Post pertama selepas balik bercuti sempena Raya Cina.. Orang Cina Tionghua cuti, orang Melayu dan India pun cuti juga. Aku tambah lagi cuti 3 hari yang sepatutnya hari Selasa minggu nie dah mula kerja. Maksudnya, minggu depan hari Ahad baru aku masuk ofis.
Malam ni Jumaat (22 Feb 2007) aku dah berada di Terengganu. Tengahari tadi bertolak dari kampung... Overall, percutian kali ini agak best sebab aku capai apa yang ditargetkan sebelum balik. Ape lagi.. BBQ family night lah.
Seronok amat sebab berjaya melaksanakan cita-cita tu. BBQ udang, sotong, kerang, ayam.. ada jagung rebus dan mee hoon. Makanan2 untuk bbq tu memang bahagian aku, mak sedara sebelah rumah sponsor mee hoon, sepupu sponsor pencecah. Lupe, ada ikan tucker (anak kepada ikan pari sebab ikan ni kecik sikit dari ikan pari) juga untuk bbq tu. Kami satu family dan family rumah sebelah makan sama-sama seolah-olah kami pula yang beraya. Meriah juga dan memang hajat untuk tak melibatkan orang luar sama ada kawan adik-beradik atau kawan-kawan ayah.
Lagi yang best sebab kakak aku balik dengan husband dan anak-anak dia.. Syamim dan Aniq. Fuhh!!!... memang best kedua-dua anak buah aku tu. Suka aku... peluk, cium tak habis-habis. Nanti kalau ada gmbr diaorang aku cuba masukkan lain kali. Best sangat ada budak-budak nie.. Boleh hilangkan stress dan buat aku tak pikir apa-apa. Ntah bila boleh jumpa lagi. Maybe raya tahun ni la kot. Itu pun kalau diaorang balik beraya di Kelantan.
Itulah cerita serba sedikit balik cuti raya Cina nie. Apa-apa hal nanti boleh discuss kemudian. Kekadang tak sempat nak tulis panjang-panjang.. Ini pun dah kira panjang apa.
deskripsi yang ringkas tapi sangat bermakna di dalam zaman yang sepatutnya lebih memerlukan kepada talian persaudaraan yang erat.
ReplyDeleteterima kasih :-)
Hello!
ReplyDeleteThis work is very good
thank you
bila nak buat anak sendiri? hehheh!
ReplyDeletetunggu ada bini dulu din.. skang tgh mencari.
ReplyDelete