Pages

Tuesday, July 03, 2007

Sekian lama menyepi...

Bila betul-betul sibuk, aku lupa. Bila keadaan tenang baru aku sedar. Namun aku bernasib baik kerana masih belum terlambat. Aku harus membetulkan keadaan.. Sepatutnya aku tidak berbuat demikian tapi apa dayaku. Kini aku sedar, blogku dah lama tidak berseri, menyepi dan menanti tangan mengetip keyboard baru ini.

Aku sebenarnya baru selesai menghadiri majlis lafaz ikrar pelajar baru sesi 2007/08. Semalam aku balik kelate kerana menguruskan satu hal yang mustahak. Sebulan bulan 6 yang lalu aku menghadiri kursus induksi di Swiss Garden, Residence Resort Paka dan UMT. Sebelum kursus tersebut, aku ke Uitm Shah Alam menghadiri simposium matematik. Jadual yang amat ketat membatas aku untuk update blog ini.

Minggu depan kelas akan bermula. Maka dengan sendirinya blog akan kembali beredar dengan perlahan. Susah juga bila kelas nak mula nie. Banyak masa perlu dihabiskan untuk kuliah dan exam.. Entahlah.

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan "Selamat Kembali dan Selamat belajar" kepada Intan yang dulu pernah jadi kawan baik masa di tingkatan lima (ingat lagi tak??).

Friday, June 01, 2007

Balik kampung...

Pagi ni nak balik kampung. Tak jauh cuma 2 jam jer. Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan.. Hikhik. Sekarang kat ofis untuk pick up dokumen2 penting untuk dibawa balik bersama. Nak post juga sebab dah lama tak post ape-ape. Asyik baca post lama.. buke blog asyik tengok yang tuler jer. Buhsan... Balik jupe mak ayah dan family la. Awek pun dah lama xmain. Asyik kena main jer.. hahaha (takde la sampai camtu).

So, dat's all for now. Maybe i'll be right here (UMT la) on 3rd may 2007. All work have to be done next week before go for SKSM~15 at Shah Alam and Kursus Induksi (9-28 may 07). Fuhh! Padat!

Saturday, May 26, 2007

Pensyarahku, teman hidupku...

Oleh Fairuz Zaidanfairuzaidan@bharian.com.my

Hubungan kemesraan di bilik kuliah berakhir di jinjang pelaminSIAPA sangka, guru yang selama ini mendidik anda, memberi pelbagai sumber ilmu, kata-kata perangsang dan perhatian umpama keluarga sendiri akhirnya menjadi pasangan hidup anda.
Tentunya sedikit janggal bagi sesetengah orang. Tidak kurang yang melihat perhubungan itu seprti tidak betul, salah dan tidak boleh. Tetapi, senario itu bukanlah sesuatu yang asing khususnya di peringkat pengajian tinggi.
Pensyarah Psikologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail berkata, senario sebegitu bukanlah suatu benda baru malah diakui berlaku di dunia akademik khususnya di peringkat universiti.
Beliau berkata, walaupun angka membabitkan perkahwinan antara pensyarah dan pelajar tidak tinggi, ada kalangan pihak tertentu yang sengaja mensensasikan berita itu seolah-olah ia perkara yang tidak baik.
Hakikatnya, kata beliau, perhubungan pensyarah dan penuntut itu harus dilihat dari aspek keikhlasan dan kesungguhannya.“Kita kena melihat juga adakah perkahwinan itu membabitkan pensyarah muda dengan pelajar atau juga pensyarah yang sudah berkahwin tetapi ingin menyunting pelajar sebagai isteri kedua.
“Mungkin bagi pensyarah muda yang kita lihat semakin ramai di universiti tentu ia bukan menjadi isu tetapi tidak jika ia membabitkan pensyarah yang sudah berkahwin.
Hubungan erat antara pendidik dan pelajar memberi ruang untuk mengenali hati budi, seterusnya membawa kepada ikatan perkahwinan yang sah. Dr Khaidzir juga tidak menolak paras rupa dan cara berinteraksi pelajar dengan pensyarah memungkinkan pensyarah mudah tertawan manakala pelajar mudah tertarik dengan sifat matang pensyarah yang tentunya lebih dewasa.“Apatah lagi memandangkan usia pelajar perempuan yang kebanyakannya berusia 20-an, manakala pensyarah pula mencapai usia pertengahan abad, yang memang dikenali sebagai pertukaran hormon bagi lelaki yang sukakan perhatian yang lebih,” katanya sambil menambah kebanyakan perkahwinan pensyarah-pelajar membabitkan pensyarah lelaki dan pelajar perempuan, berbanding pensyarah wanita dan pelajar lelaki.
Tetapi, adakah semua perhubungan dan perkahwinan itu benar-benar dijalin atas dasar cinta yang tulus, suci dan ikhlas? Bagaimana pula jika ada pelajar yang mengambil kesempatan `mendekati’ pensyarah semata-mata untuk mendapat markah baik dalam peperiksaan?Senario ini sesuatu yang biasa di kalangan penuntut di Afrika Selatan, menurut satu kajian. Tetapi kata Dr Khaidzir, bukan di negara ini. Berdasarkan kajian, tidak ramai penuntut di negara ini yang mengambil pendekatan begitu, merayu, membodek dan memberi cinta palsu hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Sebagai pendidik, katanya, guru atau pensyarah harus menjaga kredibiliti dan meletakkannya di tahap tinggi serta tidak diperlekehkan.“Seorang pensyarah tidak harus lemah dengan daya kelembutan pelajar dan kata-kata manis semata-mata untuk meraih gred yang lebih tinggi. “Tidak harus ada perbezaan jantina, paras rupa dan penampilan dalam memberikan gred markah, sebaliknya harus menilai daripada segi usaha pelajar itu dalam menyiapkan latihan dan kerja yang diberikan.“Secara peribadi, saya seorang yang tegas dalam mendidik pelajar tetapi pada masa yang sama turut mengambil berat masalah pelajar di bawah jagaan saya,” katanya.Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), Prof Dr. Muhamad Naim Kamari berkata, sebagai pensyarah yang mempunyai 17 tahun pengalaman mengajar memang tidak dapat dinafikan berlaku keadaan yang mana pelajar berusaha untuk mendapatkan lebih markah.Namun, dia tidak melihat `usaha’ pelajar itu sebagai bodek sebaliknya `mengambil hati’ pensyarah.
“Tidak salah untuk pelajar berusaha mendapatkan peluang lebih mendapat markah, tetapi bukan mudah untuk diberikan saja jika tidak melakukan beberapa tugasan tambahan.“Saya sentiasa mengingatkan pelajar saya supaya tidak membuat sambil lewa segala kerja kerana mereka menuntut berbayar dan jangan sesekali mempersiakan peluang untuk belajar,” katanya yang terkenal cukup tegas kepada anak murid.
Beliau berkata, sebagai pendidik yang berpengalaman dia akan meletakkan tiga paras pencapaian akademik pelajarnya iaitu cemerlang, sederhana dan lemah dalam menentukan kemampuan sebenar pelajar menjawab setiap soalan.
Katanya, perlu untuk seorang pensyarah mengambil kira kemampuan pelajar, khususnya dalam bidang akademik bagi membantu mereka bersaing dengan pelajar lain.“Tidak semua pelajar yang hadir di dalam satu kuliah pandai-pandai belaka kerana ada juga pelajar yang tidak memahami apa yang diajarkan.“Malah, selalunya pelajar yang cemerlang dan nakallah yang sering mencuri perhatian dan dikenali pensyarah sampai bila-bila,” katanya.Pensyarah Akaun & Kewangan KUTPM, Wan Masliza Wan Mohammad, pula berkata dalam konteks membodek, ia bergantung kepada setiap pensyarah dalam memberikan tugasan kepada pelajar.

PELAJAR sentiasa berdepan dengan cabaran menuntut ilmusebelum berjaya menggenggam segulung ijazah.“Sebagai pensyarah, kita boleh tahu kemampuan sesetengah pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Daripada situlah kita boleh menilai kesungguhan dan kredibiliti mereka dalam usaha dalam pelajaran.
“Ini semua berkisar mengenai psikologi. Di sinilah tugas pensyarah untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dalam kuliah,” katanya.
Wan Masliza berkata, pensyarah juga perlu menyelami karektor setiap pelajar yang mungkin mempunyai masalah dalaman sehingga gagal mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.“Kita tidak tahu kemungkinan mereka daripada keluarga yang bermasalah, ibu bapa bercerai atau mempunyai masalah kewangan. Tidak harus mempersalahkan terus pelajar, termasuk memberi markah yang rendah tanpa melihat punca kemerosotan akademik.“Inilah penting adanya program mentor-menti (pensyarah-pelajar) dalam mengeratkan hubungan dan interaksi antara pensyarah dan pelajar,” katanya yang mempunyai 30 menti di bawah jagaannya.Pendapat yang sama turut dipersetujui Pensyarah Bahagian Perhotelan KUTPM, Mohd Rohimi Abdul Halim yang tidak mahu pensyarah dilabel sebagai `kejam’ dalam memberikan keputusan gred kepada pelajar.
“Pensyarah tidak sesuka hati menentukan keputusan peperiksaan pelajar, tetapi daripada segi tugasan dan aktiviti tambahan mungkin boleh membantu pelajar dalam mencatat mata tambahan,” katanya.Mohd Rohimi yang mengajar pelajar jurusan diploma, berkata selaku pensyarah dirinya tidak hanyut dengan politik pelajar yang ada kalanya cuba merayu untuk mendapatkan jumlah markah yang lebih.Selaku seorang profesional, Mohd Rohimi bertegas pensyarah seharusnya menjaga kredibiliti supaya tidak mudah diperalatkan janji manis pelajar.
Anda bodek pensyarah?“BUKAN istilah membodek dengan harapan untuk mendapat markah yang lebih, tetapi setidak-tidaknya jika sering bertemu dengan pensyarah interaksi dan perhatian akan lebih rapat dan mengurangkan jurang antara pelajar dan pensyarah.“Lebih-lebih lagi bila pensyarah memberikan panduan dan tips menjawab soalan tetapi itu semua kenalah berpada-pada dan tidaklah sampai memberi jawapan dalam peperiksaan.”
Ummi Hani Salam, 22, penuntut Ijazah Pengurusan Perhotelan.
“SUDAH menjadi kebiasaan bagi saya untuk menghadap pensyarah setiap kali ingin mendapatkan info tambahan selepas waktu kuliah. Malah, bukan saya saja, semua pelajar akan berbuat demikian untuk bertemu dengan pensyarah secara berkumpulan.“Cara ini bukan saja membantu mendapatkan tips dan panduan, tetapi membuktikan kesungguhan kami untuk mengejar ilmu pengetahuan.”Wan Nuraimi Wan Aziz, 21, penuntut Diploma Teknologi Perubatan Makmal

Sunday, May 06, 2007

Illusi Optik

Tadi cuba search "How to do proofs" tapi lastly jumpa galeri "Optical Illusion". Boleh juga berkongsi dengan korang mengenai illusi optik ni. Boleh ke perkataan optik tu ditukar kepada mata menjadi "illusi mata"? Entah lah.. Tapi kalau korang ada idea, boleh cadangkan.

Optical illusions can take many shapes and forms and just go to prove the saying "Don't always believe what you see".




Jangan selalu percaya apa yang anda lihat. Jangan sesekali.. Kalau tak percaya, cuba teliti gambar di bawah:




Is The Ball Moving ?

Sunday, April 29, 2007

UMT Bowling Tournament 2007


UMT Bowling Tournament 2007 julung-julung kalinya dianjurkan. Penganjurnya seperti biasa aku and da geng la (Matmie, Apok, K.Ayu, Dr. M dan Salisa). Mulanya rasa macam susah jer nak anjur tapi bila dah semuanya berjalan lancar bermakna takde la susah sangat nak anjur benda ni. Butiran perlawanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 April 2007
Masa : 8.30 malam
Tempat : TER, Kuala Ibai

Sebanyak 8 kumpulan menyertai dengan 5 peserta bagi satu kumpulan. Perlawanan adalah secara cross lanes dan bermain sebanyak 3 games. Keputusan adalah seperti berikut:

Pertama : Zainuddin, Zokarni, Faizal, Fairuz, Zamri (Team UMT)
Kedua : Tahir, Hizmi, Fadzly, Ramdan, Farah (Team UMMSC)
Ketiga : Ayu, Apok, Ana, Jedaini, Effa (Team Campuran)

Best player: Lelaki - Zokarni (UMT) (484 jatuhan pin)
Wanita - Hasnah (UMMSC) (302 jatuhan pin)

Itu aje laporan untuk tournament tu. Ringkas dan padat sebab malas.. hahahaha. Terima kasih kepada yang telah bertungkus-lumus dan tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang masih belum ada rezeki untuk menang, nantikan tournament berikutnya yang dirancang untuk diadakan pada bulan 8 nanti.

