Hari ini sepatutnya masuk school, namun terpaksa berehat di rumah kerana kurang sihat. Agaknya selepas 4 consecutive days keluar dan balik malam, hari ini tubuh minta diberi ruang untuk perbetulkan sistem. 3 hari pertama diperuntukkan untuk memenuhi jemputan beraya di sekitar Oslo.. Adamstuen, Skøyen dan Hanaborg dan semalam ke Charlottenberg (border Sweden-Norway) membeli daging dan ayam halal untuk dibuat stok selama 2 bulan.
Tajuk entri pun dah tau apa yang nak diceritakan. Inilah pengalaman pertama berpuasa dan menyambut syawal di perantauan. Oleh kerana semuanya pertama kali, jadi nak lah juga rasanya gambar terpampang di ruangan Salam Perantauan 2011 Kosmo (Utusan Malaysia online pun masuk kat sini). Kat bawah ini ada gambar yang ditag oleh salah seorang bekas pelajar (Wan Adlan via facebook):
Hehe. Bagus.. at last ada juga yang perasan gambar kami keluar Kosmo. Silapnya cuma kami bergambar atas batu. Suasana ini di Malaysia pun ada. Paling best sebab tak sempat nak hantar kad raya, tulis aje salam eidulfitri atas kertas A4 putih, scan dan letak kat fesbuk. Lepas tu saya tag la sesiapa yang namanya tertera atas kertas tu. Kalau korang nak cuba untuk tahun depan, boleh lah. Ia perlukan sedikit kekreatifan.
Ceritanya, ada 4 orang yang tak dapat balik beraya ke Malaysia. Yang sorang masih dalam perut, tak keluar lagi. Si anak senyum sebab masih tak tahu apa-apa. Sambut raya di mana pun padanya tiada masalah. Si isteri paling banyak keluar air mata. Hehehe...
Raya pertama di bumi Oslo ini bukan lah seperti yang saya gambarkan ketika sebulan berpuasa. Saya rasa raya kali ini mesti raya yang paling tak best untuk saya dan mungkin juga keluarga. Tetapi, ada kelainan yang sangat-sangat berbeza. Saya akui beraya di Malaysia adalah segala-galanya. Semuanya ada.. Sate, ketupat, lemang itu perkara wajib. Menziarah saudara mara, bermaafan dan bercerita segala macam perkara. Di sini, banyak yang berbeza... tetapi kami cuba sedaya upaya supaya lebaran disambut seperti mana di Malaysia dengan segala kekangan yang ada. Raya pertama warga penuntut Malaysia di Oslo (dan sebilangan yang bekerja) adalah di rumah kami.
Kebanyakan keluarga Malaysia yang menetap di Oslo menunaikan solat Eidulfitri di rumah kami. Pada asalnya, kami memilih untuk mengikut jemaah di masjid Brugata, tetapi pada akhirnya ramai bersetuju untuk adakan sahaja di rumah kami. Paling penting, kami boleh ikut khutbah raya dalam bahasa Melayu dan kami faham akan isi kandungannya. Rasanya ini lebih baik daripada mendengar khutbah tetapi tak faham sedikit pun. Takbir raya kami buat secara bergilir-gilir, kemudian solat eid diimamkan oleh Abang Zukri dan seterusnya khutbah raya. Secara peribadi, perkara baru bagi saya adalah pengalaman membacakan khutbah raya beserta dengan rukun-rukunnya. Asalnya saya menolak bukan kerana tidak berani, tetapi saya rasakan ada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman untuk mengambil tanggungjawab itu. Akhirnya, lepas berbincang dan semua bersetuju, maka tugas tersebut diserahkan juga kepada saya.
Raya kali ini juga raya pertama saya merasa sate buatan tangan sendiri. Saya tanya isteri: "kita buat sate untuk raya tahun ini nak?". Isteri tanya balik: "siapa yang nak buat?".. hehe.. Isteri dah takut kot-kot dia yang kena buat kali ini. Tetapi memang niat saya untuk buat sate tu. Jadi, sehari sebelum raya saya dah ambil cuti untuk selesaikan juga membantu isteri memasak untuk jamuan (termasuk biskut raya) pada hari raya pertama. Sate tu saya buat 100 cucuk tapi isinya padat (bukan seperti sate di Malaysia) tetap tidak cukup juga. Ramai kata sate tu sedap, lazat etc. Tapi, kalau tanya saya personally.. jawapan saya: "boleh la..". Ada gambar hidangan (termasuk sate saya) kat bawah... Yumm.. yummm...
Bersambung ke entri berikutnya... (Tak tau bila next entry akan ada).

Sebahagian daripada hidangan: roti jala kaler merah first time makan (air tangan isteri) dan sate saya...
Bersambung ke entri berikutnya... (Tak tau bila next entry akan ada).