Pages

Saturday, February 05, 2011

Apa yang dicari?

Seteguk demi seteguk air susu, daripada panas sudah beransur suam namun masih juga belum habis. Tatkala gelap sudah semakin pekat, waktu sudah semakin meningkat dan semakin pudarnya keringat, tetapi mata masih terkangkang luas. Masih belum ada tanda-tanda untuk tidur. Mungkin ini mata orang Melayu yang cukup susah untuk tidur awal kerana membayangkan Malaysia sudah bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Apa istimewanya kami di sini dengan bezanya waktu tujuh jam terkebelakang dari Malaysia, dengan suhunya yang sangat sejuk dan jalan yang kadangkala licin apabila salji membeku? Mungkin ini fenomena sementara dan azalinya dari dulu, tidak mungkin sama.

Kerana hari esok masih belum pasti, lusa belum tentu menanti dan tulat mungkin jadi, kerana apa kami di sini? Menadahkan waktu tersisa di bumi asing, mempertaruhkan kehidupan yang selesa di Malaysia dan memperdagangkan nasib demi masa depan untuk apa? Perjalanannya masih jauh, bukan untuk dilihat pada hari esok, bukan untuk dipertonton pada bulan hadapan dan bukan untuk dipersembahkan pada tahun akan datang. Apa yang bawa kami ke sini? Keseronokan berada di bumi asingkah yang pernah suatu masa dulu kami bayangkan? Bukan. Mungkin ingin merasa bagaimana belajar di negara Eropah yang dikatakan tinggi mutunya? Mungkin ya. Tetapi kenapa mungkin? Masih ada lagikah jawapan lain yang lebih tepat selain dari ini? Jawapannya... mungkin.

Hari demi hari, keluarnya dari pagi dan balik tatkala cahaya bulan menerangi, minggu demi minggu, bulan bersilih ganti, rasanya ada sesuatu yang sangat bernilai ingin dicari. Hilangkah ia? Ke mana hendak di cari? Bagaimana cara mencari? Meraba dalam kelam, menyuluh dalam suram atau bagaimana? Jawabnya... Terpulang. Jalannya mungkin berbeza, dan sesekali tidak akan sama. Kalau suram... terang kan, kalau gelap, suluh kan. Jangan meraba dalam gelap, bimbang terjumpa dengan yang lain.

Bagaimana dengan diri sendiri? Keluarga? Ermm.. Jangan difikirkan lagi. Semua sudah tersedia, teruskan melangkah dan ketetapan hidup, perjalanan sudah dirancang. Tidak perlu difikir apa akan jadi kerana itu bukan kerja kita. Itu kerja 'Dia'.. Jadi APA KERJA KITA? Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment