Pages

Monday, November 27, 2006

KYM dihatiku

Hari ni Isnin (27/11/06) adalah hari pertama kerja dalam minggu terakhir di Kolej Yayasan Melaka yang selama ini tersemat slogan "KYM dihatiku..". Aku akan mula bercuti pada 1hb Disember 2006 untuk memulakan tugas baru (insyaallah) di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia pada 3 Disember 2006. Slogan "KYM dihatiku" aku ambik dari Erma Abu sebab dia la tukang reka. Tapi bunyi macam best sebab menampakkan kashi sayang yang tak berbelah bahagi kepada KYM (idea Erma la ni..).

Minggu ini juga minggu terakhir aku di Melaka bandaraya bersejarah. Memang Melaka betul-betul bandaraya bersejarah. Dulu aku tak rasa sangat tapi bila datang sini baru aku tahu betapa bersejarahnya Melaka. Bukan sekadar ada Kota A'Famosa, perigi Hang Tuah, memorial pengisytiharan kemerdekaan dsb tapi sejarah dalam hidup aku pun banyak. Paling seronok di sini bersama kawan-kawan sepermainan bowling... Husin, Akaq_Kayu_Mati, Deq Mat, Daus dan seorang perempuan comey Asmiyah (kawan Akaq niee..). Boleh dikatakan tiap-tiap hari main kat Ampang Bowl, Mahkota Parade. Tak kira malam atau siang.. kadang-kadang main sampai jam 2 pagi.. sampai kan aku pokai giler sebab main bowling.. Mamat selenga (kawan baik Deq Mat) pun bosan asyik tengok muka kitaorang. Hahaha.. Bila balik Terengganu nanti mungkin aku akan bersara main benda ni. Tapi jangan terkejut kalau tetiba aku juga punya bowling set sendiri.

Yang kedua, teman-teman sepejabat dan teman-teman ajak minum pagi2 memang best. Malas nak bagitau sapa2 tapi kalau yang berkenaan tu mesti tau sendiri. Di KYM, banyak la yang aku belajar selain pengalaman mengajar dan aku rasa life at kym is so simple.. Kawan dengan orang yang dah kawin (Nik Man.. dah ada anak sorang tapi masih cuba bermain kata-kata dengan pompuan), kawan yang baru nak kawin (Jimie.. suke tgk kartun One Piece, Akaq pun dah nak kawin dah) dan kawan yang masih bujang walau umur mencecah 30-an (Boje dan Abu). Jangan sampai jadi bujang terlajak dah arr..

Ok. Nanti aku akan story pasal yang lain dari hari ke hari. Saja aku menghabiskan masa saat-saat akhir ini dengan menulis blog. Yang bestnya sebab masa aku terisi. Nantikan part 2 pada hari esok..

7 comments:

  1. Anonymous9:05 AM

    askm. kym dihatiku :> walau di mana berada, ia tetap di hati untuk selamanya.

    ReplyDelete
  2. betul.. kym akan selalu di hati. sama macam dr. hamzaid yang teramat menyayangi kym.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:12 PM

    ehem skrg dah tukar org arr.... nak bagitau hr jgn bagi gaji kat org ini.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:37 PM

    ha gaji dah dpt. emm kan btol. smggu dari notis benti baru gaji masuk.

    ReplyDelete
  5. ari last keje dah dapat ler.

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:44 PM

    eleh baru nak ckp.hmmm.

    ReplyDelete