Pages

Tuesday, November 28, 2006

Adakah dirimu sahabatku?

Sukar untuk dikenali, sukar sekali untuk mengetahui sama ada kau sebenarnya adalah sahabatku atau sekadar kawan. Kadang-kadang aku tersilap fikir, tersalah menafsir dan beranggapan yang kau boleh jadi kawan di pagi yang hening dan sahabatku di petang yang memukau, mungkin sahabat di waktu malam tapi boleh jadi kawan di pagi hari.

Kiranya aku adalah kawanmu, sudah pasti namaku kau ketahui dan kau lihat berkali-kali, yang denganku kau mungkin miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamaku. Aku adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan denganku kau bergurau. Namun kau tidak akan memberikan hidupmu kepada aku kerana kadang kala tindakan-tindakan aku tidak dimengerti kerana kau kurang mengenaliku. Sebaliknya, jika kau sahabatku, kau harus mencintaiku - bukan kerana kau jatuh cinta padaku, namun kau mengambil berat tentang diriku, dan kau memikirkanku ketika aku tiada di sisimu. Aku adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang aku sukai kerana kau amat mengenali aku. Aku adalah orang yang gambarku kau miliki dan wajahku selalu di dalam benakmu. Aku adalah orang yang kau lihat dalam fikiranmu ketika kau mendengar lagu kerana aku membuat dirimu berdiri untuk menghampiriku, mungkin aku pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala aku di bahumu. Aku adalah orang yang kau merasa tenang kerana kau tahu aku mengambil berat terhadapmu. Aku menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana aku sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun.

Aku berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, aku akan bersedia mendengar. Aku adalah orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika aku benar-benar menyakitimu, aku akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Aku adalah orang yang kau cintai dengan sedar atau tidak. Aku adalah orang dengan siapa kau menangis. Aku adalah orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin aku adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau aku mungkin orang yang kau nikahi.. siapa tahu??...

No comments:

Post a Comment