Tuesday, April 10, 2007

Peristiwa Balok 2007

Dah lama tak update blog. Rasa kaku juga sebab dah tak tahu nak tulis apa tapi aku cuba usahakan untuk tulis serba sedikit sebagai tatapan sesiapa yang berkenaan. Hari YM dengan Silah tu baru teringat pasal blog yang tak update2 lagi (thanks Silah sebab sudi jadi pembaca setia blog aku... hehe) dan juga masa borak dengan Siti Asmiyah (blog As bile lagi nak update??). Biasalah kalau aku bagi alasan sibuk. Itu dah jadi alasan umum kepada hampir semua orang dan sebenarnya kesibukan tugas di UMT (dahulunya KUSTEM) amat menghadkan masa aku kepada aktiviti-aktiviti indoor or outdoor yang lain.

Tajuk post PERISTIWA BALOK 2007 adalah cerita rasmi gathering Smachian '98 pada musim ke-3 reunion. Kalau sebelum ini dibuat di Bachok, Kelantan (2005) dan di Setiu, Terengganu (2006), maka pada tahun bermakna 2007 ini dibuat dengan jayanya di Balok, Pahang. Siri seterusnya dirancang untuk dibuat di Kuala Lumpur (2008) insyaallah dengan hendakNya.

Aku kisahkan coretan waktu di Pantai Balok:

31 Mac 2007 (Sabtu)

12.30 p.m
Aku antara orang pertama (bersama Izani) sampai di Muara Beach Resort, Pantai Balok. YDP Sdr. Eddie Amin difahamkan mengalami sedikit kemalangan menyebabkan dia paling lewat sampai dan yang lain datang secara tidak berkala.

4.00 p.m
Ambik Diana+friend di Stesyen Bas Kuantan. Check in chalet sebilik bersama Sele dan Matju (maaf Matju kena buli tidur kat bawah..).

6.00 p.m
Acara bola sepak pantai (geng aku Sele, Mudin dan Aizi) lawan team futsal K.L (Hamizi, Matju, Ise, Ahmad Shah). Team K.L tambah orang lagi kemudiannya tapi ternyata tidak mampu menandingi team aku.

Acara yang tiada dalam tentatif sebenar iaitu tolak bot dan tuannya. Lepas pancit main bola sepak pantai, kami rehat dan nampak ada orang2 kampung sedang berusaha menolak bot melawan ombak. Dengan rasa prihatin, Sele as a leader pergi la untuk bagi pertolongan menolak bot sama2. Yang lain ikut kecuali aku (ditugaskan ambik gambar waktu tu) dan Matju (kena pegang material2 berharga peserta). Gambar bawah tu masa diaorang tolak bot.



9.00 p.m

Acara BBQ tapi kami cuma makan, tukang bakarnya orang lain. Tak dapat merasa kemeriahan bakar ayam. Walau kurang sedap tapi boleh kata memuaskan untuk hidangan BBQ tu.

1 April 2007 (Ahad)

9.00 a.m
Acara tukar-tukar cenderahati. Aku dapat frame gambar daripada husband Lily (cantik.. TQ Nazim)

Acara pagi Sukaneka untuk orang2 dewasa, bapak orang dan mak2 orang. Seronok juga sebab dah lama tak merasa sukan budak2 ni. Antara acara yang diadakan adalah tiup belon (awal2 aku surrender), makan epal dan minum air mineral, cari gula2 dalam tepung, balingan kasih sayang (untuk couple2 je ni), mumia dan tarik tali. Gambar berikut bercerita untuk kalian.




1.30 p.m

Check out chalet dan terus ke Kuantan Megamall.

2.30 p.m

Perlawanan bowling. Aku satu team dengan Ahmad Shah, Azira dan Diani. Walau kalah tapi seronok main. Lastly, sesi bergambar tapi aku tak dapat muatkan dalam ni sebab gambarnya hanya pada Bostami (photographer rasmi).


