Tarikh 2 Disember 2006 bakal mengakhiri kalendar aku di sini.. Melaka "The Historical City". Di sini aku mulakan kehidupan bekerjaya, menyusun hidup dengan mengintai ruang dan semua peluang yang ada. Di sini aku mulai pengalaman menjadi seorang pendidik. Mendidik sesiapa sahaja, muda dan tua tidak mengira siang atau malam. Di sini juga aku ciptakan seribu kenangan, sejuta impian dan segunung harapan namun aku masih belum mencapai suatu tahap kebahagiaan yang hakiki.
Tanggal 20 Mac 2006 yang lalu, aku melaporkan diri di Kolej Yayasan Melaka. Dari luar bangunannya tersergam indah, panoramanya memukau tapi sayu kerana suasananya kelihatan sangat usang. Ramai yang tidak menyedari kehadiranku di Kym walau hampir seminggu aku menyertai keluarga mereka. Sesungguhnya sifat pemalu dan kurang mesraku membatasi perkenalan aku dengan semua warga di sini. Aku hanya sempat melaksanakan tugas selama 8 bulan 10 hari dan hari terakhir aku berkerja adalah pada 30 Nov 2006.
Selama tempoh tersebut, aku rasa ada sesuatu yang telah aku perolehi. Namun, aku tetap akan mengakhiri semuanya pada hari ini. Kepada kawan-kawanku di Melaka, aku mohon maaf sekiranya banyak salah dan silap. Aku ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi memberi sepenuhnya sokongan dan kerjasama kepada aku. Geng-geng rumah Usin, Jimie, Johe, Boje, Mad, Abu dan Akaq, terima kasih semua dan insyaallah aku akan datang melawat Melaka sekerap mungkin. Dalam minggu terakhir, aku sempat mengenali anak Pak Lah. Budak ni baik, seorang yang independent dan suka buat keputusan sendiri. Tapi memang best pat mengenali budak ni. Dia suka belanja aku.. terima kasih yer. Aku mohon maaf pada dia kalau selama berkawan tu ada salah dan silap.. banyak juga kot.
Cukuplah sampai sini.. Aku cuba menulis untuk hari terakhir di sini. Sekarang jam menunjukkan 1. 27 pagi. Besok pagi lepas subuh, aku akan bertolak ke rumah Ifah (bestnya dia pat kawin dengan Jimie!). Aku juga planning nak bertunang tapi tangguh dan belum boleh buat keputusan lagi bila nak kawin. Wassalam.
hari bahagia pasti menjelma. satu hari nanti, kasih sayang akan pasti menjadi milikmu.
ReplyDeleteinsyaallah, dia akan jadi milikku.. hehe.
ReplyDeleteaduhai...tanpa usaha tak dapatlah tangga kejayaan.
ReplyDeleteusaha yang camane tu?
ReplyDeletetgga ke tingkat 5. wakaka..
ReplyDeletedah xde tingkat 5 lagi. naik 2 tingkat jer..
ReplyDeletemakin slim la ek. jimat duit sbb tak yah makan byk.
ReplyDelete