Apabila sang jejaka melemparkan pandangan kepada sang puteri yang lalu di hadapannya, maksud sang jejaka yang tersarang di fikiran itu banyak. Penterjemahan jejaka itu mungkin kepada kecantikan puteri, keindahan wajah dan susuk tubuh yang ditafsirkan melalui pandangan mata. Bilamana jejaka itu bercakap dengan diri, sebenarnya jejaka itu sedang menulis. Di saat puteri ditenung, direnung dan diperhatikan, jejaka telah menghasilkan paling kurang 3 helai karangan yang menceritakan keindahan sang puteri dalam masa kurang daripada 5 minit. Begitulah yang saya maksudkan dengan menulis dengan menggunakan mata.
Pandangan mata banyak akalnya. Mata yang memandang mengaktifkan otak yang berfikir dan penjanaan minda berlaku dan diluahkan dalam bentuk kata-kata yang bertulis secara halusinasi. Tiada yang dapat mencerap penulisan jejaka tadi melainkan diberi oleh Yang Maha Pencipta daya akal menafsir melalui mimik muka dan gelagat jejaka tadi. Itulah dimaksudkan dengan menulis dengan menggunakan mata. Dengan pandangan yang lama, mungkin kita boleh menghasilkan sebuah novel yang hanya kita sahaja pembacanya. Kerana itulah, sang penulis skrip perlu memerhatikan fenomena sebelum menulis skrip yang dihendakinya. Yang menghasilkan drama misteri perlu ke sesuatu tempat di mana dia boleh menghayati dan menjiwai skrip yang akan dihasilkannya. Tidak mungkin drama "Cinta Tsunami" dapat ditayangkan tanpa penulis mendalami tsunami yang melanda.
Persoalan mungkin timbul, kenapa yang ditafsirkan oleh mata itu dikatakan menulis bukannya kata?

Salam perkenalan,
ReplyDeleteSaya tertarik dgn 'teknik' penulisan dr pandgn sdra, kalau rajin2 mai la blog saya kasi pdgn sdra sbg komen sekiranya ada 'kecacatan' teori yg saya pakai-guna skrg.