Pages

Tuesday, August 29, 2006

Pencinta Wanita

Ku temukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang ku mau hanyalah dia

Wednesday, August 23, 2006

Pada siapa patut letak cinta?

Assalammualaikum…… Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab "penderitaan mengundang bahagia". Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu. Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata. Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing. Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
Dr Dr Ilmal Online

Tuesday, August 15, 2006

12 Ogos 2006

Konvokesyen Kustem Ke-4... Aku rasa dah dapat hadiah untuk diri sendiri pada tarikh keramat ni setelah berpenat lelah, berpeluh, berpening kepala menghasilkan tesis sarjana sains. Walau tesis ini bukan merupakan tesis terbaik, tapi aku berpuashati dengan hasil usaha aku. Mungkin hanya aku yang tahu apa aku buat dan macamana susah payahnya berpikir dalam menyusur galur perkembangan ilmu Allah. Idea tak datang semudah yang disangkakan. Kadang2 ia memerlukan ketenangan, mengambil masa dan nasib juga memainkan peranan. Aku tak pernah rasa putus asa dan insyaallah kalau ada rezeki mungkin lepas nie teringin juga sambung PhD. Kalau tak dapat di oversea, universiti tempatan pun okey. Bangga apa belajar di tempat sendiri.. dan kalau susah sangat aku sambung aja di KUSTEM. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar.
Dalam sesi pertama hari konvo tu, seramai 3 graduan memperoleh PhD, 29 mendapat MSc dan lebih seribu memperoleh sarjana muda sains. Aku menjadi orang ke-8 menerima skrol. Mak aku bagitau masa nama aku disebut dia tepuk tangan.. Wah!! Terharunya aku.. Hadiah ini khas untuk mak dan ayah aku yang sudi datang ke majlis tersebut. Aku harap bile aku bergelar seorang doktor falsafah, mak dan ayah aku masih sudi datang ke majlis konvo nanti.
Yang paling utama patut terima penghargaan adalah seorang 'ehem2' aku.. Asmirah. Banyak yang dia dah tolong aku, banyak berkorban dan banyak terluka dengan perangai dan perbuatan aku. Aku nak sangat mintak maaf sebab dah banyak buat salah pada dia sebelum nie (harap dia baca nie..). Tapi sepanjang konvo nie, aku rasa aku bertambah rapat dengan dia.. bertambah baik dan lagi mesra... hahahaha.
Kepada kawan2 aku yang lain.. apok, kepeng, cibon, syam dan matmie, sokongan korang aku ucapkan terima kasih. Kepeng dan syam banyak tolong aku.. thanks yer. Lain kali kalu korang berjaya jgn lupa aku plak.

Thursday, August 10, 2006

Konvo Ke-4 KUSTEM

Aku ada kat rumah sewa di Kustem. Semalam aku bertolak dari Melaka jam 8.30 malam dan sampai kat sini dalam jam 4.00 pagi. Sesorang drive dalam keadaan mengantuk, kekadang terlelap dan sedikit terbabas. Tapi nasib baik ada orang kat tepi tolong urut belakang, leher dan ehem².. (jangan pikir bukan2 yer..). Bile tul2 tak tahan, aku tpaksa berenti kedai, minum air tongkat ali. Rasanya dalam jam 2. 30 pagi kat area Marang.

Hari Sabtu nie (12.8.06) aku hadir untuk konvo ke-4 Kustem. Yang seronok sebab dapat jumpa member2 rumah lama nie. Apok, Cibon, Kepeng, Matmie, Mior, Kombat, Lemak dan sorang lagi mungkin tak hadir.. Baraq. Lepas rehearsel konvo besok mungkin aku balik Kelate dulu dan datang dengan mak serta ayah aku. Aku terlupa nak dapatkan chalet untuk diaorang rehat semalaman. Memang itu kesilapan tak patut la..

Tadi ambik jubah konvo, ramai le juga yang aku jumpa. Rasanya nanti tak jumpa dah. Ntah bila lagi aku akan balik Terengganu untuk jupa diaorang. Apa pun mungkin ini adalah istimewanya menjadi insan bernama... IMRAN.