Semua aktiviti tamat dalam jam 6 petang. Selepas semua bersalaman, masing-masing dengan haluan sendiri kecuali geng K.L yang lepak minum kat Benteng.

Itulah serba sedikit coretan waktu di Balok 2007 yang lalu. Dah hampir 2 minggu berlalu tapi masih segar dalam ingatan.. IMBAUAN BALOK 07.

Wednesday, March 14, 2007

Lasbela HIMMAT 2007

8/3/07: Dalam bas sewaktu bertolak (9.45 p.m)

9/3/07: Kemalangan (lori balak dan bas ekpress) jam 5.30 a.m

9/3/07: Bas ekpress konsortium melanggar lori balak

9/3/07: Berhenti di RR Gombak (jam 8.00 a.m)

9/3/07: Di perkarangan Putrajaya (jam 9.45 a.m)

10/9/07: Kenangan bersama guru besar & guru-guru SBPI Rawang

10/9/07: Kunjungan ke Pusat Sains Negara

10/3/07: Pertemuan yang tidak disangka-sangka

10/3/07: Di Taman Alam, Pusat Sains Negara

10/3/07: Lepak di Taman KLCC

10/3/07: Bergambar di jambatan KLCC

10/3/07: Bangunan KLCC di waktu malam

10/3/07: Sewaktu menunggu untuk pulang

10/3/07: Menanti untuk pulang (9.30 p.m)

Thursday, February 22, 2007

BBQ lagi...

Post pertama selepas balik bercuti sempena Raya Cina.. Orang Cina Tionghua cuti, orang Melayu dan India pun cuti juga. Aku tambah lagi cuti 3 hari yang sepatutnya hari Selasa minggu nie dah mula kerja. Maksudnya, minggu depan hari Ahad baru aku masuk ofis.

Malam ni Jumaat (22 Feb 2007) aku dah berada di Terengganu. Tengahari tadi bertolak dari kampung... Overall, percutian kali ini agak best sebab aku capai apa yang ditargetkan sebelum balik. Ape lagi.. BBQ family night lah.

Seronok amat sebab berjaya melaksanakan cita-cita tu. BBQ udang, sotong, kerang, ayam.. ada jagung rebus dan mee hoon. Makanan2 untuk bbq tu memang bahagian aku, mak sedara sebelah rumah sponsor mee hoon, sepupu sponsor pencecah. Lupe, ada ikan tucker (anak kepada ikan pari sebab ikan ni kecik sikit dari ikan pari) juga untuk bbq tu. Kami satu family dan family rumah sebelah makan sama-sama seolah-olah kami pula yang beraya. Meriah juga dan memang hajat untuk tak melibatkan orang luar sama ada kawan adik-beradik atau kawan-kawan ayah.

Lagi yang best sebab kakak aku balik dengan husband dan anak-anak dia.. Syamim dan Aniq. Fuhh!!!... memang best kedua-dua anak buah aku tu. Suka aku... peluk, cium tak habis-habis. Nanti kalau ada gmbr diaorang aku cuba masukkan lain kali. Best sangat ada budak-budak nie.. Boleh hilangkan stress dan buat aku tak pikir apa-apa. Ntah bila boleh jumpa lagi. Maybe raya tahun ni la kot. Itu pun kalau diaorang balik beraya di Kelantan.

Itulah cerita serba sedikit balik cuti raya Cina nie. Apa-apa hal nanti boleh discuss kemudian. Kekadang tak sempat nak tulis panjang-panjang.. Ini pun dah kira panjang apa.

Tuesday, February 13, 2007

Proud to have waja


looking good: i mean da sport rim BSA, 17"


front compartment: proud of it..
Mohd Bin Harun (MBH 7859) look smart...

morning shot: sunshine

Wednesday, February 07, 2007

UMT Mathematics Olympiad 2007

Date: 3th February 2007
Venue: MK12 & MK13, FST, UMT

the best solution is waiting the time's up..


the sweet figure to look forward



he's not observing but he's looking for something..

en.imran, zul izwan & en.termimi

rest for a while.. macho man is standing there

Tuesday, February 06, 2007

Cermin diri

Cuba kita cermin diri dengan perkara-perkara di bawah. Aku baca dan mungkin ini sesuai untuk tatapan di waktu pagi.

