Kalau diikutkan sekarang dah boleh merancang masa depan daripada segenap segi termasuk kerjaya, keluarga dan juga bakal keluarga. Mungkin kalau dahulu sukar untuk merancang kerana kehidupan dulu amat membataskan tetapi sekarang batu asas sudah diletak, tapak sudah dipagari dan tunggu masa untuk rumah dibina. Sama ada rumah setingkat atau dua tingkat atau tak bertingkat adalah bergantung kepada tuan punya milik.
Dalam masa setahun setengah atau dua tahun daripada sekarang, aku harus meneruskan lagi pendakian ke satu lagi puncak.. PhD. Bermakna dalam tahun 2008 atau 2009 aku akan menuju ke puncak yang selama ini aku idamkan dan untuk sampai ke tahap itu terlalu banyak lembah, alur dan bukit bukau yang harus dilalui. Tapi untuk sampai ke tahap itu juga tidaklah mustahil. Ramai orang dah membuktikan dan aku harap aku juga mampu. Aku tak pasti sama ada akan ada orang yang akan bersama-sama aku untuk menempuh cabaran tersebut atau tidak. Namun itu bukan perkara penting. Lebih penting dari itu adalah aku harus laluinya sama ada keseorang atau berteman. Insyaallah Allah akan bersama-sama aku mencapai cita-cita itu.
Dalam soal kehidupan berkeluarga pula, agak sukar untuk menyatakannya di sini. Belum dapat ditentukan kerana semua itu melibatkan ketidakpastian. Menyatakan keputusan dalam persekitaran yang tidak pasti adalah terlalu sukar. Namun, yang boleh aku katakan di sini, sebelum aku melangkah kaki menyambung PhD, aku akan cuba mengikat apa-apa ikatan yang dirasakan perlu. Tak pasti dengan siapa, kalau Allah makbulkan mungkin aku akan dapat petunjuk untuk ke arah itu. Sesiapa yang terpilih tu harap menerima dengan hati yang terbuka. Yang tak terpilih boleh cuba lagi pada tahun-tahun hadapan.
Dengan harapan semoga semuanya berjalan lancar, perancangan ini akan diteliti dari sehari ke sehari. Doaku moga Allah akan teruskan murahkan rezeki kepadaku selepas ini. Kata orang kalau kita reti bersyukur, Allah akan lipatgandakan rezeki kepada kita... Memang dah termaktub dalam Quran pun. Wallahualam.
Boleh isi borang lagi tak? huhuhu.. what ever pun, semoga tercapainyer cita2. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar dalam menempuh onak dan duri.
ReplyDeletehmm... pencalonan masih terbuka. kalau rasa layak, boleh la mohon. insyaallah diterima.
ReplyDelete