Minggu ini adalah minggu terakhir untuk semester Spring 2011. Oral exam untuk subjek Finance and Insurance akan berlangsung pada hari Jumaat, 24 Jun nanti, manakala satu esei wajib untuk subjek Science, Ethics and Society perlu dihantar sebelum hujung bulan. Rasa waktu agak menekan, tetapi aku sudah sedia maklum situasi ini adalah biasa untuk seorang yang bergelar pelajar. Jadi, tidak harus fikirkan kerisauan walaupun dalam hati sangat risau tentang keduanya.
Nampak hanya ada dua tugas yang kecil tetapi sebenarnya keduanya memerlukan pengorbanan masa, fikiran dan kudrat yang sangat besar. Besarlah harapan moga Allah permudahkan segalanya dan tawakkal sahajalah setelah berusaha dengan segala kekangan yang ada. Teringat kata seorang teman... "Siapa berusaha, dia berjaya". InshaAllah, kiranya Allah mendengar rintihanku, moga Dia akan berikan yang terbaik untukku. Kiranya ilmu ku sudah cukup untuk melayakkan aku lulus, aku sangat bersyukur. Kiranya tidak, kepadaNya jua tempat ku serahkan segalanya.
Sepatutnya hujung bulan ini juga diminta untuk siapkan satu projek PhD namun memandangkan waktu ini cukup menyukarkan, penyelia meminta untuk ditangguhkan sehingga semua urusan termasuk final exam bagi semua subjek selesai. Alhamdulillah dikurniakan seorang penyelia yang memahami.
Sekarang jam sudah 10.51 malam dan maghrib baru sahaja masuk. Entry ini adalah sementara menunggu waktu untuk solat maghrib. Jadi, saya nak selesaikan yang wajib dahulu. Saya tinggalkan pembaca di sini dan moga berjumpa lagi. Wassalam.
ganbatte!
ReplyDeletep/s: lewatnya maghrib....mesti siang yg sgt2 panjang
hanis, terima kasih. siangnya sangat panjang, isya' jam 12.17 dan subuh 2.22 pagi. Kena anjak waktu tidur dari jam 3 pagi sampai 9 pagi..
ReplyDelete