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya
di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Aku ni rupanya manusia lalai sebab selalu ketawa dan tak tahulah takut2 hati dah mati. Adakah aku ikhlas dalam membuat kebaikan? Wallahua'lam.

Jangan engkau kahwini wanita yang enam

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Tuesday, January 30, 2007

Da story about patrick through photos

Patrick atau lebih glamer chibone adalah student master Matematik bawah seliaan Prof. Ismail Mohd. Ikuti kisah beliau melalui persembahan gambar di bawah:


chibone as the leader in the pgc room
the ryhtm of harmony...

his beloved one...

this is patrick: "Aku tak mampu nak bangun..."

Saturday, January 27, 2007

Wednesday, January 24, 2007

Tetamu itu...

Tetamu mungkin sekadar orang biasa tapi sebenarnya amat istimewa. Istimewanya bukan kerana kedatangannya membawa harta atau material yang bersilau ganda kecantikannya... Tetapi, tetamu itu.. sangat mengagumkan. Kenapa?? Kehadirannya anugerah ciptaan Yang Maha Agung membawa harta yang sangat tak ternilai harganya. Ketentuan Allah ini tiada batasnya. Kita makhluk yang tiada berkuasa.. tiada mengetahui dan langsung tiada keagungan. Yang Agung itu hanya Dia.. Yang Maha itu juga hanya Dia. Kerana Dia, kita dipertemukan... Justeru, kesyukuran yang tinggi aku panjatkan kerana membawa tetamu itu ke dalam rencah hidupku.

Aku tahu tetamu itu hanya sekadar kawan. Pada dia, mungkin tiada istimewanya. Namun, bagi diriku tetamu itu adalah sahabat dunia akhirat. Aku bersahabat dengan sesiapa di sekelilingnya, yang tahu dan kenal erti budiku. Aku berkawan dengan sesiapa sahaja di sekelilingnya yang masih belum bertunas perkenalannya. Aku menerima anugerah ini kerana aku tahu jiwa ini mendambakannya. Tetamu itu adalah dia.. insan itu yang telah menakluk gerak hidupku. Dengan gayanya aku ikuti, dengan percakapannya aku mesrai, dengan jiwanya aku jiwai. Namun dia tetap dia dan aku tetap aku... Tetamu itu memupuk semangat holistik, menambah keyakinan yang sukar diterapi kerana sesungguhnya dia tetamu berkeyakinan, memutusi keputusan yang sukar aku putusi kerana dia tetamu berpendirian.

Aku tahu tetamu itu bukan calang-calang insan. Dengan namanya.. peri maksud panggilannya... dia yang membajai 'sakinah' dalam jiwa, menyuburinya dengan kenangan yang sentiasa digamati.

Tetamu itu.. konklusinya mudah namun takrifan akal itu sebenarnya amat susah. Aku yang tahu, dia hanya sekadar memahami... Dalam tempoh tekerbelakangan ini, penyuburan jiwa ini selalu dirasai... jiwa ini selalu mendambai... insan sepertinya... dia... tetamu teristimewa.

Monday, January 22, 2007

Entah...

Allah itu maha adil. Aku tak pernah menafikan malah aku tahu keadilan itu hanya ada pada Allah. Setiap yang baik dibalas baik dan setiap yang jahat akan dibalas dengan kejahatan jua. Perencanaan hidup bukan milik kita. Kita hanya mampu merancang... Sebaik mana kita merancang, sejujur mana kita dalam perhubungan dan seagung mana kita dalam percintaan namun kalau bukan dalam perencanaanNya, perancangan itu tak akan jadi juga. Jangan salahkan orang lain kerana dia tidak pernah meminta dirinya untuk jadi demikian. Dia juga mengharapkan dapat menyenangkan semua orang disekelilingnya. Dia tidak pernah terfikir untuk mengecewakan orang. Tetapi, dalam soal hubungan terutama yang melibatkan soal hati, dia tidak mampu untuk menepis. Dia mencuba, mengharapkan supaya kekosongan hati itu boleh diubati dengan kehadiran orang lain namun dia hampa. Walau setinggi gunung pengorbanan orang itu terhadapnya, tapi dia masih TAK MAMPU membuang bunga dulu yang sudah layu.

