Pages

Thursday, October 19, 2006

Bicara hati

Hati... seketul daging yang dicipta indah bentuknya, unik formasinya dan amat perlu kepada seluruh partisi tubuh. Sekiranya bahagian ini baik, baiklah yang empunyanya dan kalau buruk maka buruklah yang empunyanya. Ringkasnya, semua ketahui bahawa hati aset tubuh yang peri pentingnya sampaikan pada waktu ini glamour orang berbicara filem box office "My Heart". Di corong-corong radio acap didendangkan lagu tersebut malah mampu mengatasi lagu raya yang sepatutnya berada di rangking teratas. Tapi bukan itu yang aku mahu kongsikan.. bukan mengenai keglamouran filem "My Heart", bukan berkenaan ranking cerita tersebut tapi aku merasa terpanggil untuk meluahkan dan berbicara soal hati.

Semalam aku berfikir kenapa hati cukup merumitkan? sukar untuk dijelaskan dan kesamaran itu amat membingungkan. Jelas sekali apa yang berkait rapat soal hati adalah perasaan dan normaliti insan menterjemahkan perasaan tersebut sebagai perasaan percintaan, kerinduan, kesedihan dan kekecewaan. Aku suka mendengar lagu "Kenangan Terindah" nyanyian kumpulan Samson kerana lagu ini mempunyai penjiwaan tersendiri. Pada aku, lagu itu terbit kerana Samson juga suka berbicara soal hati.. hati yang telah mencipta kenangan terindah. Mungkin suatu ketika dulu kita juga ada kenangan terindah yang sememangnya itu bersifat hati dan naluri.


Hati dan capaian gelombang yang dihantar melalui hati.. bersifat intuisi. Aku cuba mendeskripsikan bagaimana penghantaran gelombang hati sebenarnya bukan senang untuk difahami. Sekiranya dicuba bersama pasangan masing-masing, adakah intuisi yang kita hantar dapat diterima oleh pasangan kita? Kalau berlaku penerimaan, maka pada pandangan aku wujudlah kesatuan hati yang mana kesatuan ini amat sukar untuk dicapai. Lantaran itu, aku membuat kesimpulan bahawa sampai sekarang aku belum mampu memperoleh kesatuan hati kerana aku masih belum menghantar gelombang dan kalau sekalipun aku mengirim gelombang tapi tidak mampu diraih oleh sesiapapun.. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment