Pages

Tuesday, January 30, 2007

Da story about patrick through photos

Patrick atau lebih glamer chibone adalah student master Matematik bawah seliaan Prof. Ismail Mohd. Ikuti kisah beliau melalui persembahan gambar di bawah:


chibone as the leader in the pgc room
the ryhtm of harmony...

his beloved one...

this is patrick: "Aku tak mampu nak bangun..."

Saturday, January 27, 2007

Wednesday, January 24, 2007

Tetamu itu...

Tetamu mungkin sekadar orang biasa tapi sebenarnya amat istimewa. Istimewanya bukan kerana kedatangannya membawa harta atau material yang bersilau ganda kecantikannya... Tetapi, tetamu itu.. sangat mengagumkan. Kenapa?? Kehadirannya anugerah ciptaan Yang Maha Agung membawa harta yang sangat tak ternilai harganya. Ketentuan Allah ini tiada batasnya. Kita makhluk yang tiada berkuasa.. tiada mengetahui dan langsung tiada keagungan. Yang Agung itu hanya Dia.. Yang Maha itu juga hanya Dia. Kerana Dia, kita dipertemukan... Justeru, kesyukuran yang tinggi aku panjatkan kerana membawa tetamu itu ke dalam rencah hidupku.

Aku tahu tetamu itu hanya sekadar kawan. Pada dia, mungkin tiada istimewanya. Namun, bagi diriku tetamu itu adalah sahabat dunia akhirat. Aku bersahabat dengan sesiapa di sekelilingnya, yang tahu dan kenal erti budiku. Aku berkawan dengan sesiapa sahaja di sekelilingnya yang masih belum bertunas perkenalannya. Aku menerima anugerah ini kerana aku tahu jiwa ini mendambakannya. Tetamu itu adalah dia.. insan itu yang telah menakluk gerak hidupku. Dengan gayanya aku ikuti, dengan percakapannya aku mesrai, dengan jiwanya aku jiwai. Namun dia tetap dia dan aku tetap aku... Tetamu itu memupuk semangat holistik, menambah keyakinan yang sukar diterapi kerana sesungguhnya dia tetamu berkeyakinan, memutusi keputusan yang sukar aku putusi kerana dia tetamu berpendirian.

Aku tahu tetamu itu bukan calang-calang insan. Dengan namanya.. peri maksud panggilannya... dia yang membajai 'sakinah' dalam jiwa, menyuburinya dengan kenangan yang sentiasa digamati.

Tetamu itu.. konklusinya mudah namun takrifan akal itu sebenarnya amat susah. Aku yang tahu, dia hanya sekadar memahami... Dalam tempoh tekerbelakangan ini, penyuburan jiwa ini selalu dirasai... jiwa ini selalu mendambai... insan sepertinya... dia... tetamu teristimewa.

Monday, January 22, 2007

Entah...

Allah itu maha adil. Aku tak pernah menafikan malah aku tahu keadilan itu hanya ada pada Allah. Setiap yang baik dibalas baik dan setiap yang jahat akan dibalas dengan kejahatan jua. Perencanaan hidup bukan milik kita. Kita hanya mampu merancang... Sebaik mana kita merancang, sejujur mana kita dalam perhubungan dan seagung mana kita dalam percintaan namun kalau bukan dalam perencanaanNya, perancangan itu tak akan jadi juga. Jangan salahkan orang lain kerana dia tidak pernah meminta dirinya untuk jadi demikian. Dia juga mengharapkan dapat menyenangkan semua orang disekelilingnya. Dia tidak pernah terfikir untuk mengecewakan orang. Tetapi, dalam soal hubungan terutama yang melibatkan soal hati, dia tidak mampu untuk menepis. Dia mencuba, mengharapkan supaya kekosongan hati itu boleh diubati dengan kehadiran orang lain namun dia hampa. Walau setinggi gunung pengorbanan orang itu terhadapnya, tapi dia masih TAK MAMPU membuang bunga dulu yang sudah layu.

