Pages
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, November 29, 2011
From Matlab to R
"Happy programming!" bak kata Professor Steen. Seronok pula mencuba programming R untuk projek ke-3 kali ini. Projek pertama yang sudah guna Matlab, projek kedua-theoretical based dan projek ke-3 pakai R pula. Wah! Ini sudah bagus... Biarkan mata berpinar-pinar melihat coding yang makin berjela.
Sewaktu memulakan programming Matlab, juga sedikit sukar tapi sekarang alhamdulillah dah ok sikit walau tidak berapa cekap lagi. Tapi, bila dah biasa, dah kurang masalah. Macam tu lah ceritanya dengan R. InshaAllah, bila buat research sendiri nanti, boleh pakai kedua-duanya tanpa segan silu.
Projek pertama bersama Prof. Fred sudah hampir tamat, satu artikel bakal dihantar ke journal baru (elsevier) yang juga merupakan satu bahagian dalam tesis nanti. Projek kedua masih berjalan dan projek ke-3 baru bermula. Projek ke-3 ini lebih kepada modelling forward freight rate dan untuk analisis awal, data sudah pun ada di tangan. Tunggu masa untuk diimport ke dalam R script dan dianalisis. Kalau lihat kepada programming Matlab, analysis guna R mungkin lebih mudah.
Freight derivative suatu cabang yang masih baru, pemodelannya tidak jauh beza dengan modelling forwards and futures, and options dalam commodity market yang lain contohnya electricity, oil, gas and coal. Sekarang, implementasi makin jelas, daripada modelling weather derivative kepada modelling freight derivative. Sangat seronok!
Alhamdulillah.
Wednesday, October 19, 2011
Blog baru
I have created a new blog which provides informations of my career including my recent publications and research interests. There, you can read my profile and contact address as well. Have a visit to
However, this existing blog will regularly be updated since it is the place for having 'santai' writing. Thank you.
Friday, September 09, 2011
Syawal pertama di perantauan [1]
Hari ini sepatutnya masuk school, namun terpaksa berehat di rumah kerana kurang sihat. Agaknya selepas 4 consecutive days keluar dan balik malam, hari ini tubuh minta diberi ruang untuk perbetulkan sistem. 3 hari pertama diperuntukkan untuk memenuhi jemputan beraya di sekitar Oslo.. Adamstuen, Skøyen dan Hanaborg dan semalam ke Charlottenberg (border Sweden-Norway) membeli daging dan ayam halal untuk dibuat stok selama 2 bulan.
Tajuk entri pun dah tau apa yang nak diceritakan. Inilah pengalaman pertama berpuasa dan menyambut syawal di perantauan. Oleh kerana semuanya pertama kali, jadi nak lah juga rasanya gambar terpampang di ruangan Salam Perantauan 2011 Kosmo (Utusan Malaysia online pun masuk kat sini). Kat bawah ini ada gambar yang ditag oleh salah seorang bekas pelajar (Wan Adlan via facebook):
Hehe. Bagus.. at last ada juga yang perasan gambar kami keluar Kosmo. Silapnya cuma kami bergambar atas batu. Suasana ini di Malaysia pun ada. Paling best sebab tak sempat nak hantar kad raya, tulis aje salam eidulfitri atas kertas A4 putih, scan dan letak kat fesbuk. Lepas tu saya tag la sesiapa yang namanya tertera atas kertas tu. Kalau korang nak cuba untuk tahun depan, boleh lah. Ia perlukan sedikit kekreatifan.
Ceritanya, ada 4 orang yang tak dapat balik beraya ke Malaysia. Yang sorang masih dalam perut, tak keluar lagi. Si anak senyum sebab masih tak tahu apa-apa. Sambut raya di mana pun padanya tiada masalah. Si isteri paling banyak keluar air mata. Hehehe...
Raya pertama di bumi Oslo ini bukan lah seperti yang saya gambarkan ketika sebulan berpuasa. Saya rasa raya kali ini mesti raya yang paling tak best untuk saya dan mungkin juga keluarga. Tetapi, ada kelainan yang sangat-sangat berbeza. Saya akui beraya di Malaysia adalah segala-galanya. Semuanya ada.. Sate, ketupat, lemang itu perkara wajib. Menziarah saudara mara, bermaafan dan bercerita segala macam perkara. Di sini, banyak yang berbeza... tetapi kami cuba sedaya upaya supaya lebaran disambut seperti mana di Malaysia dengan segala kekangan yang ada. Raya pertama warga penuntut Malaysia di Oslo (dan sebilangan yang bekerja) adalah di rumah kami.
