Pages

Tuesday, July 26, 2011

Tiada tajuk

Ada cerita, tetapi tiada tajuk yang sesuai. Entri yang lepas ditulis sewaktu di Vienna, hajatnya menggunung untuk meng'update' perkembangan sepanjang konferens berlangsung, namun niatnya tinggal di kaki lima sahaja. Tidak pun di'update' dan tiada cerita pun nak diselitkan untuk konferens tersebut kerana sangat padat penjadualannya yang mengurangkan keinginan untuk bercerita pasal Vienna, mahu pun konferens. Cerita tersebut mati di situ.

Sekarang di meja bersudut, di tepi tingkap berlatarkan gunung 'ski jump' di Oslo. Waktu ini bukannya waktu yang bosan, tidak juga tiada apa yang mahu dibuat. Sedang ketika minat menulis membuak-buak (menulis artikel untuk penerbitan), ideanya tidak datang juga, dialih dan dikerling sudah belambak penulisan lama, namun ideanya masih kontang. Bagaimana mahu buat ini, buat itu? Rasanya senang, tapi kenapa seperti ada yang tak mengena. Analisanya sudah siap, modelnya rasanya sudah lengkap, tapi jurus akhirnya belum dapat ditamatkan. Kepala pun sudah naik pusing. Nak berehat pula rasa tak enak, nak berFB pun macam dah senak. Alih-alih, tulis jugalah dalam blog ini.

Mahu rehat sebentar daripada pemikiran rumit ini, tapi tidak ke mana, di meja ini juga. Sedang memikirkan bolehkah diselesaikan sebelum mulanya puasa. Dari dahulu berharap untuk dapat disiapkan dengan segera, berkobar-kobar sehingga ke saat ini. Mohon kepadamu Ya Allah untuk rungkaikan segala kekusutan ini. Pastinya, "kepadamulah tempat bergantung segala sesuatu". 

Wassalam.  

No comments:

Post a Comment