Cuba terima seadanya sepertimana aku menerimanya sekarang. Mungkin ini satu balasan kerana orang yang aku mahu itu sudah selamat berkahwin dengan orang lain. Mungkin juga ini satu ujian dan dugaan yang amat besar supaya aku sedar bahawasanya aku amat-amat menyanyanginya. Aku belum lagi berkahwin walau umurku baru mencecah 26 TAHUN. Kalau yang masih berumur 22, 23 dan 24 tahun, masih terlalu banyak masa untuk berjumpa dengan cinta lain... mungkin CINTA SEJATI.

Aku selalu berdoa supaya jodohku adalah dengan dia. Tapi Allah tetapkan dia jadi milik orang lain. Adakah aku boleh melawan ketetapan Allah? Berdosakah aku kerana selalu meratapi dan mengingati isteri orang? Adakah aku mahu ini semua? Cuba kita fikir dengan akal yang waras. Aku tak pernah menyesal. Aku pernah berkorban deminya lebih dari apa yang orang lain korbankan untuk aku sebelum ini. Aku sedih bila orang lain mempertikaikan kenapa boleh berlaku begini. Orang mempertikaikan aku tak mengenang budi.. Adakah dia seorang yang selalu mengenang budi aku? Orang mempertikaikan aku menganiaya orang... Adakah dia tak pernah menganiaya aku? Orang mempertikaikan aku seorang penipu.. Adakah dia tak pernah menipu aku? Orang mengatakan aku nampak baik di luar tapi dalam nauzubillah... Adakah dia memang baik di luar dan baik di dalam?

Entah apa yang dicari dalam sesebuah perhubungan? Adakah setelah berpisah harus bersedih dan menyalahkan orang lain? Tanpa berfikir adakah orang itu mahukan perkara yang sama berlaku. Lebih baik perpisahan itu berlaku sekarang daripada berpisah setelah ada ikatan yang sah. Aku boleh mengahwini orang lain namun bukan untuk menyintainya sepenuh hati.. Wallahua'lam.

Friday, January 19, 2007

Aku menulis lagi...

Hari ni Jumaat, 19 Januari 2007 bersamaan 30 Zulhajjah 1427 jam 4.10 petang. Aku sekarang di ofis menyambung kerja-kerja menaip research paper yang terbengkalai pada petang semalam disebabkan menyahut panggilan bowling di TER. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 1427 H dan esok umat Islam khususnya akan memulai tahun baru hijrah 1428. Lepas jumaat tadi diaorang umumkan untuk adakan solat hajat, doa akhir tahun dan doa awal tahun jam 7 petang di Masjid Jamek Gong Pak Jin. Member aku si Zul tanya nak pergi ke tak?? Aku macam malas nak pergi tapi tengok la kalau tetiba rajin plak petang nie.

Lepas sudah menaip tadi, terfikir nak post blog sebab dah lama takde benda baru dalam ni. Adik aku Iwan tu plak mesej untuk mintak support dia beli hp baru. Adoii... baru je keje nak masuk dua bulan adik aku tu dah mula mintak support. Gaji pun belum masuk lagi ni weii.. Aku bagitau la dalam sebulan dua ni aku sedang melangsaikan hutang aku. Tak banyak.. memang terpaksa pinjam untuk hidup sementara menunggu gaji masuk. Lepas langsai semua tu, kau nak pokaikan aku pun pokaikan lah. Aku ni memang jenis tak kisah dengan sape pun. Kalau boleh aku nak la senangkan orang tua aku kat kampung tu dulu. Diaorang pun nak gak rasa duit anak-anak ni.. Tapi Iwan, lepas bulan 3 nanti ko mintak la. Insyaallah aku bagi... Jangan risau. Hp sendiri pun tak sempat nak tukar.

Aku ucapkan salam maal hijrah kepada semua. Pada waktu ini teringat azam lama-lama. Ada yang dah tercapai dan ada yang belum. Kerjaya dah tercapai, kereta pun dah tercapai, insyaallah tengah cuba nak senangkan mak ayah dan family selain diri sendiri. Umur sekarang baru masuk 26 tahun. Masih muda remaja dan belum terfikir untuk kahwin. Ntah bila la nak kawin.. hehehe. Dah cakap dengan semua orang, tahun 2008 baru fikir pasal kawin. Tapi kalau dah Tuhan tetapkan jodoh awal, alhamdulillah. Terima seadanya...

