Pages

Monday, August 22, 2011

Zikir munajat untuk diamalkan


Diambil sepenuhnya di sini. Terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi tatapan rohani untuk kita semua. Semoga dapat diamalkan.
Oleh: Muhammad Isa Selamat
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian  pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)
—————————————————————
ZIKIR 1
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
munajatdua.jpg
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
ZIKIR 3
zikirtiga.jpg
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
munajat3.jpg 
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
 munajat4.jpg
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
munajat5.jpg
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
 munajat7.jpg
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
 munajat8.jpg
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
ZIKIR 9
munajat9.jpg
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
ZIKIR 10
 munajat10.jpg
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
 munajat11.jpg
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
 munajat12.jpg
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
 munajat13.jpg
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
 munajat14.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
 munajat15.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
 munajat16.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
 munajat17.jpg
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
 munajat18.jpg
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
 munajat19.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
 munajat20.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
 munajat21.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
 munajat22.jpg
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
 munajat23.jpg
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
 munajat24.jpg
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
 ZIKIR 25 (terakhir)
 munajat25.jpg
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)

Wednesday, August 17, 2011

Sekadar adanya

Alhamdulillah, satu projek PhD hampir siap bermakna satu artikel sudah hampir dapat diterbitkan. Sudah pun diemailkan kepada penyelia minggu lepas dan semalam sudah dapat maklumbalasnya. Ada editing perlu dibuat (tak tahu sikit ke banyak) dan juga satu perkara perlu ditukar kaedahnya. Esok kena jumpa beliau untuk bincang berkenaan artikel tersebut. Artikel yang ini, corresponding author nya diri sendiri sebab penyelia dah minta untuk tukar nama letak kat depan: 'This is your paper and your name should appear first!'.

Dalam masa yang sama, projek kedua juga sudah dimulakan bermakna artikel kedua sedang diusahakan. Kalau artikel pertama banyak kepada analisis data selain mencadangkan kaedah baru, artikel kedua lebih berteori. Secara kasarnya, apa yang diminta untuk disiapkan sudah pun disiapkan hari ini. Entah betul entah tidak. Kertas ini juga sudah diemailkan kepada penyelia untuk disemak. Masih belum terima apa-apa jawapan.

Juga esei 8 mukasurat untuk subjek Science, ethics and Society sudah disenaraikan sebagai 'accepted essay'. Belum dapat keputusan rasmi dan masih menunggu. Masih terfikir bagaimana boleh siapkan satu philosophical essay yang bertajuk "Fuzzy logic: a potential change to a new paradigm" yang belum tentu tinggi falsafahnya.

Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen..

Wednesday, August 03, 2011

Curi masa atau cari masa

Alhamdulillah. Dengan kecukupan rezeki yang telah Allah kurniakan, dengan pelbagai nikmat yang telah Allah anugerahkan, kenikmatan bertemu Ramadhan Al-Mubarak harus disyukuri dengan sewajarnya. Kenapa sewajarnya? Kenikmatan bersua Ramadhan sekali lagi yang mungkin merupakan Ramadhan yang terakhir bagi setiap jagat manusia haruslah dimanafaatkan dengan sebaik yang terdaya. Pada saya, pengisian Ramadhan merupakan asas penting yang merupakan sumber keberkatan bulan ini. Dipetik daripada laman blog fadhilatramadhan atau boleh juga dirujuk dalam blog imanakhir, perkataan Ramadhan yang asalnya daripada sukukata 'ra','mim' dan 'dal' adalah membawa maksud 'panas yang menyengat' dan bulan khusus ini merupakan 

'waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering 
dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa'.

Apakah pula perkaitannya Ramadhan dan puasa yang diistilahkan dalam gagasan Melayu Raya (Malaysia-Indonesia-Brunei), danjiki dalam istilah Jepun atau poso yang dipraktikkan oleh Melayu-Kelantan dan Melayu-Kelantan-Norge? Mengikut istilah Arab, 'siyam' atau 'soum' adalah istilah selari makna dengan puasa yang dimaksudkan sebagai "menahan diri daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah serta mengikut semua perintahNya kerana takwa kepada Allah S.W.T". 

Tajuk entri ini bukannya berkaitan Ramadhan secara langsung, namun setelah mendapat sapaan daripada seorang teman yang terang mengatakan saya salah apabila mengatakan saya perlu 'cari masa' untuk bertahajjud di waktu gelap malam di bulan Ramadhan. Teman itu berpendapat, saya harus tetapkan masa untuk bangun bertahajjud, bukan 'mencari masa' untuk bertahajjud. Dan jelasnya saya akur akan kekhilafan itu. Dengan tujuan dilahirkan manusia ke dunia ini, tiada matlamat lain yang Allah jelaskan sebagaimana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku".

Namun salahkah bila saya berkata saya perlu cari masa untuk bertahajjud? Saya akur kehidupan sebagai seorang yang bergelar pelajar pascasiswazah memerlukan pembahagian masa yang sangat rapi dalam pengaturan hidup setiap hari. Waktu harian saya hampir 41.6% dihabiskan di universiti yang juga merupakan suatu ibadat kerana menuntut ilmu, 25% untuk tidur yang cukup, 12.5% untuk ibadat khusus, dan selebihnya waktu di atas t-bane berulang alik ke universiti yang saya rasa juga merupakan suatu ibadah, dan waktu bersama keluarga yang juga saya rasa adalah ibadat dengan melayan isteri dan anak (tidak termasuk waktu berblog dan berFB). Jadi, cukupkah waktu harian saya untuk maksud sebenar didatangkan saya ke dunia ini? Wallahualam.

Pada saya, teman saya itu pada prinsipnya betul. Dia mengingatkan saya untuk bangun bertahajjud dan bukan mencari masa untuk bertahajjud, seolah saya sedang lalai dengan ibadat umum yang saya lakukan. Musim panas (summer) di Norway dengan siangnya yang sangat panjang dan malam yang cukup singkat pada dasarnya tidak menghalang untuk sesiapa pun bertahajjud namun cabarannya sangat besar. Bayangkan solat terawih yang kebiasaannya berakhir pada jam 12.15 tengah malam (kerana waktu Isya' masuk lewat), dan tidur sekejap untuk bangun jam 2.30 pagi untuk bersahur. Setakat ini saya masih tidak mampu untuk tidur sekejap dan bangun bertahajjud dan langsung bersahur seterusnya kerana saya akan hanya tidur paling lama sejam setengah dan agak susah (walaupun tak mustahil) untuk bangkit daripada tidur yang singkat di malam  hari. 

Teringat saya bila pernah orang mengatakan "mereka perlu curi masa untuk solat" dengan kekangan waktu kuliah dan kesibukan kerja. Istilah itu pada hemat saya, baru boleh dikategorikan sebagai salah kerana seolah kita tidak cakna dengan ibadat solat yang wajib. Jadi istilah saya 'cari masa' itu pun tidak lah berapa betul dan tidaklah berapa salah. Yang lebih salah adalah men'curi masa' untuk beribadat. Dengan demikian, perlu disematkan dalam diri untuk bangun bertahajjud dengan keupayaan yang ada walaupun tahajjud adalah ibadat sunat. Pada mereka di Malaysia, yang punya kelapangan kerana waktu di sana agak teratur, mampukan anda untuk bangun bersolat tahajjud khususnya pada bulan Ramadhan ini? Marilah sama-sama kita ikhtiarkan supaya dapat kita penuhkan Ramadhan tahun ini dengan pengisian yang sewajarnya. Wallahualam.