jer
Kadang-kadang Adam meniarap lepas menyusu.. Sebab belum 'burp' lagi, maka jadi lah macam nie..
Regurgitation...
Tapi paling best, tengok gambar posing ni..
Hebat betul Adam ni kan..
Walau apa pun, Adam tetap buah hati kami. Kesayangan kami, lambang ikatan suci kami.. Terima kasih Allah kerna anugerahi kami anak buah yang comey ini.. Muaahhh Adam!