Hari tu ada buat entry yang bertajuk Tajuk. Tapi post tu disimpan as draft sebab rasa belum bersedia nak dedah tajuk thesis, kerana belum finalised lagi. Minggu lepas, tajuk tersebut sudah mendapat perkenan sv, tapi masih rasa ralat untuk dihebohkan selagi thesis belum selesai.
Hari ini, thesis sudah boleh dikatakan selesai, subject to approval. Alhamdulillah dengan perkembangan tersebut. Thesis tersebut inshaAllah akan dihantar minggu depan, setelah mendapat perkenan sv nanti. Mengikut perancangan sv, tarikh defence sudah ditetapkan oleh committees tetapi official date akan diumumkan bila pemeriksa setuju bahawa tesis tersebut worth of defence.
Hari ini genap 2 tahun 3 bulan dan 8 hari aku di bumi Oslo, Norway. Sekejap sahaja dah berada di tahun akhir pengajian. Ibarat orang biasa-biasa cakap "pejam celik pejam celik, dah hampir sampai ke penghujung". Ok lah.. semoga semua orang diberikan kehidupan yang cemerlang. Wassalam.
wah bagusnya che. cepat urusan ko. tahniah in advance.
ReplyDeleteTerima kasih Hassilah Salleh kerana banyak membantu di awal pengajian. Alhamdulillah, perjalanannya setakat ini masih lancar. Cuma, rindu Malaysia, keluarga dan rakan2 di sana juga agak menebal.
ReplyDelete