Pages

Friday, September 04, 2009

Muhammad Adam Irfan

Muhammad Adam Irfan bin Che Mohd Imran, panjang juga ya. Apakan daya, itu nama yang ibu (Intan Mas Ayu) nakkan. Jadi abah kena ikut saja lah sebab yang mengandung, melahirkan dan yang banyak korban masa jaga Adam tu ibu. Tok mak kata, Irfan tu nama anak sedara one of my sister, jadi letak Muhammad Adam cukuplah. Tak mengapalah, Irfan tu untuk bagi kesetaraan nama abah (Imran) dan ibu (Intan).

Adam lahir 12.50 pagi 1.9.2009.. lewat 50 minit daripada 31 Ogos (anak merdeka) dengan berat 3.00 kg. Tak merasa anak merdeka pun tak mengapa lah, yang penting ibu dan anak-anak keduanya selamat (itu lebih pentingkan??). Abah belum berkesempatan untuk masukkan gambar Adam dalam blog ini sebab abah sendiri pun tak berkesempatan lagi tangkap gambar Adam. Ibu dah ada gambar Adam (tak sabar nak tunjuk kat mama tok dan abah tok). Kak Maria pun dah tengok.. ibu hantar.

Ibu kata Adam simbol kekuatan ibu. Memang benar.. Adam bukan sekadar simbol kekuatan ibu malah lebih daripada itu. Abah yang tengok dan perhati sendiri, tanpa kekuatan itu tak mungkin Adam boleh jenguk dunia. "Adam, nanti bila dah reti.. Ucap terima kasih banyak-banyak kepada ibu ya!".

Nak biarkan masa berlalu dulu. Sebab hari ini baru 4 hari Adam lahir melihat corak warna dunia. Nanti boleh bercerita panjang-panjang.. Seronok bercerita pasal Adam. Dalam seminggu dua ni, ibu dan adam lah cerita paling sensasi bagi abah. Keduanya simbol kekuatan abah!

5 comments:

  1. uishhh...dah jadi daddy...tahniah bro...

    ReplyDelete
  2. tq... cibon dan retrolive.

    ReplyDelete
  3. terharu baca cerita 2...
    Mmg adam simbol kekuatan..
    Adam juga tnda cinta n hadiah dr ibu buat abah.
    Harap jg adam baik2..
    Bkn sng nk dpt adam.

    ReplyDelete
  4. Bila nk smbung cite ttg adam.Nati upload ler gmbr adam..
    Adam sgala2nya bg ku.

    ReplyDelete