Pages

Friday, December 31, 2010

Perkhabaran dari Oslo

Saya sudah hampir 3 bulan di bumi Oslo. Keadaan di sini baik cuma julat suhu yang terlalu rendah agak sedikit menyukarkan. Setakat hari ini, suhu paling rendah adalah -17C dan ada hari yang 'agak' panas dengan suhu -1C.
Siang yang pendek dan malam yang panjang juga bukan senang diatasi. Keadaan waktu solat yang rapat turut menyukarkan. Subuh jam 7.50 pagi, 9.00pagi baru cerah dan maghrib jam 3.20 petang. Semua waktu solat adalah di universiti kecuali Subuh. Makanan halal tidak sukar untuk diperoleh cuma perlukan lebih wang untuk dibelanjakan. Setiap hari perlu memasak untuk penjimatan dan jarang benar ada hari yang makan di luar (di Malaysia, jarang ada hari makan di rumah). Sekali pernah ke sempadan Sweden untuk membeli daging halal yang lebih murah untuk stok makan sebulan dua.  Hal belajar juga agak bagus. Atas kelewatan mendapat Residence Permit tempohari menyebabkan saya tidak sempat masuk semester Autumn dan proses pendaftaran akan berlaku pada semester Spring 2011 akan datang. InshaAllah tidak ada masalah dengan itu. Dengan baki masa 2010 yang tersisa ini, ada dua perkara yang harus saya buat di sini seperti yang dirancang oleh penyelia. Pertama, projek pertama sudah dimulakan berkenaan 'half-life of CARMA process'. Kedua, saya diminta belajar sendiri satu subjek berkenaan Energy Finance yang didaftarkan sebagai spesial course dan peperiksaan akan berlaku pada bulan 2 atau 3 tahun depan. Setiap saat di sini adalah saat yang cukup berharga.