Pages

Wednesday, January 24, 2007

Tetamu itu...

Tetamu mungkin sekadar orang biasa tapi sebenarnya amat istimewa. Istimewanya bukan kerana kedatangannya membawa harta atau material yang bersilau ganda kecantikannya... Tetapi, tetamu itu.. sangat mengagumkan. Kenapa?? Kehadirannya anugerah ciptaan Yang Maha Agung membawa harta yang sangat tak ternilai harganya. Ketentuan Allah ini tiada batasnya. Kita makhluk yang tiada berkuasa.. tiada mengetahui dan langsung tiada keagungan. Yang Agung itu hanya Dia.. Yang Maha itu juga hanya Dia. Kerana Dia, kita dipertemukan... Justeru, kesyukuran yang tinggi aku panjatkan kerana membawa tetamu itu ke dalam rencah hidupku.

Aku tahu tetamu itu hanya sekadar kawan. Pada dia, mungkin tiada istimewanya. Namun, bagi diriku tetamu itu adalah sahabat dunia akhirat. Aku bersahabat dengan sesiapa di sekelilingnya, yang tahu dan kenal erti budiku. Aku berkawan dengan sesiapa sahaja di sekelilingnya yang masih belum bertunas perkenalannya. Aku menerima anugerah ini kerana aku tahu jiwa ini mendambakannya. Tetamu itu adalah dia.. insan itu yang telah menakluk gerak hidupku. Dengan gayanya aku ikuti, dengan percakapannya aku mesrai, dengan jiwanya aku jiwai. Namun dia tetap dia dan aku tetap aku... Tetamu itu memupuk semangat holistik, menambah keyakinan yang sukar diterapi kerana sesungguhnya dia tetamu berkeyakinan, memutusi keputusan yang sukar aku putusi kerana dia tetamu berpendirian.

Aku tahu tetamu itu bukan calang-calang insan. Dengan namanya.. peri maksud panggilannya... dia yang membajai 'sakinah' dalam jiwa, menyuburinya dengan kenangan yang sentiasa digamati.

Tetamu itu.. konklusinya mudah namun takrifan akal itu sebenarnya amat susah. Aku yang tahu, dia hanya sekadar memahami... Dalam tempoh tekerbelakangan ini, penyuburan jiwa ini selalu dirasai... jiwa ini selalu mendambai... insan sepertinya... dia... tetamu teristimewa.

No comments:

Post a Comment