Pages

Monday, January 22, 2007

Entah...

Allah itu maha adil. Aku tak pernah menafikan malah aku tahu keadilan itu hanya ada pada Allah. Setiap yang baik dibalas baik dan setiap yang jahat akan dibalas dengan kejahatan jua. Perencanaan hidup bukan milik kita. Kita hanya mampu merancang... Sebaik mana kita merancang, sejujur mana kita dalam perhubungan dan seagung mana kita dalam percintaan namun kalau bukan dalam perencanaanNya, perancangan itu tak akan jadi juga. Jangan salahkan orang lain kerana dia tidak pernah meminta dirinya untuk jadi demikian. Dia juga mengharapkan dapat menyenangkan semua orang disekelilingnya. Dia tidak pernah terfikir untuk mengecewakan orang. Tetapi, dalam soal hubungan terutama yang melibatkan soal hati, dia tidak mampu untuk menepis. Dia mencuba, mengharapkan supaya kekosongan hati itu boleh diubati dengan kehadiran orang lain namun dia hampa. Walau setinggi gunung pengorbanan orang itu terhadapnya, tapi dia masih TAK MAMPU membuang bunga dulu yang sudah layu.

Cuba terima seadanya sepertimana aku menerimanya sekarang. Mungkin ini satu balasan kerana orang yang aku mahu itu sudah selamat berkahwin dengan orang lain. Mungkin juga ini satu ujian dan dugaan yang amat besar supaya aku sedar bahawasanya aku amat-amat menyanyanginya. Aku belum lagi berkahwin walau umurku baru mencecah 26 TAHUN. Kalau yang masih berumur 22, 23 dan 24 tahun, masih terlalu banyak masa untuk berjumpa dengan cinta lain... mungkin CINTA SEJATI.

Aku selalu berdoa supaya jodohku adalah dengan dia. Tapi Allah tetapkan dia jadi milik orang lain. Adakah aku boleh melawan ketetapan Allah? Berdosakah aku kerana selalu meratapi dan mengingati isteri orang? Adakah aku mahu ini semua? Cuba kita fikir dengan akal yang waras. Aku tak pernah menyesal. Aku pernah berkorban deminya lebih dari apa yang orang lain korbankan untuk aku sebelum ini. Aku sedih bila orang lain mempertikaikan kenapa boleh berlaku begini. Orang mempertikaikan aku tak mengenang budi.. Adakah dia seorang yang selalu mengenang budi aku? Orang mempertikaikan aku menganiaya orang... Adakah dia tak pernah menganiaya aku? Orang mempertikaikan aku seorang penipu.. Adakah dia tak pernah menipu aku? Orang mengatakan aku nampak baik di luar tapi dalam nauzubillah... Adakah dia memang baik di luar dan baik di dalam?

Entah apa yang dicari dalam sesebuah perhubungan? Adakah setelah berpisah harus bersedih dan menyalahkan orang lain? Tanpa berfikir adakah orang itu mahukan perkara yang sama berlaku. Lebih baik perpisahan itu berlaku sekarang daripada berpisah setelah ada ikatan yang sah. Aku boleh mengahwini orang lain namun bukan untuk menyintainya sepenuh hati.. Wallahua'lam.

1 comment:

  1. Anonymous1:46 AM

    hmm...
    che tetap macam dulu...sensitif.dan hatinya teramat lembut untuk dilukai..semoga Allah merestui perjalanan hidup che dan mempercepatkan jodohnya dgn insan yg boleh membahagiakannya dunia wal akhirat.amin.
    do take care urself,my old fren..

    ReplyDelete