Kebanyakan keluarga Malaysia yang menetap di Oslo menunaikan solat Eidulfitri di rumah kami. Pada asalnya, kami memilih untuk mengikut jemaah di masjid Brugata, tetapi pada akhirnya ramai bersetuju untuk adakan sahaja di rumah kami. Paling penting, kami boleh ikut khutbah raya dalam bahasa Melayu dan kami faham akan isi kandungannya. Rasanya ini lebih baik daripada mendengar khutbah tetapi tak faham sedikit pun. Takbir raya kami buat secara bergilir-gilir, kemudian solat eid diimamkan oleh Abang Zukri dan seterusnya khutbah raya. Secara peribadi, perkara baru bagi saya adalah pengalaman membacakan khutbah raya beserta dengan rukun-rukunnya. Asalnya saya menolak bukan kerana tidak berani, tetapi saya rasakan ada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman untuk mengambil tanggungjawab itu. Akhirnya, lepas berbincang dan semua bersetuju, maka tugas tersebut diserahkan juga kepada saya.
Raya kali ini juga raya pertama saya merasa sate buatan tangan sendiri. Saya tanya isteri: "kita buat sate untuk raya tahun ini nak?". Isteri tanya balik: "siapa yang nak buat?".. hehe.. Isteri dah takut kot-kot dia yang kena buat kali ini. Tetapi memang niat saya untuk buat sate tu. Jadi, sehari sebelum raya saya dah ambil cuti untuk selesaikan juga membantu isteri memasak untuk jamuan (termasuk biskut raya) pada hari raya pertama. Sate tu saya buat 100 cucuk tapi isinya padat (bukan seperti sate di Malaysia) tetap tidak cukup juga. Ramai kata sate tu sedap, lazat etc. Tapi, kalau tanya saya personally.. jawapan saya: "boleh la..". Ada gambar hidangan (termasuk sate saya) kat bawah... Yumm.. yummm...
Bersambung ke entri berikutnya... (Tak tau bila next entry akan ada).
Raya kali ini juga raya pertama saya merasa sate buatan tangan sendiri. Saya tanya isteri: "kita buat sate untuk raya tahun ini nak?". Isteri tanya balik: "siapa yang nak buat?".. hehe.. Isteri dah takut kot-kot dia yang kena buat kali ini. Tetapi memang niat saya untuk buat sate tu. Jadi, sehari sebelum raya saya dah ambil cuti untuk selesaikan juga membantu isteri memasak untuk jamuan (termasuk biskut raya) pada hari raya pertama. Sate tu saya buat 100 cucuk tapi isinya padat (bukan seperti sate di Malaysia) tetap tidak cukup juga. Ramai kata sate tu sedap, lazat etc. Tapi, kalau tanya saya personally.. jawapan saya: "boleh la..". Ada gambar hidangan (termasuk sate saya) kat bawah... Yumm.. yummm...
Sebahagian daripada hidangan: roti jala kaler merah first time makan (air tangan isteri) dan sate saya...
Bersambung ke entri berikutnya... (Tak tau bila next entry akan ada).
Monday, August 22, 2011
Zikir munajat untuk diamalkan
Diambil sepenuhnya di sini. Terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi tatapan rohani untuk kita semua. Semoga dapat diamalkan.
Oleh: Muhammad Isa Selamat
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)
—————————————————————
ZIKIR 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
ZIKIR 3
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
ZIKIR 9
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
ZIKIR 10
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
ZIKIR 25 (terakhir)
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)
Wednesday, August 17, 2011
Sekadar adanya
Alhamdulillah, satu projek PhD hampir siap bermakna satu artikel sudah hampir dapat diterbitkan. Sudah pun diemailkan kepada penyelia minggu lepas dan semalam sudah dapat maklumbalasnya. Ada editing perlu dibuat (tak tahu sikit ke banyak) dan juga satu perkara perlu ditukar kaedahnya. Esok kena jumpa beliau untuk bincang berkenaan artikel tersebut. Artikel yang ini, corresponding author nya diri sendiri sebab penyelia dah minta untuk tukar nama letak kat depan: 'This is your paper and your name should appear first!'.
Dalam masa yang sama, projek kedua juga sudah dimulakan bermakna artikel kedua sedang diusahakan. Kalau artikel pertama banyak kepada analisis data selain mencadangkan kaedah baru, artikel kedua lebih berteori. Secara kasarnya, apa yang diminta untuk disiapkan sudah pun disiapkan hari ini. Entah betul entah tidak. Kertas ini juga sudah diemailkan kepada penyelia untuk disemak. Masih belum terima apa-apa jawapan.
Juga esei 8 mukasurat untuk subjek Science, ethics and Society sudah disenaraikan sebagai 'accepted essay'. Belum dapat keputusan rasmi dan masih menunggu. Masih terfikir bagaimana boleh siapkan satu philosophical essay yang bertajuk "Fuzzy logic: a potential change to a new paradigm" yang belum tentu tinggi falsafahnya.
Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen..