Sekarang tengah chat dengan yj. Ntah kenapa tiba-tiba rasa sedih fikirkan pasal kawan.. kawan rapat dan amat baik. Tapi rasanya dah tak sanggup lagi nak melukai hati sesiapa. Rasa tak layak untuk berkawan dengan perempuan lagi. Taktau apa sebenarnya yang dicari dalam perhubungan. Sekadar msg, call, skype, ym untuk bertanya khabar dan menghilangkan rasa bosan. Mungkin tempat untuk menceritakan masalah dan tempat untuk menumpang ketenangan dan kebahagian. Wallahua'lam.

Sekarang dah tak kisah pasal awek. Dah takde awek, hidup rasa tenang. Mohd Bin Harun 7859 tu lah bini yang nak kena jaga.. Tenang memang cukup tenang tapi kadang-kadang rindu juga pada seseorang yang dah jadi milik orang lain. Dengar je lagu Samson tu dalam kereta boleh mengalir air mata. Hahaha... Jiwang betul! Tapi takpelah, turunkan ego sikit. Dia dah selamat, didoakan moga bahagia lah.

Keylah, cukup untuk kali ini. Nanti ada cite besh lagi aku post dalam nie. Wassalam.

Saturday, January 06, 2007

kawan

kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilahaku...
aku takkan suruh kau berhenti...
tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kaucintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebutnama perempuan/lelaki itu...
tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yanglebih soleh/solehah...

tetapi kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..
tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku perlukan kau...
untuk mendoakan kesejahteraan aku...

Friday, January 05, 2007

Apakah kesudahan???

Mengapa...
Seringkali aku tertanya-tanya
Tatkala mataku bertentang matanya
Aku kehilangan kata-kata
Untuk berbicara dengannya

Bagaimana...
Haruskah aku memulakannya
Sedangkan aku tidak terdaya
Meluahkan segala yang kurasa
Yang terpendam sekian lama

Apa...
Perlukah aku memendam saja
Perasaanku terhadapnya
Yang semakin membara
Meronta-ronta dijiwa

Jika...
Aku berdiam saja
Tidakkah aku kecewa
Kerana setiap masa
Aku hanya mengingatinya saja

Namun...
Segalanya tidak terduga
Sekiranya dia tidak suka
Walaupun semuanya kulakukan untuknya
Hanya untuknya saja

Dan...
Berdosakah aku kerana
menyayanginya?
Berbahagiakah pula jika aku
menyintainya?
Aku tersepit antara kekeliruan
Aku terhukum kerana perasaan

aNdaiNya diTeruSkaN....
apaKaH keSudaHaN???

Thursday, January 04, 2007

Diari hidup di awal 2007...

Sinar suria yang terang, menyaksikan kedamaian alam ciptaan Tuhan, satu persatu kenangan ditinggalkan, yang ada hanya azam, memulai Tahun Baru 2007 supaya dapat dilontarkan menjadi kenyataan. Begitulah kehidupan, yang lama ditinggalkan, yang baru amat menyenangkan, ditatang menjadi azam, tekad dan sumpah jadi mainan, sehingga kini yang baru menjadi impian.

Aku sedar bahawa aku sudah melangkah ke tahun baru 2007. Tahun 2006 sudah ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang amat memberi kesan, namun 2007 di hadapan belum tentu tidak seindah 2006. Mana tahun 2007 ini bakal memaksimakan keindahan hidup seseorang insan yang bernama.. AKU. Kalau bukan pada tahun ini, mungkin pada tahun-tahun berikutnya.

Aku tidak meletakkan apa-apa azam pada tahun ini. Malah pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak juga meletakkan sebarang azam. Pada aku, tekad dan sumpah lebih berani membatasi azam. Namun, dalam pada itu aku telah meletakkan target dalam hidup aku yang pada asasnya bukan untuk dicapai pada tahun ini dan mungkin untuk dilaksanakan pada tahun yang terkedepan.

Senang cerita, tahun ini mungkin tak ada yang istimewanya. Aku sekarang lebih suka untuk habiskan masa bekerja, berada di ofis daripada memikirkan 'benda' yang menyerabutkan kepala hotak aku nie. Menyediakan diri untuk mengajar, terlibat dalam kumpulan penyelidikan, habiskan masa di ofis bersendirian dan kekadang bersama kawan-kawan yang boleh masuk kepala.