Dah lama tak update blog. Rasa kaku juga sebab dah tak tahu nak tulis apa tapi aku cuba usahakan untuk tulis serba sedikit sebagai tatapan sesiapa yang berkenaan. Hari YM dengan Silah tu baru teringat pasal blog yang tak update2 lagi (thanks Silah sebab sudi jadi pembaca setia blog aku... hehe) dan juga masa borak dengan Siti Asmiyah (blog As bile lagi nak update??). Biasalah kalau aku bagi alasan sibuk. Itu dah jadi alasan umum kepada hampir semua orang dan sebenarnya kesibukan tugas di UMT (dahulunya KUSTEM) amat menghadkan masa aku kepada aktiviti-aktiviti indoor or outdoor yang lain.
Tajuk post PERISTIWA BALOK 2007 adalah cerita rasmi gathering Smachian '98 pada musim ke-3 reunion. Kalau sebelum ini dibuat di Bachok, Kelantan (2005) dan di Setiu, Terengganu (2006), maka pada tahun bermakna 2007 ini dibuat dengan jayanya di Balok, Pahang. Siri seterusnya dirancang untuk dibuat di Kuala Lumpur (2008) insyaallah dengan hendakNya.
Aku kisahkan coretan waktu di Pantai Balok:
31 Mac 2007 (Sabtu)
12.30 p.m
Aku antara orang pertama (bersama Izani) sampai di Muara Beach Resort, Pantai Balok. YDP Sdr. Eddie Amin difahamkan mengalami sedikit kemalangan menyebabkan dia paling lewat sampai dan yang lain datang secara tidak berkala.
4.00 p.m
Ambik Diana+friend di Stesyen Bas Kuantan. Check in chalet sebilik bersama Sele dan Matju (maaf Matju kena buli tidur kat bawah..).
6.00 p.m
Acara bola sepak pantai (geng aku Sele, Mudin dan Aizi) lawan team futsal K.L (Hamizi, Matju, Ise, Ahmad Shah). Team K.L tambah orang lagi kemudiannya tapi ternyata tidak mampu menandingi team aku.
Acara yang tiada dalam tentatif sebenar iaitu tolak bot dan tuannya. Lepas pancit main bola sepak pantai, kami rehat dan nampak ada orang2 kampung sedang berusaha menolak bot melawan ombak. Dengan rasa prihatin, Sele as a leader pergi la untuk bagi pertolongan menolak bot sama2. Yang lain ikut kecuali aku (ditugaskan ambik gambar waktu tu) dan Matju (kena pegang material2 berharga peserta). Gambar bawah tu masa diaorang tolak bot.
9.00 p.m
Acara BBQ tapi kami cuma makan, tukang bakarnya orang lain. Tak dapat merasa kemeriahan bakar ayam. Walau kurang sedap tapi boleh kata memuaskan untuk hidangan BBQ tu.
1 April 2007 (Ahad)
9.00 a.mAcara tukar-tukar cenderahati. Aku dapat frame gambar daripada husband Lily (cantik.. TQ Nazim)
Acara pagi Sukaneka untuk orang2 dewasa, bapak orang dan mak2 orang. Seronok juga sebab dah lama tak merasa sukan budak2 ni. Antara acara yang diadakan adalah tiup belon (awal2 aku surrender), makan epal dan minum air mineral, cari gula2 dalam tepung, balingan kasih sayang (untuk couple2 je ni), mumia dan tarik tali. Gambar berikut bercerita untuk kalian.
1.30 p.mCheck out chalet dan terus ke Kuantan Megamall.
2.30 p.m
Perlawanan bowling. Aku satu team dengan Ahmad Shah, Azira dan Diani. Walau kalah tapi seronok main. Lastly, sesi bergambar tapi aku tak dapat muatkan dalam ni sebab gambarnya hanya pada Bostami (photographer rasmi).
Semua aktiviti tamat dalam jam 6 petang. Selepas semua bersalaman, masing-masing dengan haluan sendiri kecuali geng K.L yang lepak minum kat Benteng.
Itulah serba sedikit coretan waktu di Balok 2007 yang lalu. Dah hampir 2 minggu berlalu tapi masih segar dalam ingatan.. IMBAUAN BALOK 07.
berapa hadiah mung menang che? hahaha!
ReplyDeletetakdok langsung. mung bolot semua sekali hadiah. dok aci nguh!!
ReplyDeleteaku gop yg dok dpt mende2...
ReplyDeletebestnya! Ko jadi organizer ke che? bleh aa wat utk ex-math KUSTEM lak sok2. Aku lantik ko jadi pengarah dah siap2 nih.hehe..
ReplyDeletebanyak la ko..
ReplyDelete