Cuba terima seadanya sepertimana aku menerimanya sekarang. Mungkin ini satu balasan kerana orang yang aku mahu itu sudah selamat berkahwin dengan orang lain. Mungkin juga ini satu ujian dan dugaan yang amat besar supaya aku sedar bahawasanya aku amat-amat menyanyanginya. Aku belum lagi berkahwin walau umurku baru mencecah 26 TAHUN. Kalau yang masih berumur 22, 23 dan 24 tahun, masih terlalu banyak masa untuk berjumpa dengan cinta lain... mungkin CINTA SEJATI.

Aku selalu berdoa supaya jodohku adalah dengan dia. Tapi Allah tetapkan dia jadi milik orang lain. Adakah aku boleh melawan ketetapan Allah? Berdosakah aku kerana selalu meratapi dan mengingati isteri orang? Adakah aku mahu ini semua? Cuba kita fikir dengan akal yang waras. Aku tak pernah menyesal. Aku pernah berkorban deminya lebih dari apa yang orang lain korbankan untuk aku sebelum ini. Aku sedih bila orang lain mempertikaikan kenapa boleh berlaku begini. Orang mempertikaikan aku tak mengenang budi.. Adakah dia seorang yang selalu mengenang budi aku? Orang mempertikaikan aku menganiaya orang... Adakah dia tak pernah menganiaya aku? Orang mempertikaikan aku seorang penipu.. Adakah dia tak pernah menipu aku? Orang mengatakan aku nampak baik di luar tapi dalam nauzubillah... Adakah dia memang baik di luar dan baik di dalam?

Entah apa yang dicari dalam sesebuah perhubungan? Adakah setelah berpisah harus bersedih dan menyalahkan orang lain? Tanpa berfikir adakah orang itu mahukan perkara yang sama berlaku. Lebih baik perpisahan itu berlaku sekarang daripada berpisah setelah ada ikatan yang sah. Aku boleh mengahwini orang lain namun bukan untuk menyintainya sepenuh hati.. Wallahua'lam.

Friday, January 19, 2007

Aku menulis lagi...

Hari ni Jumaat, 19 Januari 2007 bersamaan 30 Zulhajjah 1427 jam 4.10 petang. Aku sekarang di ofis menyambung kerja-kerja menaip research paper yang terbengkalai pada petang semalam disebabkan menyahut panggilan bowling di TER. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 1427 H dan esok umat Islam khususnya akan memulai tahun baru hijrah 1428. Lepas jumaat tadi diaorang umumkan untuk adakan solat hajat, doa akhir tahun dan doa awal tahun jam 7 petang di Masjid Jamek Gong Pak Jin. Member aku si Zul tanya nak pergi ke tak?? Aku macam malas nak pergi tapi tengok la kalau tetiba rajin plak petang nie.

Lepas sudah menaip tadi, terfikir nak post blog sebab dah lama takde benda baru dalam ni. Adik aku Iwan tu plak mesej untuk mintak support dia beli hp baru. Adoii... baru je keje nak masuk dua bulan adik aku tu dah mula mintak support. Gaji pun belum masuk lagi ni weii.. Aku bagitau la dalam sebulan dua ni aku sedang melangsaikan hutang aku. Tak banyak.. memang terpaksa pinjam untuk hidup sementara menunggu gaji masuk. Lepas langsai semua tu, kau nak pokaikan aku pun pokaikan lah. Aku ni memang jenis tak kisah dengan sape pun. Kalau boleh aku nak la senangkan orang tua aku kat kampung tu dulu. Diaorang pun nak gak rasa duit anak-anak ni.. Tapi Iwan, lepas bulan 3 nanti ko mintak la. Insyaallah aku bagi... Jangan risau. Hp sendiri pun tak sempat nak tukar.

Aku ucapkan salam maal hijrah kepada semua. Pada waktu ini teringat azam lama-lama. Ada yang dah tercapai dan ada yang belum. Kerjaya dah tercapai, kereta pun dah tercapai, insyaallah tengah cuba nak senangkan mak ayah dan family selain diri sendiri. Umur sekarang baru masuk 26 tahun. Masih muda remaja dan belum terfikir untuk kahwin. Ntah bila la nak kawin.. hehehe. Dah cakap dengan semua orang, tahun 2008 baru fikir pasal kawin. Tapi kalau dah Tuhan tetapkan jodoh awal, alhamdulillah. Terima seadanya...

