Sinar suria yang terang, menyaksikan kedamaian alam ciptaan Tuhan, satu persatu kenangan ditinggalkan, yang ada hanya azam, memulai Tahun Baru 2007 supaya dapat dilontarkan menjadi kenyataan. Begitulah kehidupan, yang lama ditinggalkan, yang baru amat menyenangkan, ditatang menjadi azam, tekad dan sumpah jadi mainan, sehingga kini yang baru menjadi impian.
Aku sedar bahawa aku sudah melangkah ke tahun baru 2007. Tahun 2006 sudah ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang amat memberi kesan, namun 2007 di hadapan belum tentu tidak seindah 2006. Mana tahun 2007 ini bakal memaksimakan keindahan hidup seseorang insan yang bernama.. AKU. Kalau bukan pada tahun ini, mungkin pada tahun-tahun berikutnya.
Aku tidak meletakkan apa-apa azam pada tahun ini. Malah pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak juga meletakkan sebarang azam. Pada aku, tekad dan sumpah lebih berani membatasi azam. Namun, dalam pada itu aku telah meletakkan target dalam hidup aku yang pada asasnya bukan untuk dicapai pada tahun ini dan mungkin untuk dilaksanakan pada tahun yang terkedepan.
Senang cerita, tahun ini mungkin tak ada yang istimewanya. Aku sekarang lebih suka untuk habiskan masa bekerja, berada di ofis daripada memikirkan 'benda' yang menyerabutkan kepala hotak aku nie. Menyediakan diri untuk mengajar, terlibat dalam kumpulan penyelidikan, habiskan masa di ofis bersendirian dan kekadang bersama kawan-kawan yang boleh masuk kepala.
Kehidupan perlu di teruskan walaupun kenangan indah dulu tak mungkin seindah kenangan akan datang..." Mengapa berpaut pd kenangan, sedangkan impian masih boleh di gapai tanpa kenangan dulu"
ReplyDeletebetul dan tepat sekali. cuba lupakan yg lama, yg baru dibina kembali.
ReplyDelete