Wednesday, August 03, 2011
Curi masa atau cari masa
Alhamdulillah. Dengan kecukupan rezeki yang telah Allah kurniakan, dengan pelbagai nikmat yang telah Allah anugerahkan, kenikmatan bertemu Ramadhan Al-Mubarak harus disyukuri dengan sewajarnya. Kenapa sewajarnya? Kenikmatan bersua Ramadhan sekali lagi yang mungkin merupakan Ramadhan yang terakhir bagi setiap jagat manusia haruslah dimanafaatkan dengan sebaik yang terdaya. Pada saya, pengisian Ramadhan merupakan asas penting yang merupakan sumber keberkatan bulan ini. Dipetik daripada laman blog fadhilatramadhan atau boleh juga dirujuk dalam blog imanakhir, perkataan Ramadhan yang asalnya daripada sukukata 'ra','mim' dan 'dal' adalah membawa maksud 'panas yang menyengat' dan bulan khusus ini merupakan
'waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering
dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa'.
Apakah pula perkaitannya Ramadhan dan puasa yang diistilahkan dalam gagasan Melayu Raya (Malaysia-Indonesia-Brunei), danjiki dalam istilah Jepun atau poso yang dipraktikkan oleh Melayu-Kelantan dan Melayu-Kelantan-Norge? Mengikut istilah Arab, 'siyam' atau 'soum' adalah istilah selari makna dengan puasa yang dimaksudkan sebagai "menahan diri daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah serta mengikut semua perintahNya kerana takwa kepada Allah S.W.T".
Tajuk entri ini bukannya berkaitan Ramadhan secara langsung, namun setelah mendapat sapaan daripada seorang teman yang terang mengatakan saya salah apabila mengatakan saya perlu 'cari masa' untuk bertahajjud di waktu gelap malam di bulan Ramadhan. Teman itu berpendapat, saya harus tetapkan masa untuk bangun bertahajjud, bukan 'mencari masa' untuk bertahajjud. Dan jelasnya saya akur akan kekhilafan itu. Dengan tujuan dilahirkan manusia ke dunia ini, tiada matlamat lain yang Allah jelaskan sebagaimana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku".
Namun salahkah bila saya berkata saya perlu cari masa untuk bertahajjud? Saya akur kehidupan sebagai seorang yang bergelar pelajar pascasiswazah memerlukan pembahagian masa yang sangat rapi dalam pengaturan hidup setiap hari. Waktu harian saya hampir 41.6% dihabiskan di universiti yang juga merupakan suatu ibadat kerana menuntut ilmu, 25% untuk tidur yang cukup, 12.5% untuk ibadat khusus, dan selebihnya waktu di atas t-bane berulang alik ke universiti yang saya rasa juga merupakan suatu ibadah, dan waktu bersama keluarga yang juga saya rasa adalah ibadat dengan melayan isteri dan anak (tidak termasuk waktu berblog dan berFB). Jadi, cukupkah waktu harian saya untuk maksud sebenar didatangkan saya ke dunia ini? Wallahualam.
Pada saya, teman saya itu pada prinsipnya betul. Dia mengingatkan saya untuk bangun bertahajjud dan bukan mencari masa untuk bertahajjud, seolah saya sedang lalai dengan ibadat umum yang saya lakukan. Musim panas (summer) di Norway dengan siangnya yang sangat panjang dan malam yang cukup singkat pada dasarnya tidak menghalang untuk sesiapa pun bertahajjud namun cabarannya sangat besar. Bayangkan solat terawih yang kebiasaannya berakhir pada jam 12.15 tengah malam (kerana waktu Isya' masuk lewat), dan tidur sekejap untuk bangun jam 2.30 pagi untuk bersahur. Setakat ini saya masih tidak mampu untuk tidur sekejap dan bangun bertahajjud dan langsung bersahur seterusnya kerana saya akan hanya tidur paling lama sejam setengah dan agak susah (walaupun tak mustahil) untuk bangkit daripada tidur yang singkat di malam hari.
Teringat saya bila pernah orang mengatakan "mereka perlu curi masa untuk solat" dengan kekangan waktu kuliah dan kesibukan kerja. Istilah itu pada hemat saya, baru boleh dikategorikan sebagai salah kerana seolah kita tidak cakna dengan ibadat solat yang wajib. Jadi istilah saya 'cari masa' itu pun tidak lah berapa betul dan tidaklah berapa salah. Yang lebih salah adalah men'curi masa' untuk beribadat. Dengan demikian, perlu disematkan dalam diri untuk bangun bertahajjud dengan keupayaan yang ada walaupun tahajjud adalah ibadat sunat. Pada mereka di Malaysia, yang punya kelapangan kerana waktu di sana agak teratur, mampukan anda untuk bangun bersolat tahajjud khususnya pada bulan Ramadhan ini? Marilah sama-sama kita ikhtiarkan supaya dapat kita penuhkan Ramadhan tahun ini dengan pengisian yang sewajarnya. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)