Sekarang tengah chat dengan yj. Ntah kenapa tiba-tiba rasa sedih fikirkan pasal kawan.. kawan rapat dan amat baik. Tapi rasanya dah tak sanggup lagi nak melukai hati sesiapa. Rasa tak layak untuk berkawan dengan perempuan lagi. Taktau apa sebenarnya yang dicari dalam perhubungan. Sekadar msg, call, skype, ym untuk bertanya khabar dan menghilangkan rasa bosan. Mungkin tempat untuk menceritakan masalah dan tempat untuk menumpang ketenangan dan kebahagian. Wallahua'lam.

Sekarang dah tak kisah pasal awek. Dah takde awek, hidup rasa tenang. Mohd Bin Harun 7859 tu lah bini yang nak kena jaga.. Tenang memang cukup tenang tapi kadang-kadang rindu juga pada seseorang yang dah jadi milik orang lain. Dengar je lagu Samson tu dalam kereta boleh mengalir air mata. Hahaha... Jiwang betul! Tapi takpelah, turunkan ego sikit. Dia dah selamat, didoakan moga bahagia lah.

Keylah, cukup untuk kali ini. Nanti ada cite besh lagi aku post dalam nie. Wassalam.

Saturday, January 06, 2007

kawan

kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilahaku...
aku takkan suruh kau berhenti...
tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kaucintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebutnama perempuan/lelaki itu...
tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yanglebih soleh/solehah...

tetapi kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..
tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku perlukan kau...
untuk mendoakan kesejahteraan aku...

Friday, January 05, 2007

Apakah kesudahan???

Mengapa...
Seringkali aku tertanya-tanya
Tatkala mataku bertentang matanya
Aku kehilangan kata-kata
Untuk berbicara dengannya

Bagaimana...
Haruskah aku memulakannya
Sedangkan aku tidak terdaya
Meluahkan segala yang kurasa
Yang terpendam sekian lama

Apa...
Perlukah aku memendam saja
Perasaanku terhadapnya
Yang semakin membara
Meronta-ronta dijiwa

Jika...
Aku berdiam saja
Tidakkah aku kecewa
Kerana setiap masa
Aku hanya mengingatinya saja

Namun...
Segalanya tidak terduga
Sekiranya dia tidak suka
Walaupun semuanya kulakukan untuknya
Hanya untuknya saja

Dan...
Berdosakah aku kerana
menyayanginya?
Berbahagiakah pula jika aku
menyintainya?
Aku tersepit antara kekeliruan
Aku terhukum kerana perasaan

aNdaiNya diTeruSkaN....
apaKaH keSudaHaN???

Thursday, January 04, 2007

Diari hidup di awal 2007...

Sinar suria yang terang, menyaksikan kedamaian alam ciptaan Tuhan, satu persatu kenangan ditinggalkan, yang ada hanya azam, memulai Tahun Baru 2007 supaya dapat dilontarkan menjadi kenyataan. Begitulah kehidupan, yang lama ditinggalkan, yang baru amat menyenangkan, ditatang menjadi azam, tekad dan sumpah jadi mainan, sehingga kini yang baru menjadi impian.

Aku sedar bahawa aku sudah melangkah ke tahun baru 2007. Tahun 2006 sudah ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang amat memberi kesan, namun 2007 di hadapan belum tentu tidak seindah 2006. Mana tahun 2007 ini bakal memaksimakan keindahan hidup seseorang insan yang bernama.. AKU. Kalau bukan pada tahun ini, mungkin pada tahun-tahun berikutnya.

Aku tidak meletakkan apa-apa azam pada tahun ini. Malah pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak juga meletakkan sebarang azam. Pada aku, tekad dan sumpah lebih berani membatasi azam. Namun, dalam pada itu aku telah meletakkan target dalam hidup aku yang pada asasnya bukan untuk dicapai pada tahun ini dan mungkin untuk dilaksanakan pada tahun yang terkedepan.

Senang cerita, tahun ini mungkin tak ada yang istimewanya. Aku sekarang lebih suka untuk habiskan masa bekerja, berada di ofis daripada memikirkan 'benda' yang menyerabutkan kepala hotak aku nie. Menyediakan diri untuk mengajar, terlibat dalam kumpulan penyelidikan, habiskan masa di ofis bersendirian dan kekadang bersama kawan-kawan yang boleh masuk kepala.