Kalau diikutkan sekarang dah boleh merancang masa depan daripada segenap segi termasuk kerjaya, keluarga dan juga bakal keluarga. Mungkin kalau dahulu sukar untuk merancang kerana kehidupan dulu amat membataskan tetapi sekarang batu asas sudah diletak, tapak sudah dipagari dan tunggu masa untuk rumah dibina. Sama ada rumah setingkat atau dua tingkat atau tak bertingkat adalah bergantung kepada tuan punya milik.
Dalam masa setahun setengah atau dua tahun daripada sekarang, aku harus meneruskan lagi pendakian ke satu lagi puncak.. PhD. Bermakna dalam tahun 2008 atau 2009 aku akan menuju ke puncak yang selama ini aku idamkan dan untuk sampai ke tahap itu terlalu banyak lembah, alur dan bukit bukau yang harus dilalui. Tapi untuk sampai ke tahap itu juga tidaklah mustahil. Ramai orang dah membuktikan dan aku harap aku juga mampu. Aku tak pasti sama ada akan ada orang yang akan bersama-sama aku untuk menempuh cabaran tersebut atau tidak. Namun itu bukan perkara penting. Lebih penting dari itu adalah aku harus laluinya sama ada keseorang atau berteman. Insyaallah Allah akan bersama-sama aku mencapai cita-cita itu.
Dalam soal kehidupan berkeluarga pula, agak sukar untuk menyatakannya di sini. Belum dapat ditentukan kerana semua itu melibatkan ketidakpastian. Menyatakan keputusan dalam persekitaran yang tidak pasti adalah terlalu sukar. Namun, yang boleh aku katakan di sini, sebelum aku melangkah kaki menyambung PhD, aku akan cuba mengikat apa-apa ikatan yang dirasakan perlu. Tak pasti dengan siapa, kalau Allah makbulkan mungkin aku akan dapat petunjuk untuk ke arah itu. Sesiapa yang terpilih tu harap menerima dengan hati yang terbuka. Yang tak terpilih boleh cuba lagi pada tahun-tahun hadapan.
Dengan harapan semoga semuanya berjalan lancar, perancangan ini akan diteliti dari sehari ke sehari. Doaku moga Allah akan teruskan murahkan rezeki kepadaku selepas ini. Kata orang kalau kita reti bersyukur, Allah akan lipatgandakan rezeki kepada kita... Memang dah termaktub dalam Quran pun. Wallahualam.
Pages
Saturday, December 23, 2006
Monday, December 18, 2006
Hari pertama mulai perkuliahan
Hari ini (18 Dis 2006) adalah hari pertama aku memulai kuliah semester Dis 06/07. Tapi bukan sebagai pelajar, aku sekarang dah bergelar pensyarah atau dalam bahasa inggeris disebut LECTURER. Hehehe.. rasa cam kejap jer. Alih-alih sekarang dah mengajar orang lain.. Dulu asyik belajar sampai botak kepala dan dalam setahun dua lagi kena sambung belajar lagi.. PhD. ehh.. Sambung lagi besok. Dah nak balik la.. banyak tul kerja kat sini tapi seronok sebab dah dapat berada dalam golongan akademik bersama para cendikiawan yang lain. Lagi satu, KUSTEM akan ditukar nama kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) efektif 1 Jan 2007. Itu sahaja untuk tatapan hari ni.. Tak sempat nak tulis banyak. Wassalam.
Friday, December 15, 2006
Wednesday, December 06, 2006
Meniti perjalanan di lorong ilmu
Pada kedewasaan ini, kerjaya adalah amat penting. Lorong-lorong kerjaya yang kita ikut bakal menentukan masa depan yang kita impikan. Sebagai seorang ahli akademik di sini, perasaan keterbukaan dengan suasana dan persekitaran ilmu amat menguja diri serta pemikiranku supaya berusaha lebih gigih membangunkan diri menjadi ahli pakar terutamanya dalam bidang Matematik. Sehari hari ini (6 Dis 2006) aku menghadiri Seminar Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi (SSFST) mendengar dan meneliti (sebab jadi penilai) pembentangan pelajar siswazah Matematik.
Pada semester akan datang, aku mungkin bakal mengajar subjek Matematik Kejuruteraan Lanjutan dan sekarang aku sedang menyiapkan nota, mengulangkaji dan memahami subjek tersebut untuk diajar kepada pelajar-pelajar Teknologi Alam Sekitar dan Teknologi Maritim. Dapat post secara ringkas kerana keterbatasan masa di sini dengan kerja pengajaran dan penyelidikan.

Sunday, December 03, 2006
Di sini ku mulakan sejuta impian
Hari ini (3 Dis 2006) adalah hari pertama aku memulakan tugas di Kustem. Pagi tadi lapor diri jam 10 pagi di pejabat pendaftar, kemudian melapor diri kepada Dekan Fst. Petang tadi, aku buat medical check up di bandar Kuala Terengganu dan buat akuan sumpah di Mahkamah Kuala Terengganu.
Saturday, December 02, 2006
Semuanya berakhir di sini
Tarikh 2 Disember 2006 bakal mengakhiri kalendar aku di sini.. Melaka "The Historical City". Di sini aku mulakan kehidupan bekerjaya, menyusun hidup dengan mengintai ruang dan semua peluang yang ada. Di sini aku mulai pengalaman menjadi seorang pendidik. Mendidik sesiapa sahaja, muda dan tua tidak mengira siang atau malam. Di sini juga aku ciptakan seribu kenangan, sejuta impian dan segunung harapan namun aku masih belum mencapai suatu tahap kebahagiaan yang hakiki.
Tanggal 20 Mac 2006 yang lalu, aku melaporkan diri di Kolej Yayasan Melaka. Dari luar bangunannya tersergam indah, panoramanya memukau tapi sayu kerana suasananya kelihatan sangat usang. Ramai yang tidak menyedari kehadiranku di Kym walau hampir seminggu aku menyertai keluarga mereka. Sesungguhnya sifat pemalu dan kurang mesraku membatasi perkenalan aku dengan semua warga di sini. Aku hanya sempat melaksanakan tugas selama 8 bulan 10 hari dan hari terakhir aku berkerja adalah pada 30 Nov 2006.
Selama tempoh tersebut, aku rasa ada sesuatu yang telah aku perolehi. Namun, aku tetap akan mengakhiri semuanya pada hari ini. Kepada kawan-kawanku di Melaka, aku mohon maaf sekiranya banyak salah dan silap. Aku ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi memberi sepenuhnya sokongan dan kerjasama kepada aku. Geng-geng rumah Usin, Jimie, Johe, Boje, Mad, Abu dan Akaq, terima kasih semua dan insyaallah aku akan datang melawat Melaka sekerap mungkin. Dalam minggu terakhir, aku sempat mengenali anak Pak Lah. Budak ni baik, seorang yang independent dan suka buat keputusan sendiri. Tapi memang best pat mengenali budak ni. Dia suka belanja aku.. terima kasih yer. Aku mohon maaf pada dia kalau selama berkawan tu ada salah dan silap.. banyak juga kot.
Cukuplah sampai sini.. Aku cuba menulis untuk hari terakhir di sini. Sekarang jam menunjukkan 1. 27 pagi. Besok pagi lepas subuh, aku akan bertolak ke rumah Ifah (bestnya dia pat kawin dengan Jimie!). Aku juga planning nak bertunang tapi tangguh dan belum boleh buat keputusan lagi bila nak kawin. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)