Pages

Thursday, January 10, 2013

Cuma beberapa bulan

Semalam hari kedua menulis Introduction untuk tesis. Hari ni tak sempat nak sambung sebab nak siapkan last paper (kertas keempat). Dah tak banyak, mungkin next week dah boleh hantar semula kepada SV untuk diteliti balik. Bila nanti dah siap intro ni, maknanya secara tak formal tesis nya dah siap. 

SV cakap minggu lepas, kalau boleh siapkan tesis sebelum March, bulan June mungkin boleh defence

Bila dah camtu, 2 hari lepas minta quotation daripada movers untuk hantar barang balik Malaysia. Alah, tak banyak pun.. setakat baju 4 beranak, buku-buku, mainan si Irfan yang banyak tu dan perkakas dapur. Lain-lain tu takde.. Kereta? Oh.. tinggal sini kot. Sebab sini hanya guna kereta/pi jer. 

Bagitau si Intan, kalau semua selesai dalam bulan 6, mungkin bulan 7 dah boleh balik dan sambut raya di Malaysia. Tapi dia pula yang nak sambut raya last di Oslo nih. Boleh lak dia tanya kenapa cepat sangat?? Hish.. tak faham lah. Raya tahun lepas nangis-nangis rindu nak balik raya kat kampung, tapi skrg lain pula. Mungkin takut bila balik sana, nanti rindu sini.

Apa pun, menulis sekadar berkongsi cerita. Diri sendiri memang dah tak sabar nak balik.. huhu.

Wassalam.