Pages

Monday, November 20, 2006

Nasihat orang tua-tua melayu

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangansekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil didalam air.

Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali-kali melihat kemaluan isteri. Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan". Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

No comments:

Post a Comment