Pages

Sunday, April 03, 2011

Saya sudah lulus Energy Finance

Alhamdulillah.. Saya rasa sangat gembira kerana satu subjek yang saya ambil pada semester ini sudah pun lulus. Ada lagi 2 subjek yang saya ambil pada semester ini, jadi tidak lah boleh bergembira sangat. Pengalaman ujian lisan pertama di University of Oslo sangat menakutkan tetapi harus dihadapi dengan tenang. Saya rasa saya boleh mengawal emosi dan perasaan sepanjang ujian berlangsung dan saya rasa sangat berpuashati. Sudah 5 bulan lamanya belajar subjek tersebut tanpa ada bantuan sesiapa kecuali supervisor dengan petunjuk yang sangat minima. Saya tidak rasa terkilan sedikit pun kerana hanya mendapat sedikit tunjuk ajar tetapi itu sudah cukup untuk saya memahami subjek ini. Bahkan, itu cukup menyedarkan saya bahawa pada tahap ini sesungguhnya saya harus berdikari. 

Saya sebenarnya harus berterima kasih kepada Dr. Hassilah Binti Salleh kerana telah mengenalkan saya kepada erti stokastik dan matematik kewangan yang sebenar. Kelas singkat bersama beliau sebelum saya datang ke bumi Oslo ini rasanya sangat berguna memandangkan itu yang sepatutnya menjadi asas untuk saya menyambung pengajian dalam bidang yang sudah hampir 10 tahun saya mengenalinya ketika mengikuti program Sarjana Muda Sains - Matematik Kewangan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (sekarang UMT) pada tahun 2000. Waktu itu sangat muda untuk saya mengenali Matematik Kewangan kerana pendedahannya sangat berbeza. Suatu masa dahulu saya diajar matematik dan kewangan sebagai dua entiti yang berbeza, ada perkaitan tetapi secara tidak langsung. Sekarang, saya sedar itu bukan yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, saya juga selalu berhubung dengan Nurfadhlina Abdul Halim untuk sama-sama berbincang kajian masing-masing. Bertuah juga punyai rakan-rakan yang sealiran dan khabarnya junior saya, Binyamin Yusoff juga akan menyambung bidang ini. Orang kata, lagi ramai lagi baguskan?

Keesokan hari selepas ujian berlalu, saya telah menerima mel-e daripada penyelia saya:

Dear Imran,
I was very happy with your performance at the exam yesterday! I apologize for asking questions outside your curriculum I simply did not think to check the exact chapters before the exam....., sorry).
You have made a big step forward in your way to the phd!
Please send me the seasonal estimates by Monday.
Have a good weekend!


Saya sangat terkejut kerana seorang Profesor telah meminta maaf kepada seorang anak murid kerana telah bertanyakan soalan yang di luar daripada silibus. Saya selalu bertanya soalan kepada pelajar saya dahulu yang saya tidak ajar, dan saya tidak pula meminta maaf kepada pelajar saya kerana itu. Betapa saya seorang egois atau saya fikir saya tidak melakukan kesalahan. Sekiranya saya bersalah, maafkan lah saya wahai bekas pelajar-pelajar saya.

Saya rasa penyelia saya cuba untuk suntikkan semangat untuk saya meneruskan pengajian. Mungkin beliau nampak saya sedikit lemah dan mudah kecewa. Saya akui mel-e itu cukup untuk menambahkan semangat saya. Terima kasih my professor.


No comments:

Post a Comment